terdapat perkataan Lineament (english) dalam term geologi yang bermaksud sesar atau garisan pada batuan. Mohon bantuan untuk digunakan dalam BM perkataan "lineament" itu sendiri. | Dalam bidang Geologi, istilah bahasa Melayu untuk "lineament" ialah lineamen. | Istilah | 19.07.2013 |
Apakah terjemahan bagi perkataan Guniting, Gunite dalam Bahasa Melayu | Padanan bagi istilah Gunite dalam bahasa Melayu ialah gunit. (bidang geologi dan kejuruteraan) | Istilah | 22.12.2006 |
Apakah makna geo ? Contohnya dalam perkataan geofisik,geografi dll. Kamus Dewan saya (Edisi Baru 1989) tidak ada 'geo' . Terima kasih. | awalan asing berkaitan dengan bumi, geofizik, geokimia dan geologi. | Lain-lain | 09.10.2007 |
adakah perkataan berikut boleh digunakan: 1. kompetensi 2. fasiliti atau fisiliti 3. subkomponen 4. survival 5. persisten | Kompetensi boleh digunakan yang bermaksud kecekapan; fasiliti tidak digunakan, boleh digantikan dengan kemudahan; fisiliti kepada kefisilan (bidang Geologi); subkomponen boleh digunakan dalam perkara sukatan atau butiran; survival digantikan dengan hidup atau kewujudan atau peninggalan; persisten tidak digunakan, dan gantikan dnegan berterusan, berulang-ulang, atau tidak henti-henti. | Makna | 18.03.2008 |
Pertanyaan mengenai bahasa melayu teknologi maklumat contoh ayat : Via a download mirror , adakah saya perlu menukar mirror ke cermin Soalan 2: Torrent dalam bahasa melayu teknologi maklumat, mengikut kamus torrent adalah curahan, tetapi bagaimana dengan bahasa melayu teknologi maklumat | Dalam bidang teknologi maklumat, istilah untuk mirror ialah cermin, dan tiada istilah torrent. Dalam pangkalan data kami, padanan untuk istilah torrent (dalam bidang Geografi dan Geologi) ialah cegar. Cegar bermaksud aliran air sungai yg deras (kerana dasarnya terdiri drpd batu hampar dan agak mencuram letaknya). Perkataan curahan boleh digunakan sekiranya sesuai dengan konsep dalam bidang tersebut. | Istilah | 19.03.2011 |
selamat malam, saya ingin mendapatkan maklumat mengenai maksud perkataan simbiotik, hedonisme dan mutualirisme. saya berharap pihak DBP dapat membantu. sekian, terima kasih | Merujuk Kamus Dewan Edisi Empat, 1. simbiotik ialah (bkn hubungan erat) saling bergantung pd satu sama lain demi faedah dan kebaikan bersama: jelas sekali wujudnya hubungan ~ antara kegiatan pertanian dgn perindustrian di Malaysia. 2. Hedonisme ialah (hédonisme) pegangan atau pandangan hidup yg mementingkan keseronokan atau kesenangan hidup. 3. Tiada kata mutualirisme yang terakam yang sumber rujukan kami, hanya kata mutualisme mengikut bidang geologi bermaksud kekesalingan dan mutualism mengikut bidang biologi bermaksud (kesalingan) satu bentuk simbiosis apabila kedua-dua pihak mendapat keuntungan tanpa menyebabkan kecederaan kepada mana-mana pihak. | Makna | 08.10.2010 |