Salam Sejahtera, Saya ingin mendapatkan penggunaan Bahasa Malaysia yang tepat bagi perkataan berikut: 1. No Gift Policy 2. No Festive Gift Policy Terima kasih. | Untuk makluman, setiap terjemahan bergantung kepada konsep. Akan tetapi, jika diterjemah secara terus frasa yang diberi, pihak kami mencadangkan: 1. No Gift Policy = Polisi Tanpa Cenderamata 2. No Festive Gift Policy = Polisi Tanpa Cenderamata Semasa Perayaan | Penyemakan dan penterjemahan | 20.03.2017 |
Saya ingin tahu terjemahan untuk frasa 'premium gift' dan 'button bagde' dalam Bahasa Malaysia. Juga 'ceramic mug'. Terima kasih. | Untuk makluman tidak ada istilah bahasa Melayu yang khusus dalam pangkalan data kami untuk istilah yang tuan kemukakan. Walau bagaimanapun, cadangan istilah bahasa Melayu ialah cenderamata istimewa (premium gift), lencana butang (button badge) dan kole seramik (ceramic mug). | Istilah | 08.02.2012 |
apakah istilah sebenar 'door gift' dalam bahasa melayu? | buah tangan. | Tatabahasa | 04.10.2007 |
Mohon cadangan istilah bahasa Melayu pagi perkataan 'door gift' selain cenderamata atau hadiah untuk tetamu. Terima kasih. | Cadangan yang sesuai: Buah Tangan | Lain-lain | 13.03.2019 |
Salam Admin, Boleh mohon tolong check translation saya dari BI ke BM seperti butir di bawah:- 1. Enabling the differently-abled/Mengupayakan Orang Kelainan Upaya 2. Empowering Single Mothers/ Memperkasa Ibu Tunggal 3. Nurturing Potential/ Mengasah Bakat@Memupuk Potensi 4. Preserving cultures and legacies/Memelihara budaya dan warisan 5. Environmental conservation/ Memulihara Alam Sekitar 6. Gift of Sight/ Memberi peluang/harapan untuk melihat 7. Sharing knowledge beyond borders/Berkongsi pengetahuan melangkaui sempadan 8. Equipping Youth with Money Management Skills/Melengkapkan Belia dengan Kemahiran Pengurusan Kewangan 9. Celebrating diversity/Meraikan Kepelbagaian 10. Feeding the needy/Membantu golongan yang memerlukan Terima Kasih atas pertolongan En/Pn. | Cadangan terjemahan dalam bahasa Melayu yang diberikan boleh diterima kecuali sedikit pembetulan untuk no. 2, 3 dan 6 seperti yang berikut: 2. Empowering Single Mothers/ Memperkasakan Ibu Tunggal 3. Nurturing Potential/ Mengasah Bakat atau Memupuk Potensi 6. Gift of Sight/ Memberikan peluang/harapan untuk melihat Sekian. Terima kasih. | Penyemakan dan penterjemahan | 13.11.2017 |
Assalamualaikum, Diharap ini adalah saluran yang betul. Saya memerlukan bantuan dan pemahaman tentang perkataan "novelty" di mana makna yang saya dapat di sini adalah "pembaharuan". Mohon bantuan jika boleh untuk memberi contoh ayat supaya lebih faham kerana saya perlu menerangkan kepada umum. Sekian, terima kasih. | Megikut Kamus Inggeris- Melayu Dewan, Novelyy membawa maksud: n 1. quality of being novel, kebaharuan: the ~ of the first few weeks soon wore off, kebaharuan minggu-minggu yg awal mula luput; 2. st new, sst yg baru: hard work is no ~ to him, kerja keras bukan sst yg baru baginya; snow was a ~ to them, salji merupakan sst yg baru bagi mereka; 3. small, unusual ornament etc sold as a gift, hadiah kecil-kecil: a ~ shop, kedai hadiah kecil-kecil. | Makna | 29.10.2014 |