betulkah ayat ini? Haji Ghazali memotong dua ekor lembu | Ayat yang betul ialah: Haji Ghazali menyembelih dua ekor lembu. Perkataan memotong digunakan dalam konteks yang berikut: Haji Ghazali memotong daging lembu. | Tatabahasa | 28.05.2011 |
Mohd Hafizuddin Mohamad Ghazali 4 Disember 2015 2:58PM Salam admin... Saya nk tanye..mcm ne nk jd agen drooship utk buku2 dbp ye? | Sila hubungi pegawai Bahagian Pengedaran dan Pemasaran DBP, Encik Zulhilmi Baharuddin di talian 03-41012328 atau e-mel zulhilmi@dbp.gov.my. | Lain-lain | 04.12.2015 |
BILAKAH DIADAKAN KURSUS ATAU BENGKEL PENULISAN DI KAWASAN UTARA | Maklumat boleh dirujuk kepada Puan Khairiyah Ghazali nombor telefon 04-5377240 atau emel dialamat kriyah@dbp.gov.my. | Lain-lain | 27.03.2008 |
Saya berminat untuk menyertai bengkel penulisan anjuran DBP, tetapi malangnya bengkel ini tidak terdapat di Pulau Pinang. Bolehkah pihak DBP mengadakan bengkel penulisan di Pulau Pinang? | Salam. Ada empat (4) unit di Pejabat DBP Wilayah Utara, iaitu Unit Bahasa (Puan Khairul Anum Mohd Ali), Unit Sastera (Puan Khairiyah Ghazali), Unit Penerbitan (Syahida Ahmad) dan Pusat Dokumentasi Melayu (Mohd Hafiz Salim). Semua unit tersebut ada menganjurkan bengkel-bengkel penulisan. Mohon berhubung dengan pegawai berkenaan untuk bengkel yang saudara ingin sertai. No. tel. : 04-5377241/2/3/4 Alamat: Dewan Bahasa dan Pustaka Wilayah Utara, No. 31, Lorong P.S.2, Bandar PERDA, 14000 Bukit Mertajam, Pulau Pinang. | Lain-lain | 10.12.2008 |
mengenai masalah bahasa rojak yang di gunakan di malaysia, bagaimana kah cara mengatasi nya? adkah ia memudaratkan bahasa melayu? atau menjatuhkan martabat bahasa melayu? | Sila rujuk bahan ini : 1. Bahasa rojak jejaskan bahasa MElayu : Lia, Agatha. Dewan Siswa.1/06/2006. 2. Bahasa rojak mencemarkan bahasa Melayu . Juanaidah Ahmad Ghazali.Pelita Bahasa. 1/06/2004 3. Bahasa rojak nilai rasmi bahasa kebangsaan luntur. Awang Sariyan. Dewan Masyarakat.1/07/2004 4. Bahasa rojak perosak bahasa Melayu. Nik Safiah Karim. Pelita Bahasa.1/06/2004 | Lain-lain | 18.01.2008 |
Selamat Pagi,Tuan/Puan. Apakah kesalahan bahasa dalam beberapa ayat yang di bawah? 1.Berbeza keadaannya dengan kita di negara bertuah ini, walaupun merasai nikmat keamanan dan kesejahteraan, namun kita sebenarnya menghadapi serangan musuh Islam. 2.Jika kita tidak mempertahankan cara pemikiran Islam, maka aliran pemikiran yang terpesong mudah mempengaruhi kita. 3.Ia semakin mempengaruhi umat Islam sehinggakan tidak lagi berkesempatan untuk berfikir amal baik apakah yang perlu dipersiapkan untuk hari esok. 4.Justeru, marilah kita bulatkan tekad, beristiqamah melaksanakan perintah Allah dan Rasul, berusaha mempersiapkan bekalan amalan baik dengan ibadah sebanyak-banyaknya di samping ikhlas mengabdikan diri kepada Allah SWT. 5.Setiap kita mempunyai peranan dan tanggungjawab untuk berjihad mempertahankan kesucian Islam di negara ini. 6.MUSLIM tidak hanya dianjurkan memerhatikan hubungan vertikalnya dengan Allah SWT, sebaliknya perlu menjaga hubungan horizontal dalam konteks hidup bermasyarakat. 7.Keperluan memelihara lidah daripada menyakiti saudaranya juga sangat penting hingga Imam al-Ghazali memperuntukkan satu bab dalam kitabnya, Ihya’ Ulumuddin. | - Berbeza keadaannya dengan kita di negara bertuah ini, walaupun merasai nikmat keamanan dan kesejahteraan, namun kita sebenarnya menghadapi serangan musuh Islam.
- Jika kita tidak mempertahankan cara pemikiran Islam, maka aliran pemikiran yang terpesong mudah mempengaruhi kita.
- Ia semakin mempengaruhi umat Islam sehinggakan tidak lagi berkesempatan untuk berfikir amal baik yang perlu dipersiapkan untuk hari esok.
- Selain itu, marilah kita bulatkan tekad, beristiqamah melaksanakan perintah Allah dan Rasul, berusaha mempersiapkan bekalan amalan baik dengan ibadah sebanyak-banyaknya di samping ikhlas mengabdikan diri kepada Allah SWT.
- Setiap kita mempunyai peranan dan tanggungjawab untuk berjihad mempertahankan kesucian Islam di negara ini.
