Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Adakah anda bermaksud : go,hg,gm,goh,ga

Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata gh


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
adakah perkataan " sangat" merupakan digraf?Digraf ialah dua huruf berturut-turut yang mewakili satu bunyi seperti ng, ny, sy, kh dan ghDigraf juga dikenali sbagai dwihuruf, dwilambang atau huruf rangkap. Contoh perkataan yang mepunyai digraf ialah nganga, nyamuk, naskhah, ghaib, lubang, khabar, pisang dan syampu. "Sangat" bukan diagraf.
Lain-lain24.08.2014
apakah perbezaan antara digraf dan konsonan bergabung? perkataan seperti kh, gh, ng, ny dan sy ialah digraf. jadi, perkataan seperti krim, drama, skor, klinik ialah konsonan bergabung. bagaimanakah pula dengan perkataan pisang, potong, kacang? terima kasih atas keprihatinan tuan menjawab soalan saya.Perkataan ng dalam pisang, potong dan kacang merupakan digraf.Tatabahasa26.06.2013
Setahu saya, semasa di maktab perguruan, saya belajar konsonan bergabung ialah gh,kh,ng,ny dan sy. Jadi digraf ialah konsonan bergabung (dua konsonan berturut-turut yang menghasilkan satu bunyi ). Adakah Klinik iaitu kl digraf? Saya juga belajar konsonan berganding (dua konsonan berturut-turut tetapi menghasilkan dua bunyi atau dipisahkan apabila dieja mengikut suku kata , contohnya hantar - nt ). Mengapakah buku teks BM tahun 3 (SJK(c) tidak sebut tentang konsonan berganding tetapi hanya digraf dan konsonan bergabung yang sama? Bagi kebanyakan guru, mereka menganggap konsonan bergabung bukan digraf tetapi konsonan berganding. Murid- murid telah belajar konsep yang salah. Bagi cucu saya, perkataan seperti promosi, klik,program ,,hibrid dan perkataan daripada b. Inggeris ialah konsonan bergabung. Sila jelaskan. Terima kasih.Dalam data kami, digraf sama dengan konsonan berganding, iaitu dua huruf berturut-turut yang mewakili satu bunyi seperti ng, ny dan sy, atau disebut juga dwihuruf, dwi­lambang dan huruf rangkap. Untuk hal yang berkaitan dengan penerbitan buku teks Bahasa Malaysia termasuklah kandungannya, kami mencadangkan tuan menghubungi Editor yang bertanggungjawab, iaitu Puan Zaiton binti Ismail melalui talian 03-21479000 atau e-mel zaiton3@dbp.gov.my.

Tatabahasa10.12.2015
saya keliru tentang konsonan bergabung ? kastam, sedap , lazat ,enak dan harum ? konsonan bergabung atau tidak ? konkrit ialah konsonan bergabung , adakah sebab n,k dipisahkan 2 suku kata kon krit ?Digraf ialah dua huruf berturut-turut yang mewakili satu bunyi seperti ng, ny, sy, kh dan ghDigraf juga dikenali sbagai dwihuruf, dwilambang atau huruf rangkap. Contoh perkataan yang mepunyai digraf ialah nganga, nyamuk, naskhah, ghaib, lubang, khabar, pisang dan syampu.

Konsonan bergabung atau konsosnan rangkap pula ialah huruf konsonan yang hadir secara berurutan dalam satu perkataan dan kedua-dua konsonan itu terpisah dalam suku kata yang berlainan. Contoh konsonan bergabung ialah kompleks, terminal dan konkrit.
Tatabahasa13.05.2014
Bolehkah tuan beri takrifan 'digraf' dan 'diftong' beserta contoh-contohnya. Terima kasih.Penjelasn yang tuan kemukakan betul. Digraf ialah dua huruf berturut-turut yang mewakili satu bunyi seperti ng, ny, sy, kh dan gh dalam perkataan nganga, nyamuk, syiling, khemah dan ghaib.  Diftong ialah gabungan dua bunyi vokal yang disebut dalam satu suku kata akibat perubahan kedudukan lidah seperti ai, au, dan oi dalam perkataan pandai, pulau dan amboi.Tatabahasa26.01.2014
apa itu konsonan rangkapKonsonan rangkap ialah gabungan huruf konsonan yang masing-masing melambangkan satu bunyi konsonan. Terdapat lima jenis huruf gabungan, iaitu gh,kh,ng dan sy.Tatabahasa01.06.2011
Rentetan soalan no.9: Bagaimana dengan vokal berganding & konsonan bergabung

Encik Badarul,

Vokal berganding berbeza daripada diftong yang dilafazkan sebagai satu bunyi. Perkataan yang dieja dengan vokal berganding ialah kuih, buih, air dan laut. Konsonan bergabung dalam bahasa Melayu ialah gh, kh, ng, ny dan sy seperti dalam perkataan ghairah, khabar, nganga, nyanyi dan syarat.

 

Ejaan28.12.2010
jawapan bagi perbezaan digraf dengan konsonan bergabung yang diberikan oleh http://prpm.dbp.gov.my/ amat mengelirukan kerana dinyatakan kedua-duanya adalah hampir sama. Adakah digraf hanya melibatkan ng, ny, kh dan sy manakala konsonan bergabung melibatkan gabungan dua konsonan selain daripada digraf (seperti dr, pr, kr, tr, sk, kl, .....) Senarai perkataan / contoh-contoh perkataan bagi kedua-dua komponen ? Terima kasih.Digraf ialah dua huruf berturut-turut yang mewakili satu bunyi seperti ng, ny, sy, kh dan ghDigraf juga dikenali sbagai dwihuruf, dwilambang atau huruf rangkap. Contoh perkataan yang mepunyai digraf ialah nganga, nyamuk, naskhah, ghaib, lubang, khabar, pisang dan syampu.

Konsonan bergabung atau konsosnan rangkap pula ialah huruf konsonan yang hadir secara berurutan dalam satu perkataan dan kedua-dua konsonan itu terpisah dalam suku kata yang berlainan. Contoh konsonan bergabung ialah kompleks, terminal dan konkrit.
Tatabahasa06.05.2014
1.Apakah yang dimaksudkan dengan konsonan rangkap? 2. Apakah yang dimaksudkan dengan pola suku kata depan, tengah dan belakang ?Konsonan rangkap ialah gabungan huruf konsonan yang masing-masing melambangkan satu bunyi konsonan. Terdapat lima jenis huruf gabungan, iaitu gh, kh,ng dan sy. Huruf-huruf ini dikenal pasti melalui lafaz dan ejaan perkataan yang mengandungi huruf-huruf ini. Sila rujuk Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga untuk maklumat lanjut.Tatabahasa09.11.2009

Kembali ke atas