Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ge.ra.ba/] | ݢرابق

Definisi : kereta (pedati) yg disambung-sambung pd kereta api, gerbong; ~ barang gerabak tempat memuatkan barang; ~ penumpang gerabak tempat orang duduk; ~ tangki gerabak tempat tangki minyak dll. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ge.ra.ba/] | ݢرابق

Definisi : ®gerabang. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ge.ra.ba/] | ݢرابق

Definisi : Mn; menggerabak bercucuran (air mata dll). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ge.ra.ba/] | ݢرابق

Definisi : kereta beroda tidak berenjin utk penumpang atau barang-barang yg ditarik oleh kereta api; bahagian kereta api yg dikhaskan utk penumpang atau utk barang-barang. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata gerabak


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Apakah perbezaan antara 'berdampingan', 'bergandingan' dan 'berdekatan' dari segi penggunaan istilah?

 

 Puan Lee terima kasih kerana menghubungi KNBDBP,

berikut diberikan makan seperti yang ditanya.

berdampingan - berada dekat dgn atau di sisi (seseorang), berdekatan, berapat-rapat: dia hanya ingin ~ dgn Busu; 2. bergandingan, bersama-sama (menghadapi atau mengusahakan sesuatu): dia harus ~ serapat-rapatnya dgn saudaranya dlm usaha menyelesaikan masalah itu;

 berganding - berdampingan, berdekatan (berpegangan tangan): Ismail ~ dgn Lamah berjalan lambat-lambat menuju ke kereta; 2. berangkaian, berhubungan, berpautan: gerabak-gerabak kereta api yg bergerak ~; 3. berkaitan, berhubungan, bersangkutan: hal-hal yg ~ dgn sesuatu perkara; 4. bekerjasama, tolong-menolong: masyarakat yg berbilang bangsa harus ~ utk mencapai kemakmuran; ~ tangan a) berpegangan tangan; b) bekerjasama, bahu-membahu; ~ tenaga menggunakan tenaga bersama utk melakukan sesuatu, berpadu tenaga, bekerjasama (dgn erat);

berada atau terletak dekat (dgn sesuatu tempat), berhampiran: rakit itu kemudiannya dihanyutkan ke dlm sungai yg ~; kejadian rompakan itu telah dilaporkan ke balai polis yg ~; 2. = berdekat-dekatan; 3. dekat (dgn sesuatu), berhampiran (dgn);

Makna06.01.2010
Baharu-bahru ini kawan saya ada berbincang diruang facebook tentang gerabak kereata api KTM yang terpampar ayat "koc untuk wanita sahaja" . Apabila dia terjemah di google translate ianya terpampar "koc for women" Ada logiknya disitu, kenapa mengunakan ayat koc? apa salah mengunakan ayat yang tersedia ada seperti gerabak? dan kenapa "wanita" bukan mengunakan "Perempuan"? Sekian Terima Kasih Fain WahabUntuk makluman tuan, perkataan koc telah diterima pakai dalam bahasa Melayu. Perkataan wanita ialah bahasa halus bagi perempuan dan lazimnya dalam konteks rasmi/gelaran perkataan wanita yang digunakan seperti wanita pertama (first lady) dan wanita solehah.Tatabahasa09.11.2012

Kembali ke atas