- Orang Muslim tidak hanya dianjurkan memerhatikan hubungan vertikalnya dengan Allah SWT, sebaliknya perlu menjaga hubungan horizontal dalam konteks hidup bermasyarakat.
- Keperluan memelihara lidah daripada menyakiti saudaranya juga sangat penting hingga Imam al-Ghazali memperuntukkan satu bab dalam kitabnya, Ihya’ Ulumuddin.
| Tatabahasa | 01.07.2021 |
saya memerlukan kajian yang telah dijalankan untuk "penggunaan bahasa rojak dalam kalangan pelajar". | Untuk pertanyaan ini, saudara boleh membuat rujukan di Pusat Dokumentasi Melayu, DBP atau mana-mana perpustakaan/pusat sumber untuk tugasan saudara. Saudara juga boleh merujuk bahan ini : 1. Bahasa rojak jejaskan bahasa Melayu : Lia, Agatha. Dewan Siswa.1/06/2006. 2. Bahasa rojak mencemarkan bahasa Melayu . Juanaidah Ahmad Ghazali.Pelita Bahasa. 1/06/2004 3. Bahasa rojak nilai rasmi bahasa kebangsaan luntur. Awang Sariyan. Dewan Masyarakat.1/07/2004 4. Bahasa rojak perosak bahasa Melayu. Nik Safiah Karim. Pelita Bahasa.1/06/2004 | Tatabahasa | 23.12.2009 |
Saya selongkar dbp.gov.my untuk mencari alamat email editor semua majalah DBP, tetapi gagal ditemui. Sukacita jika tuan / puan dapat emailkan saya alamat semua editor majalah DBP. Terimakasih. Noordin | Tuan boleh menghubungi editor melalui e-mel yang berikut : 1. Dewan Masyarakat - Mohd Shukri Mohd Arif -shukri_m@dbp.gov.my 2.Dewan Budaya -Aninah - aninah@dbp.gov.my 3. Dewan Ekonomi -junaidah Ahmad Ghazali -jun@dbp.gov.my 4.Dewan Kosmik -Norizan Muslim -norizan@dbp.gov.my 5.Dewan Sastera- Rozninah abd.Azib -rozninah@dbp.gov.my 6.Tunas Cipta -Ruslan Abd Raffar -arruslan@dbp.gov.my 7. Dewan Bahasa -Zaidi Ismail -zaidi_i@dbp.gov.my 8. Pelita Bahasa -Armin Azhari saleh -armin@dbp.gov.my 9. Dewan Siswa - abd.Ghani abu- ghanig@dbp.gov.my 10.Dewan pelajar -Haziah che Hussin -haziah@dbp.gov.my | Lain-lain | 03.12.2010 |
Assalamualaikum.. Saya ingin bertanya tentang cara untuk menghantar sebarang artikel, karya untuk dimuatkan dalam majalah2 DBP. Bagaimana dan dengan siapa yang perlu saya hubungi untuk urusan tersebut? Sekian, terima kasih | Waailaikummusallam Makalah boleh dihantar melalui emel berikut 1. Dewan Masyarakat: Mohd. Shukri Mohd. Ariff: shukri_m@dbp.gov.my 2. Dewan Budaya: Aninah Janang aninah@dbp.gov.my 3. Dewan Ekonomi; Junaidah Ahmad Ghazali jun@dbp.gov.my 4. Dewan Kosmik: Norizan Muslim norizan2@dbp.gov.my 5. Dewan Sastera: Rozninah Abd. Azib rozninah@dbp.gov.my 6. Tunas Cipta: Ruslan Abdull Raffar arruslan@dbp.gov.my 7.Pelita Bahasa: Armin Azhari Saleh armin@dbp.gov.my 8. Dewan Bahasa: Zaidi Ismail zaidi_i@dbp.gov.my 9. Dewan Siswa: Abd. Ghani Abu ghanig@dbp.gov.my 10. Dewan Pelajar: Haziah Che Husin haziah@dbp.gov.my | Lain-lain | 10.06.2010 |
berdasarkan berikut bolehkan anda kelaskan ia mengikut kategori, contohnya, peribahasa, bidalan, kata-kata mutiara@hikmah dan sebagainya: 1. Di mana ada kemahuan, disitu ada jalan 2. Buat baik berpada-pada, buat jahat jangan sekali 3. Masa itu emas 4. Berfikir sebelum berkata, berunding sebelum dibuat 5. Kerbau dipegang pada talinya, manusia dipegang pada katanya 6. Muafakat membawa berkat 7. Jangan takut berbagi ilmu, kerana semakin banyak kita memberi, semakin banyak kita mendapat. - (Buya Hamka) 8. Bersatu teguh, bercerai roboh 9. Jauh perjalanan, luas pandangan 10. Sediakan payung sebelum hujan 11. Gemggam bara api biar sampai jadi arang 12. Ilmu tanpa amal , sia-sia- (Imam Al-Ghazali) Terima kasih daun keladi. >_< | Mohon maaf tuan, untuk makluman tuan soalan ini tidak berkaitan dengan makna peribahasa dan boleh dkategorikan berdasarkan rujukan yang dibuat berdasarkan buku-buku yang peribahasa. | Lain-lain | 04.03.2025 |