mana satu yang betul, gerakerja kokurikulum atau gerak kerja kokurikulum | Jawapan yang betul ialah gerak kerja kokurikulum. | Lain-lain | 02.09.2010 |
Assalamualaikum. Boleh bantu saya untuk terjemahkan perkataan 'editorial pitching' terma yang selalu digunakan dalam industri perhubungan awam, di mana ia adalah salah satu gerak kerja oleh pegawai perhubungan awam untuk menyakinkan pihak editorial media untuk mengeluarkan sesuatu bahan berita di medium mereka. Terima kasih | Padanan bahasa Melayu untuk perkataan "editorial pitch" ialah nota editor, tinta editor atau catatan editor bergantung pada konteks dan penggunaan ayat. | Makna | 22.04.2021 |
adakah frasa “memantapkan lagi” salah dalam peraturan tatabahasa ? | Perkataan “memantapkan” merupakan kata kerja yang menerima apitan meN-…-kan Perkataan “lagi” merupakan kata penegas yang memberikan penekanan pada bahagian-bahagian tertentu dalam ayat. Frasa “memantapkan lagi” boleh digunakan mengikut konteks dan konsep penggunaan dalam ayat, seperti contoh ayat yang berikut: “Kaedah gerak kerja baharu ini akan memantapkan lagi fungsi dalam sesebuah organisasi.” Untuk maklumat lanjut, sila rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga (DBP, 2015), hlm. 207 dan 261. | Tatabahasa | 24.01.2025 |
Salam tuan, adakah wujud perkataan mengatur gerak atau mengaturgerak? Adakah ia ditulis secara terpisah atau rapat? | Mengatur gerak wujud dalam pelbagai korpus bahasa Melayu. Perkataan ini ialah frasa kerja dan maknanya bergantung pada konteks ayat. Mengatur gerak ditulis secara terpisah. Contoh lain seperti perkataan mengatur langkah dan mengatur masa. | Tatabahasa | 27.05.2025 |
Saya sering terkeliru antara imbuhan akhiran "kan". Cthnya "pergerakkan" atau "pegerakan". Minta diberi panduan. Terima kasih | Kesilapan penggunaan k atau kk kerana kita tidak dapat membezakan antara imbuhan ...-kan, imbuhan -an dan apitan peN-...-an. Kata kerja gerak + kan akan membentuk kata terbitan "gerakkan" seperti yang lazim digunakan dalam ayat suruhan "Gerakkan tangan anda". Kata kerja gerak + an akan menghasilkan kata nama gerakan seperti dalam ayat "Bilik Gerakan akan mula dibuka pada minggu hadapan". Apitan peN-...-an pada kata kerja gerak, peN + gerak + an menghasilkan kata nama pergerakan, seperti ayat "Runtuhan tanah di lereng bukit itu berlaku akibat pergerakan air dalam tanah". | Tatabahasa | 06.07.2011 |
Assalamualaikum wbt Tn, Saya ingin bertanya, adakah betul kata kerja (KK) & kata nama (KN) di bawah: 1) KK:Mendengar - KN:Dengar 2) KK:Melihat - KN:Lihat 3) KK:Memegang - KN: Pegang 4) KK: Bergerak - KN: Gerak Atau Tn, ada cadangan lain untuk kata KN yang bersesuaian dengan KK di atas. Terima kasih. | Dengar, lihat, pegang, dan gerak ialah kata kerja, sama seperti mendengar, melihat, memegang dan bergerak. | Tatabahasa | 15.08.2016 |
Kerja terkemut-kemut itu dilakukannya hampir sepanjang usia. adakah penggunaan frasa terkemut-kemut betul dalam ayat tersebut? kalau tidak betul, apakah perkataan yang sesuai untuk menggantikan frasa itu? tq | Dalam kamus Dewan, kemut bermaksud ; kemut-kemut, mengemut, terkemut-kemut 1. bergerak-gerak turun naik atau kembang kuncup (seperti mulut kanak-kanak yang menyusu dll): mulutnya terkemut-kemut; nadinya terkemut-kemut; 2. a) terhuyung-huyung; b) perlahan-lahan, lambat-lambat, terdemut-demut: berjalan terkemut-kemut; membuat kerja terkemut-kemut.. Ayat yang boleh menggunakan frasa terkemut-kemut ialah "Mulutnya terkemut-kemut hampir sepanjang usianya." | Tatabahasa | 11.09.2013 |
