Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ge.rong.gang] | ݢروڠݢڠ

Definisi : 1. berlubang di dalam; 2. rongga (dlm pokok dll): kebanyakan tulang yg besar itu mempunyai ~. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ge.rong.gang] | ݢروڠݢڠ

Definisi : rongga atau lubang di dlm sesuatu (spt pokok, tulang). bergeronggang berlubang atau berongga di dlmnya. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata geronggang


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Perkataan mendakan atau mendapan yang mana lebih sesuai untuk ayat ini "Mendapan/mendakan yang berwarna kuning terdapat di dalam saluran vesel kayu geronggang". Terima kasih

Mengikut Kamus Dewan, istilah mendapan dan mendakan mempunyai persamaan iaitu sesuatu yang turun ke bawah dan berlonggok di dasar (berkaitan lumpur, pasir dan lain-lain). Cuma ciri mendakan yang dinyatakan, iaitu pepejal yang tidak larut yang terhasil dalam sesuatu tindak balas kimia (yang berlangsung dalam larutan) tidak dinyatakan dalam entri mendapan. Kami mencadangkan perkataan mendapan kerana dalam pangkalan data DBP perkataan mendapan digunakan secara meluas dalam istilah perhutanan, geografi dan pertanian berbanding perkataan mendakan yang lebih meluas dalam istilah kejuruteraan.

 

Istilah01.12.2014

Kembali ke atas