Siapakah gerangan atau siapakah gerangan yang menyebabkan tuanku kelihatan bermuram durja? Yang mana satukah lebih tepat penggunaan bahasanya? Siapakah atau apakah? Mohon penjelasan. terima kasih | Jika dilihat pada konteks ayat, kedua-dua perkataan boleh digunakan secara bersilih ganti. Hal ini disebabkan kata “gerangan” bermaksud agaknya, rupanya dan barangkali yang merupakan kata yang ditambahkan pada kata tanya untuk menunjukkan masih berasa bimbang atau waswas. | Lain-lain | 14.05.2020 |
“Apakah gerangan yang menyebabkan ______ kelihatan bermuram durja?” tanya Tun Perak kepada Sultan Melaka. Adakah betul penggunaan perkataan apakah tersebut? | Jawapan yang tepat ialah “Apakah gerangan yang menyebabkan tuanku kelihatan bermuram durja?” tanya Tun Perak kepada Sultan Melaka. | Lain-lain | 14.05.2020 |
nama lain bagi jujur,cerca,buncit,gerangan.. | Jujur sama makna dengan tulus/ikhlas, cerca sama makna dengan cela/caci, buncit sama makna dengan gendut, gerangan sama makna dengan agaknya/rupanya/barangkali | Makna | 27.11.2008 |
apa___ gerangan nasib hamba? kata Hang jebat kepada sahabatnya. adakah jawapannya (lah atau tah)berikan sebabnya. | Partikel 'kah' dan 'tah' ialah partikel untuk menyatakan pertanyaan dan soalan. Yang membezakan antara dua kata penegas ini ialah 'tah' untuk menyatakan pertanyaan kepada diri sendiri. Oleh itu jawapan yang betul ialah apatah gerangan nasib hamba? | Tatabahasa | 23.07.2010 |
Kenal pasti kesalahan ayat: 1. Bila gerangan kakanda akan pulang? 2. Berapa tahun dia belajar di luar negeri? | Dalam kedua-dua ayat tersebut perlu diletakkan partikel -kah (Bilakah ... dan Berapa tahunkah ...) sebagai penegas frasa predikat atau bahagiannya. | Tatabahasa | 13.09.2011 |
bagaimanakah ingin membezakan penggunaan kata penegas -tah dan -lah? Ayat manakah yang betul? i) Bilalah dia akan muncul? ii)Bilatah dia akan muncul? | Penggunaan kata penegas lah ialah partikel atau kata tugas yg digunakan utk menegaskan kata yg mendahuluinya serta terikat dgnnya: Makan~ kuih itu. Jangan~ kamu berasa segan. Manakala tah pula ialah partikel pd akhir kata (utk menyatakan pertanyaan pd diri sendiri), gerangan: apa~ ?; bukan~ ?; mana~ ?; mengapa~ ?. Ayat yang betul ialah (i) Bilalah dia akan muncul? | Lain-lain | 13.08.2010 |