Berdasarkan jawapan yang telah diberikan, apakah jawapan yang boleh diterima dalam konteks tersebut: 1) "saya akan meminta maaf daripada kawan saya" (I will SEEK forgiveness from my friend) Ataupun 2) "saya akan meminta maaf kepada kawan saya" (I will apologies to my friend) Ataupun kedua-duanya boleh diterima secara betul? Anak saya mendapati ada pelajar (murid dari kelas lain) yang menggunakan frasa "meminta maaf daripada" disemak betul dan mendapat markah penuh dalam soalan 2. Tetapi anak saya tidak mendapat markah untuk soalan tersebut kerana Cikgu dia semak "meminta maaf daripada kawan" ialah jawapan kurang tepat dan markah anak saya telah ditolak. Anak saya bertanya mengapa dia dikatakan salah sedangkan dulu cikgu darjah 3 & 4 di sekolah mengajar bahawa "meminta maaf daripada kawan" adalah betul. (Meminta maaf.. daripada sesiapa) Saya juga telah meminta pandangan daripada 3 Munsyi Dewan (yakni Cikgu Abdul Ghalib Yunus, Cikgu Azhar Salleh dan Cikgu Irsyad Khir, guru-guru di Sekolah Rendah dan Sekolah Menengah. Mereka berpendapat bahawa daripada boleh diterima dan digunakan secara betul. Bukti diberi oleh Munsyi Dewan dilampirkan untuk rujukan Puan Saya berharap pihak DBP boleh memberi anak saya penjelasan yang lebih tepat dan muktamad berhubung penggunaan frasa daripada berbanding dengan kepada. | Ayat yang betul ialah “Saya meminta maaf kepada kawan.” (I’m seeking forgiveness to my friend). Kata sendi nama “kepada” dalam ayat tersebut digunakan di hadapan kata nama atau frasa nama untuk menyatakan sasaran yang merujuk manusia. Walau bagaimanapun, penggunaan kata sendi nama “daripada” boleh juga digunakan bergantung pada konteks ayat tertentu, contohnya “Saya meminta maaf daripada kawan.” (I’m seeking forgiveness from my friend). Oleh hal yang demikian, kedua-dua penggunaan kata sendi nama “kepada” dan “daripada” boleh digunakan, namun bergantung pada konteks penggunaannya dalam ayat. Untuk keterangan lanjut, sila rujuk Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga, DBP 2015, halaman 272 - 273.
| Tatabahasa | 30.07.2025 |
Bangaimanakah saya boleh memastikan penggunaan kata dan struktur ayat saya dalam bahasa Melayu adalah betul & tepat? | Pelbagai kaedah boleh digunakan sebagai bantuan menentukan penggunaan kata dan struktur ayat bahasa Melayu antaranya 1. 1. Merujuk kepada laman sesawang Pusat Rujukan Persuratan Melayu DBP https://prpm.dbp.gov.my/ sebagai rujukan pantas. 2. 2. Merujuk kepada Tatabahasa Dewan sebagai rujukan yang lebih komprehensif. Terdapat banyak buku mengenai perkara ini, antara yang dicadangkan ialah 1. 1. Sehari Sepatah Kata - Noresah Baharum 2. 2. Soal Jawab Bahasa – Abdul Ghalib Yunus | Lain-lain | 09.01.2022 |
Tajuk Soal: "Di satu pihak" atau "Pada satu pihak"? Selamat petang tuan DBP. Saya kurang pasti akan pemilihan antara dua frasa, "di satu pihak" atau "pada satu pihak". Satu ayat misal saya nukilkan daripada buku Warna dan Suasana Perancangan Bahasa Melayu di Malaysia (2000) oleh Awang Sariyan: (1) Ertinya saya tidak menitikberatkan soal wujudnya golongan pengguna bahasa Melayu tinggi yang sekali gus membayangkan kelas menegah atau atasan di satu pihak dan golongan pengguna bahasa Melayu rendah yang terdiri daripada kelas bawahan di satu pihak. Adakah frasa "di satu pihak" tepat akan peraturan kata sendi? Setahu saya, kata sendi "di" digunakan untuk menunjukkan tempat sesuatu benda atau orang berada. Walau bagaimanapun, saya merasakan bahawa "pada satu pihak" lebih ghalib digunakan orang marcapada, tetapi apakah rasional atau dasar di balik penggunaan itu? Penggunaan tersebut bersandarkan peraturan apa? Minta tuan tafsir soal ini. | Penggunaan yang betul ialah pada satu pihak. Kata sendi nama pada digunakan di hadapan kata nama atau frasa nama untuk menunjukkan keterangan waktu atau tempat, dan digunakan dalam ungkapan ada + pada (manusia dan haiwan) dalam beberapa situasi tertentu serta sebagai perkataan yang terletak di hadapan kata nama yang menunjukkan tempat bagi perbuatan sesuatu kata kerja. | Tatabahasa | 14.08.2016 |