| Adakah umpan tiruan dikenali sebagai gewang dalam bahasa Melayu? Saya melihat istilah ini kerap digunakan untuk merujuk umpan pancing tiruan. | Merujuk kepada Kamus Dewan "Gewang" mempunyai dua makna iaitu pertama tergewang-gewang tergoyang-goyang dan yang kedua ialah 1. siput mutiara (digunakan utk perhiasan peti, butang, dll): giginya bersih laksana ~; 2. subang kecil. | Lain-lain | 14.09.2019 |
| Sila jawab soalan, saya bukan tanya tentang definisi dalam Kamus Dewan, saya sudah tahu tahu definisi gewang dalam Kamus Dewan. Soalan saya dalam bidang pemancingan adakah gewang juga dikenali sebagai umpan tiruan? Hal ini kerana saya melihat istilah ini kerap digunakan untuk merujuk umpan pancing tiruan. | Istilah "gewang" sebagai kata yang merujuk umpan tiruan masih belum dirakam dalam data kami. Istilah ini boleh dicadangkan dalam gerbang kata DBP sebagai satu kata baru yang merujuk umpan tiruan. | Lain-lain | 23.09.2019 |