Apakah terjemahan yg sesuai utk istilah "describe" dlm konteks taksonomi? Hurai?, described species/genus = spesies/genus terhurai, describing a new spesies = menghuraikan spesies baru, description = huraian? | Cadangan padanan bagi istilah describe, described, describing, dan description dalam bahasa Melayu ialah perihalkan, diperihalkan, memerihalkan, dan perihalan. Padanan istilah ini bergantung pada kesesuaian konsep dan konteks penggunaan dalam sesuatu bidang tertentu. | Istilah | 07.05.2025 |
Adakah terjemahan struktur ayat berikut tepat dan apa terjemahannya yang sesuai? > Torpedo is a genus of a large rays, a flat cartilaginous fishes in the family Torpedinidae, the electric ray. > Torpedo ialah genus pari besar, ikan berawan leper dalam keluarga Torpedinidae, iaitu pari karan. | Struktur ayat dalam bahasa Melayu dibetulkan kepada: Torpedo ialah genus pari besar yang mempunyai rawan leper. Terpode atau pari elektrik merupakan keluarga Torpedinidae. | Tatabahasa | 26.10.2023 |
Melalui semakan kami dalam kamus dan PRPM, tiada perkataan “swiftlet” ditemui. Walau bagaimanapun, terdapat istilah “walet” iaitu sejenis burung layang-layang. Apakah padanan “burung walet” dalam bahasa Inggeris? Raw-clean edible birdnest 178A. (1) For the purposes of these Regulations, raw-clean edible birdnest— (a) is the secretion from the salivary glands at swiftlet genus Aerodramus and genus Collocalia; 178A. (1) Bagi maksud Peraturan-Peraturan ini, sarang burung mentah bersih yang boleh dimakan— (a) ialah rembesan dari kelenjar air liur daripada burung walit genus Aerodramus dan genus Collocalia; | Ejaan yang tepat ialah "walet", iaitu sejenis burung layang-layang (swift). | Penyemakan dan penterjemahan | 22.06.2021 |
bakteria Wolbachia. Adakah Wolbachia mempunyai nama di dalam bahasa melayu? | Wolbachia merupakan salah satu genus bakteria yang hidup sebagai parasit pada haiwan artropod. Nama sains termasuklah Order, Famili, Genus pada haiwan atau hidupan perlulah dikekalkan dalam ejaan Latin. Transliterasi tidak dibenarkan. Nama genus dicetak dengan huruf condong dan huruf pertamanya huruf besar. (Rujukan: Gaya Dewan, Edisi Ketiga) | Istilah | 04.03.2020 |
Yang mana satu ejaan yang betul adakah bakteria Wolbachia atau bakteria wolbachia | Wolbachia merupakan salah satu genus bakteria yang hidup sebagai parasit pada haiwan artropod. Nama sains termasuklah Order, Famili, Genus pada haiwan atau hidupan perlulah dikekalkan dalam ejaan Latin. Transliterasi tidak dibenarkan. Nama genus dicetak dengan huruf condong dan huruf pertamanya huruf besar. (Rujukan: Gaya Dewan, Edisi Ketiga) | Istilah | 04.03.2020 |
Soalan berdasarkan Dokumen (1) (2)(1) | Ayat yang betul ialah “Nama genus itu diberikan sebagai penghormatan kepada penjelajah terkenal, iaitu Alfred Russel Wallace.” Untuk maklumat lanjut mengenai ayat, sila rujuk buku Tatabahasa Dewan (DBP, 2015), halaman 432-575. | Tatabahasa | 29.11.2024 |
Berhubungan dengan soalan saya tentang "beggarweed = rumput kemis?" bertarikh 23/11/2024, ianya rumpai yang tergolong dalam genus Desmodium. Saya juga ada periksa laman MyBis.gov.my yang kata D. triflorum = Rumput Sisik Tenggiling. Bolehkah beggarweed diterjemah ke rumput kemis atau guna padanan ini? Terima kasih sangat-sangat kerana membantu. | Justifikasi dan penerangan yang lebih lanjut telah diberikan melalui e-mel yang dihantar kepada pihak tuan pada 17 Jun 2025. | Penyemakan dan penterjemahan | 12.01.2025 |
Saya ingin mencadangkan nama "labi-labi kepak" sbg terjemahan bg "flapshell turtle". PENERANGAN: "flapshell turtle" ini ialah kelompok kura-kura dalam subkeluarga Cyclanorbinae yg merangkumi genus "Cyclanorbis", "Cycloderma" dan "Lissemys". Ia tergolong dlm keluarga Trionychidae yg dikenali sbg "labi-labi" atau "softshell turtle" tetapi tidak tempatan di Asia Tenggara. Ia disebut sbg "flapshell" kerana mempunyai bahagian menyerupai cuaran atau kepak pada plastronnya. Maka, "softshell turtle" akan diterjemahkan sebagai "labi-labi" sedangkan "flapshell turtle" diterjemahkan sebagai "labi-labi kepak". | Terima kasih atas padanan bahasa Melayu yang disarankan. Pihak kami mengambil perhatian tentang istilah tersebut. Saran kata boleh dibuat melalui pautan http://ekamus.dbp.gov.my/DaftarKata.aspx. | Lain-lain | 30.05.2024 |
Salam, apakah istilah bahasa melayu untuk beaver jika otter ialah memerang? terima kasih. | Dalam pangkalan data Pusat Rujukan Persuratan Melayu DBP, perkataan otter memang merujuk memerang manakala perkataan beaver dengan istilah sumbernya iaitu Castor Canadensis bermaksud Roden semiakuatik genus Castor bertubuh besar yang berselaput di antara jari kaki belakang dan ekor leper yang lebar untuk membina benteng dan sarang dalam air. | Lain-lain | 02.08.2017 |
Kelip-kelip atau Pteroptyx tener. Yang manakah ejaan saintifik yang betul? Pteroptyx tener atau Pteroptyx Tener? Mohon pencerahan pihak DBP. Terima kasih. | Ejaan saintifik yang betul bagi kelip-kelip ialah Pteroptyx tener. Dalam pengelasan serangga, awalan nama untuk genus dan family (Pteroptyx) perlu dalam huruf besar manakala awalan nama yang menunjukkan spesies (tener) dieja dengan huruf kecil dan pastikan nama saintifik diitalikkan.
| Ejaan | 22.10.2020 |