Apakah "gitar", "gol", "gondol" dan "gila-gila" boleh di kategorikan sebagai simpulan bahasa? Sebagai contoh untuk perkataan "gitar", seperti ayat berikut, Model-model yang menjalankan persembahan fesyen itu semuanya berbadan bentuk gitar. "Gitar" disini membawa maksud bentuk badan wanita yang cantik. Mohon penjelasan DBP. Terima Kasih. | Untuk makluman tuan, simpulan bahasa ialah ungkapan yang terdiri daripada dua perkataan atau lebih dan mempunyai makna tertentu. Contoh perkataan yang tuan berikan bukanlah simpulan bahasa, sebaliknya ialah kata umum yang masih mengekalkan makna asalnya. Gitar dalam ayat tersebut masih bermaksud gitar dan tubuh wanita dalam ayat itu dikiaskan kepada bentuk gitar. | Tatabahasa | 07.11.2012 |
Manakah yang betul? “Anjing gila” dan “Gila Anjing”? | Berdasarkan Kamus Dewan Perdana, kedua-dua frasa tersebut diterima bagi merujuk penyakit rabies, iaitu penyakit berjangkit yang menjangkiti haiwan biasanya anjing. Walau bagaimanapun, kekerapan penggunaan frasa anjing gila lebih banyak daripada gila anjing. | Makna | 19.05.2025 |
apakah orang gila | Menurut Kamus Dewan maksud gila :1. tidak sihat atau tidak waras fikirannya (otaknya, ingatannya): 2. penyakit tidak sihat otak (fikiran, ingatan); 3. bp tidak spt yg seharusnya (semestinya, selalunya), tidak normal, luar biasa; | Lain-lain | 24.12.2007 |
1) Adakah ayat di bawah ada kesalahan? - Gadis itu berkelakuan gila-gilaan setelah ibunya meninggal. | Gadis itu gila-gilaan setelah ibunya meninggal. | Tatabahasa | 26.07.2013 |
Salam. Adakah epilepsi diterjemah sebagai sawan gila babi? Jika ya, saya cadangkan terjemahan ini dimansuhkan kerana terjemahan ini agak melampau. Mohon dikemukakan cadangan saya. Terima kasoh. | Epilepsi ialah sejenis penyakit saraf yang menyebabkan seseorang tidak sedar dengan anggotanya bergerak menyentak-nyentak, (penyakit) gila babi, sawan. Epilepsi juga dikenali sebagai sawan babi. Untuk maklumat lebih lanjut, sila rujuk https://prpm.dbp.gov.my/Cari1?keyword=epilepsi atau Dewan Eja. | Lain-lain | 03.05.2021 |
Salam. Adakah pihak DBP mempunyai maklumat mengenai etimologi istilah "isim" bagi konteks gila yang berakibat daripada tersalah amal ilmu batin? Terima kasih. | Isim berasal daripada perkataan Arab ism yang bermaksud “nama”(rujukan Kamus Dewan Perdana). Terdapat juga isim-isim iaitu mantera yang mengandungi nama tuhan (rujukan Kamus Dewan Perdana). | Lain-lain | 02.09.2021 |
Salah sejahtera. Adakah kita perlu meletakkan tanda koma (,) sebelum kata hubung 'tetapi', 'dan' serta 'jadi'? | Tanda koma (,) digunakan sebelum kata hubung gabungan "tetapi" yang membawa maksud "pertentangan fakta" dalam ayat majmuk. contoh: Kerajaan berusaha hendak membendunng pengaruh kebudayaan barat yang negatif, tetapi anak-anak muda pula kian tergila-gila mengikutinya. Tanda koma sebelum "dan"bergfungsi sebagai kata hubung setara untuk memisahkan ayat-ayat atau klausa yang fakta-faktanya berurutan yang membawa maksud "serentak", "bersama" atau "berurutan". Contoh: Mohd baru sahaja kematian kedua-dua ibu bapanya, dan menjadi anak yatim piatu. Kata Jadi boleh digunakan di awal ayat, tapi perlu meletakkan koma selepas perkataan "Jadi" Contoh, Jadi, tegaslah bahawa setiap ahli keluarga khususnya ibu bapa tidak harus bersifat materialistik semata-mata. | Tatabahasa | 16.01.2019 |
1) Bolehkah perkataan berkisar digunakan dalam ayat di bawah sebab kamus dewan edisi keempat menyatakan berkisar bermaksud berpusing/berputar.Ataupun berkisar tidak lazim digunakan dalam ayat di bawah? - Kipas angin di dalam bilik itu berkisar dengan laju. 2. Pak Leman sedang berkisar tentang pengalamannya ketika menjadi tentera. Adakah berkisar sesuai digunakan dalam ayat di atas? 3. Apakah kesalahan yang terdapat dalam ayat di bawah? - Pelbagai barang-barang dikenakan kawalan harga. - Gadis itu berkelakuan gila-gilaan setelah ibunya meninggal. | 1. Kipas angin di dalam bilik itu berkisar dengan laju. Pak Leman sedang berkisar tentang pengalamannya ketika menjadi tentera. Penggunaan perkataan berkisar dalam kedua-dua ayat tersebut kurang tepat. Seperti yang tuan maklumi perkataan berkisar tidak sesuai dengan kedua-dua konteks ayat yang tersebut. 2. Ayat yang gramatis ialah "Pelbagai barang dikenakan kawalan harga" dan "Gadis itu gila-gilaan setelah ibunya meninggal dunia". | Tatabahasa | 26.07.2013 |
Mengapa ayat-ayat yang berikut salah? 1. Ali yang benar bersalah dalam pergaduhan itu. 2. Tanah itu milik Pak Ali yang benar. 3. Fius berfungsi memutuskan elektrik apabila voltan yang mengalir berlebihan dan menyelamatkan peralatan elektrik daripada rosam. 4. Adik sering berlawan cakap kakak apabila kakak memarahinya. 5. Sudah menjadi lumrah kehidupan yang kaya sentiasa dikenang. 6. Menjadi gila anak-anak muda dengan nyanyian lagu artis popular itu. 7. Penyair terkenal itu mendendangkan syair hasil nukilan sasterawan negara. | Berikut ayat yang telah dipinda. 1. Ali yang bersalah dalam pergaduhan itu. 2. Tanah itu sebenarnya milik Pak Ali. 3. Fius berfungsi mematikan aliran elektrik apabila voltan mengalir berlebihan dan menyelamatkan peralatan elektrik daripada rosak. 4. Adik sering melawan cakap kakak apabila dimarahi. 5. Sudah menjadi lumrah kehidupan, yang kaya sentiasa dipuji. 6. Nyanyian lagu artis popular itu menjadi kegilaan anak-anak muda. 7. Penyair terkenal itu mendeklamasikan syair hasil nukilan sasterawan negara. | Tatabahasa | 19.07.2013 |
saya ingin memohon pencerahan adakah Comic Holic dalam bahasa melayu ialah Komik Holic? | Dalam data rujukan kami, belum terdapat padanan khusus bagi perkataan “comicholic”. Walau bagaimanapun, terdapat perkataan “workaholic” dipadankan sebagai gila kerja. Oleh itu, cadangan kami bagi perkataan “comicholic” ialah gila komik. | | Makna | 12.04.2019 |