Tuan/Puan, Saya Dalam Peringkat Akhir Penyelidikan Antarabangsa Dan Kini Menuju Ke Peringkat PENJEJAKAN. Dan Untuk Hal Tersebut, Saya Memerlukan Bantuan Organisasi Bahasa Seperti Tuan/Puan Untuk Melakukan : TERJEMAHAN Bahan Laporan Yang Saya Buat Dalam BAHASA MALAYSIA Ke Dalam BAHASA INGGERIS - Untuk Rujukan Pelbagai Pihak Antarabangsa Kelak Termasuk Pihak KERAJAAN Negara-Negara Antarabangsa. Untuk Makluman, Saya Kurang Berkemahiran Menulis Dalam English. Semoga Pihak Tuan Dapat Membantu Usaha Amanah Tanggungjawab Antarabangsa Seperti Ini. Biar Balik Tangan Kosong Setelah Usaha, Daripada Berlaku : LALAI, CUAI, TERLEPAS PANDANG SERTA ENDAH TAK ENDAH DALAM PERKARA AGAMA DAN KETUHANAN (Covid19 TIADA KENA MENGENA DENGAN SIFAT ACUH TAK ACUH MANUSIA BERKENAAN Perkara Kajian Ini Yang Dibangkit Sejak 2018 Di Malaysia - Negara Kelahiran Subjek Kononnya Si KUNCI UTAMA & PEMULA LANGKAH PENJEJAKAN SUCI Di Akhir Zaman) Semoga Kerjasama Kita Berterusan Kelak Sesudah Dan Termasuk (Jika Sudi Supply TEAM GERAK KHAS DBP Untuk Jadi TEAM MANUSKRIP & PERBAHASA-AN Kelak); Untuk Sama Sama Dalam Sesi XRay Rasmi 4 IKONIK PEMANDA MASA AKHIR ZAMAN, Dimulai Dengan : INDIA, CHINA & MESIR Kelak. LAPORAN RASMI UTAMA Dihantar Kemudian Melalui Emel Reply Anda. Kapasiti Borang Ini Terhad. | Untuk makluman, Dewan Bahasa dan Pustaka tidak membuat kerja-kerja terjemahan. Walau bagaimanapun, pihak tuan boleh berhubung dengan Institut Terjemahan dan Buku Malaysia (ITBM) untuk urusan yang berkaitan dengan terjemahan. Terima kasih. | Lain-lain | 16.05.2021 |
1. Bagaimana kaedah tepat untuk menggunakan "di" ada ketika "di" pada perkataan ditulis rapat. Ada kala "di" pada perkataan di tulis jarak. 2. Bagaimana untuk saya minta seseorang itu faham yang tugasan itu mesti buat . Agar individu yang mendengar arahan tidak rasa seolah di arah . Contoh : " Cikgu, tolong segera kan tugasan yang diamanahkan pada cikgu" @ " Cikgu, tolonglah gerak, jangan tunggu saya cakap,masing masing faham tugas sendiri" atau ada istilah lebih lembut dan sedap di dengar. | 1. Di- ditulis rapat diikuti dengan kata kerja. Dalam hal ini bentuk ayat ialah ayat pasif dengan imbuhan kata kerja pasif di-. Contohnya: Barang itu sudah diambil oleh Ali. Di- sebagai sendi nama digunakan khusus di hadapan kata nama atau frasa nama yang menunjukkan tempat ditulis terpisah. Contoh di hadapan kata nama: Saya bekerja di pejabat itu. Contoh dihadapan frasa nama: Tambak Johor terletak di antara negeri Johor dengan Singapura. 2. Tidak semestinya kita menggunakan ayat yang bermaksud tolong segera buat atau bertindak. Boleh juga menggunakan ayat yang meminta hasil atau pencapaian kerja yang telah dibuat. | Makna | 20.04.2011 |
Tuan/Puan, Saya ingin meminta nasihat mengenai perkataan di bawah, satu atau dua perkataan? -Maklum balas -Memudahcara -Mengenal pasti -Merekabentuk (design) -Mengambil kira -Diubahsuai Di samping itu, saya juga ingin meminta nasihata mengenai penterjemahan perkataan di bawah: - vulnerable group - response to - minimum standard - Appropriately intervenes to address social and community inequality - social work intervention - accountable - accountability - to practice - to promote social justice - to engage in human service - the concern of the community - disabling environment - grief process - insight and understanding of own value - social networking - resilience - human worth - culture, gender, race, class, ethnic, religion, disability, age and life style differences between self and others Kerjasama tuan/puan dalam perkara ini didahului dengan ucapan terima kasih. | Ejaan yang betul ialah: 1. maklum balas 2. memudah cara 3. mengenal pasti 4. mereka bentuk 5. mengambil kira 6. diubah suai Padanan bahasa Melayu yang dicadangkan adalah seperti yang berikut: 1. vulnerable group - kumpulan lemah/kumpulan rentan 2. response to - gerak balas terhadap/sambutan terhadap 3. minimum standard - standard minimum 4.. social work intervention - intervensi kerja sosial 5. accountable - bertanggungjawab 6. accountability - kebertanggungjawaban 7. to practice - mengamalkan 8. to promote social justice – mempromosi keadilan sosial 9. the concern of the community – menjadi perhatian masyarakat 10. social networking - rangkaian sosial Untuk mendapatkan padanan bahasa Melayu bagi perkataan yang lain, sila rujuk www.prpm.dbp.gov.my dan pilih padanan yang bersesuaian dengan konteks. | Ejaan | 11.09.2013 |