Tuan, 1) Adakah gigi sudah menunjukkan jamak? Atau perlu dijamakkan gigi-gigi? 2) Adakah istilah bahasa Melayu yg tepat bagi 'morning call'? Jika tiada, apakah istilah bahasa Melayu yg paling hampir untuk digunakan? Terima kasih. | 1. Dalam Kamus Dewan Edisi Keempat, gigi bermaksud struktur keras yang menyerupai tulang, yang tumbuh pada gusi (gunanya untuk menggigit, mengunyah, dll). Berdasarkan pengertian yang diberikan, gigi sudah menandakan maksud jamak dan tidak perlu diulang. 2. Istilah bahasa Melayu untuk morning call ialah panggilan kejut. | Istilah | 21.07.2011 |
Tuan, Adakah ayat-ayat di bawah ini betul? Setiap pagi Rizal menggosok gigi. Rizal menggosok gigi setiap pagi. Terima kasih | Ayat yang betul adalah seperti yang berikut: (1) Pada setiap pagi Rizal menggosok gigi. (2) Rizal menggosok gigi pada setiap pagi. | Tatabahasa | 25.03.2014 |
apakah penjodoh bilangan untuk ubat gigi yang telah dikeluarkan dari kotak tapi masih berada di dalam bekasnya? contoh ayat: 1. sebatang ubat gigi. (adakah penjodoh bilangan ini betul) | Untuk makluman, bukan semua perkataan boleh diberikan penjodoh bilangan, antaranya ubat gigi. | Lain-lain | 11.09.2017 |
1. To clean baby's teeth gently without hurting baby delicate's teeth and gums. 2. Safety shield prevents the brush from pushing too deep into baby's mouth when use. Please help to check the translation in BM as below:- 1. Untuk membersihkan gigi bayi tanpa melukai gigi dan gusi bayi. 2. Perisai keselamatan mengelakkan berus daripada memasuki terlalu dalam mulut bayi semasa penggunaan. Sekian, terima kasih. | Terjemahan yang betul bagi: 1. To clean baby's teeth gently without hurting baby delicate's teeth and gums - Untuk membersihkan gigi bayi tanpa melukai gigi dan gusi bayi. 2. Safety shield prevents the brush from pushing too deep into baby's mouth when use - Pelindung keselamatan digunakan untuk melindungi berus daripada memasuki terlalu dalam di mulut bayi semasa digunakan. | Makna | 30.05.2018 |
Salam sejahtera, 1. Kanak-kanak bermain gelongsor / papan gelongsor di taman permainan.(yang mana satu betul) 2. Kita harus memberus gigi dengan cara yang betul supaya sisa makanan/ sisa-sisa makanan tidak terselit di/pada celah-celah gigi. 3. Sejak pagi lagi/ Sejak dari awal pagi lagi, dia sudah mula mengerjakan sawah.(sejak dan dari ialah kata sendi nama.'sejak pagi lagi'yang betul? | 1. Kanak-kanak bermain papan gelongsor di taman permainan. 2. Kita harus memberus gigi dengan cara yang betul supaya sisa makanan tidak terselit di celah gigi. 3. Sejak pagi lagi.... | Lain-lain | 11.10.2018 |
Hi, I would like to check if I want to translate dental caries to bahasa malaysia, is karies gigi is the right word? | Padanan bagi <i style="mso-bidi-font-style: normal;">dental cariesi> ialah karies gigi. 1"> | Penyemakan dan penterjemahan | 02.02.2015 |
1.penggunaan "adalah" dan "ialah" 2. Bolehkah menggunaka nombor dalam penulisan karangan pelajar? Contoh gosok gigi 3 kali sehari. | Kata pemeri 'ialah' menunjukkan persamaan dan hadir di hadapan frasa nama, contoh : Anak ialah anugerah Allah SWT; 'adalah' menunjukkan huraian dan hadir di hadapan frasa adjektif dan frasa sendi nama, contoh : Kursus ini adalah untuk pegawai atasan. Bagi menjawab soalan kedua saudara, terdapat beberapa kaedah (mengikut buku Gaya Dewan) untuk menulis nombor dalam penulisan. Antaranya adalah seperti yang berikut: (i) Dieja sepenuhnya nombor yang kurang daripada 10. contoh: satu, dua, tiga, lapan, sembilan (ii) Nombor 10 ke atas ditulis dengan angka. contoh: 10, 100, 1000, 499. Oleh itu, contoh ayat saudara ditulis: Dia menggosok giginya sebanyak tiga kali sehari. | Tatabahasa | 20.02.2009 |
1. Sila bina ayat untuk membezakan rangkai kata ~'ayam kari' dan 'kari ayam'. 2. Adakah ayat ini betul~Dahlan telah menyarungkan Salmiah sebentuk cincin emas. a. ayat ini boleh mempunyai dua objek? b. Adakah kita boleh menukarkan ayat ini kepada~ 'Dahlan telah menyarung sebentuk cincin emas di jari manis Salmiah' 3. Apakah maksud 'bermesyuarah'? 4. Yang manakah betul~'Klinik Pergigian Mansor' ATAU 'Klinik Gigi Mansor'? | 1. Pola yang betul ialah kari, iaitu yang diterangkan ialah kari dan yang menerangkan (jenis) ialah ayam. Ayam kari mungkin betul apabila merujuk sejenis ayam seperti ayam hutan. 2. Ayat yang betul ialah Dahlan menyarungkan sebentuk cincin emas di jari Salmah, cincin (objek tepat) dan Salmah (objek sipi) 3. Perkataan yang betul ialah bermesyuarat. 4. Klinik Pergigian Mansor dan Klinik Gigi Mansor, kedua-dua bentuk frasa ini betul. | Tatabahasa | 11.09.2015 |
Maksud perkataan 1. Optimised Attachments dalam ayat "Optimised Attachments that are bonded to the teeth" 2. Photographic mirror - dalam istilah pergigian/ pendakap gigi istilah di atas tidak terdapat di dalam prpm. Bagaimana/ di manakah saya boleh dapatkan terjemahannya selain daripada bertanya pihak DBP secara atas talian? Terima kasih. | Pihak puan boleh menghubungi Persatuan Penterjemah Malaysia 03-92262506. | Penyemakan dan penterjemahan | 02.12.2015 |
1. Cara berjimat cermat ialah atau adalah menjimatkan penggunaan air? | Frasa yang diberikan tidak betul. Frasa yang betul ialah "Langkah-langkah menjimatkan penggunaan air adalah seperti menutup pili air apabila mengosok gigi". | Lain-lain | 13.10.2016 |