Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata ghafar


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
penggunaan bahasa verbal dalam sajakPenyair A. Ghafar Ibrahim atau AGI telah memperkenalkan konsep tri-v, iaitu Verbal-Vokal-Visual. Bahasa verbal ialah isi/tema/persoalan sesebuah sajak.Lain-lain06.08.2007
memeriksa perkataan pada banner majlis Graduasi dan Inovasi SMK Ghafar baba 2015Lihat LampiranTatabahasa06.03.2015
memeriksa perkataan untuk iklan banner majlis graduasi dan inovasi smk ghafar baba 2015Sila kemukakan soalan tuan dengan jelas.Tatabahasa06.03.2015
apakah yang dimaksudkan dengan bentuk visual distikon dan trizen dalam puisi melayu berdasarkan puisi melayu Abdul Ghafar IbrahimIstilah distikon dan trizen tidak ada dalam sumber rujukan kami. Kami berusaha mencari maklumat yang berkaitan dan sebarang perkembangan akan di-e-mel terus kepada puan.Istilah18.01.2011
contoh-contoh sajak yang menggunakan bahasa verbal dan nam-nama buku yang boleh digunakan sebagai rujukanSecara umum, semua puisi menggunakan bahasa verbal. A. Ghafar Ibrahim telah memperkenalkan konsep puisi tri-v, iaitu akronim daripada vokal, verbal dan visualn. Saudari boleh membuat rujukan awal di majalah Dewan Sastera, Januari 2006 atau datang ke Pusat Dokumentasi Melayu (PDM) DBP, KL.Lain-lain12.08.2007
selamat sejahtera saya ingin bertanya mengenai tajuk pembentangan yang bertajuk 'Warga yang Berbudaya,Memahami Tradisi Bangsa'.Apakah yang perlu saya bincangkan mengenai tajuk tersebut?Sila rujuk bahan ini : 1. Warga yang berbudaya, memahami tradisi bangsa oleh AGA Dewan Budaya 01/01/2007. 2. Budaya identiti bangsa [diwawancara oleh Ghafar Abdullah] A. Aziz Deraman Dewan Budaya 01/10/1986. 3. Cabaran dan masa depan Dasar Kebudayaan Kebangsaan A. Aziz Deraman Melayu: Jurnal Antarabangsa Dunia Melayu 01/12/2004. 4. Menghayati budaya bangsa Hassan Ahmad Dewan Budaya 01/08/2004 TLain-lain07.08.2007
Betulkah ayat di bawah: 1) Program ini memperkukuh dan mendorong kesediaan kanak-kanak untuk melibatkan diri dalam pelbagai aktiviti. 2) Kedua-dua anak perempuan saya menjadi lebih berdikari dan expresif setelah menyertai program ini.

Ayat sepatutnya:
1) Program ini memperkukuh dan mendorong persediaan kanak-kanak untuk melibatkan diri dalam pelbagai aktiviti.

2) Ejaan expresif salah, yang betul ekspresif tetapi dalam konteks ini perkataan ekspresif tidak sesuai kerana ekspresif bermaksud perbuatan, tulisan, lukisan, dan sebagainya yang dapat melahirkan sesuatu maksud (perasaan, tujuan) dengan jelas, contoh ayat Ghafar lebih memperlihatkan kesan ekspresif.

Tatabahasa29.06.2010

Kembali ke atas