Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ge.ron.to.lo.gi] | ݢرونتولوݢي

Definisi : (gérontologi) kajian tentang proses penuaan serta masalah yg dihadapi orang tua. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata gerontologi


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Apakah maksud 'hospis' dengan lengkap?Untuk makluman, tidak terdapat maksud "hospis" dalam pangkalan data kami. Walau bagaimanapun, terdapat istilah "jagaan hospis (hospice care)" dalam bidang Gerontologi yang bermaksud "Penjagaan yang diberikan kepada individu yang tidak mempunyai peluang untuk sembuh."Makna26.09.2013
Saya ada terbaca tentang "latihan sukarekawan sukan sea 2017 Kohort 10" Perkataan "KOHORT" itu adakah istilah bhs inggeris atau dalam BM? Apakah yang dimaksudkan dgn kohort? Terima kasihMenurut Kamus Inggeris-Melayu Dewan istilah sumber bagi perkataan kohort dalam bahasa Inggeris ialah Cohort. maksud kohort dalam bidang gerontologi ialah kumpulan individu yang dilahirkan pada tempoh yang sama, tetapi tidak semestinya pada tahun yang sama manakala dalam bidang sosiologi ialah kumpulan taksonomi tidak tetap yang digunakan dalam cara berlainan oleh pakar yang berlainan, misalnya kumpulan dalam taraf di atas superorder, kumpulan di antara kelas dan order, atau kumpulan famili yang berkaitan.Makna13.03.2017
Mohon khidmat nasihat bagi terjemahan perkataan "double burden of malnutrition" dan "settings" dalam bahasa Malaysia yang akan digunakan dalam dasar kebangsaan. Saya sertakan definisi dan penggunaan dalam ayat bagi membantu tuan/puan memahami konteks ayat seperti di lampiran. Sekian, terima kasih.1. Menurut Kamus Inggeris-Melayu Dewan, maksud "malnutrition" ialah pemakanan tak seimbang. Manakala merujuk daripada bidang perubatan, veterinar, dan sosiologi bermaksud malnutrisi atau malpemakanan daripada bidang gerontologi dan pentadbiran perniagaan. Bagi maksud  "double burden" pula ialah beban berganda. Maka cadangan terjemahan yang sesuai bagi "double burden of malnutrition" ialah beban berganda malpemakanan atau beban berganda malnutrisi.

2. Cadangan terjemahan bagi maksud"settings" yang diberikan mengikut konteks ayat yang diberikan, iaitu “Establishing and implementing innovative and effective prevention, intervention and rehabilitation strategies and programmes to address the double burden of malnutrition at various settings and levels.” ialah “Membangun dan melaksanakan strategi dan program pencegahan, intervensi dan pemulihan pemakanan yang inovatif dan berkesan bagi menangani masalah beban berganda malnutrisi pada peringkat dan penetapan yang pelbagai.”
Makna07.12.2020

Kembali ke atas