Salam, saya nak tanya..apa perkataan/istilah yang ssuai untuk gerai2 yang menjual minuman di tepi jalan seperti gerai air jambu, gerai air tebu dan sebagainya?Saya ingin membuat ayat, 'Dia sedang minum air tebu di tepi gerai ....'.Terima kasih. | Gerai merujuk kepada kedai kecil. Oleh itu, gerai air tebu seperti yang ada di kali lima atau lokasi lain boleh digunakan. | Tatabahasa | 17.01.2013 |
Apa nama kedai kecil yang menjual baju spt kedai tepi jalan atau di kaki lima? bolehkah guna GERAI BAJU | Gerai merujuk kepada kedai kecil. Oleh itu, Gerai Baju seperti yang ada di kali lima atau lokasi lain boleh digunakan. | Tatabahasa | 13.07.2010 |
Apakah penggunaan perkataan 'pegerai' itu betul bagi merujuk kepada orang yang membuka gerai untuk menjual barang-barang, makanan dan sebagainya? | Dari segi pembentukan kata, kata pegerai terbentuk apabila kata gerai menerima imbuhan peN seperti dalam kata pekedai. Walau bagaimanapun bagi maksud orang yang membuka gerai kata pengusaha gerai digunakan. | Tatabahasa | 13.01.2008 |
Kenapa Pasar Malam yg biasanya mula beroperasi seawal jam 5ptg tetap kita panggil ia Pasar Malam? Sebaiknya dilabelkan sebagai Pasar Petang terlebih dahulu sehingga jam 6:59ptg. Jam 7 mlm ke atas baru boleh panggil Pasar Malam.. Amacam? | Salam sejahtera puan, Benar seperti yang puan maklumkan. Kebanyakan gerai-gerai di pasar malam mula beroperasi pada petang hari. Merujuk kembali Kamus Dewan pasar malam bermaksud pasar yang diadakan pada waktu malam. Pada petang hari para peniaga kebanyakannya memasang kelengkapan gerai jualan kerana pada waktu tersebut cuaca masih cerah memudahkan para peniaga untuk membuat persiapan. Waktu operasi yang sebenarnya adalah pada waktu malam dan sebab itulah pasar yang beroperasi pada waktu malam dipanggil sebagai pasar malam. | Makna | 01.11.2012 |
Ingin bertanya tentang perbezaan dan penggunaan "banyak" dan "ramai". "Ramai orang suka makan kueh tiau di gerai itu." Adakah ayat ini betul? Atau "Banyak orang suka makan kueh tiau di gerai itu." adalah ayat yang betul. Harap pihak tuan dapat membantu saya. TQ | Ramai terdiri daripada jumlah yang banyak (berkenaan orang), manakala banyak bermaksud besar jumlahnya atau bilangannya. Kebiasaanya ramai orang merujuk suasana (keadaan) orang yang ramai di sesuatu tempat, manakala banyak orang orang merujuk bilangan orang yang terdapat di tempat berkenaan. Merujuk contoh ayat yang diberikan "Banyak orang suka makan kuetiau di gerai itu" adalah betul. | Tatabahasa | 23.01.2011 |
"Kamu boleh beli apa sahaja, tetapi bukan daripada/ dari gerai itu," kata ibu memberi amaran. | Yang betul ialah "Kamu boleh beli apa sahaja, tetapi bukan dari gerai itu," kata ibu memberi amaran. Yang betul ialah perkataan dari. | Ejaan | 01.11.2011 |
Bolehkah kami menggunakan perkataan "Gerai Makanan" untuk kedai kami yang terletak di food court Pavilion KL? | Perkataan tersebut boleh digunakan. | Makna | 12.03.2010 |
Sila nyatakan adakah ayat di bawah betul atau salah, nyatakan sebabnya. I Di pinggir jalan menuju ke pekan, terdapatnya sebuah gerai roti canai yang enak sungguh. II Majlis yang amat meriah itu dihadiri oleh rakyat dari seluruh pelosok negara. III "Minta tuan-tuan bertenang seketika kerana sistem pembesar suara mengalami masalah teknikal," kata pengacara majlis. IV Pelajar itu tidak pandai, tetapi suka membaca buku apabila ada masa lapang. | I. Di pinggir jalan menuju ke pekan, terdapatnya sebuah gerai roti canai yang enak sungguh. - Ayat ini tidak gramatis kerana nya (terdapatnya) ialah kata ganti nama diri ketiga dan tidak gramatis untuk aayat ini. II. Majlis yang amat meriah itu dihadiri oleh rakyat dari seluruh pelosok negara. - Ayat ini gramatis. III. "Minta tuan-tuan bertenang seketika kerana sistem pembesar suara mengalami masalah teknikal," kata pengacara majlis. - Ayat ini boleh digunakan dalam konteks arahan. IV. Pelajar itu tidak pandai, tetapi suka membaca buku apabila ada masa lapang. - Ayat ini betul kerana tetapi ialah kata hubung untuk menyatakan kata-kata yang berlawanan. | Tatabahasa | 28.05.2012 |
Jika kita ingin menamakan sesebuah gerai seperti; Aiman Cendol atau Cendol Aiman, yang mana satukah adalah betul? Terima kasih | Puan Siti Nabilah, Berdasarkan Hukum D-M dalam bahasa Melayu, iaitu yang diterangkan dan yang menerangkan struktur yang betul ialah Cendol Aiman. | Tatabahasa | 31.05.2010 |
Tuan, kata sapaan seperti mak cik, pak cik, abang, kakak dan adik kerap kedengaran digunakan di gerai dan kedai, terutamanya di kampung. Kebanyakan orang suka panggilan hormat ini kerana berasa hubungan sesama sendiri akrab. Ada pula ahli/guru bahasa mengatakannya tidak sesuai. Bagaimana? | Kata sapaan tersebut sesuai dalam konteks tidak rasmi bagi menimbulkan kemesraan atau keakraban. | Lain-lain | 04.11.2009 |