Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[gi.ling] | ݢيليڠ

Definisi : ; anak batu ~ batu yg bulat panjang (kawan batu giling) utk menghancurkan lada dll; batu ~ batu utk menghancurkan rempah (lada, beras, dll); beras ~ beras drpd padi yg dikupas dgn mesin; mesin ~ mesin berat yg digunakan utk memadatkan (meratakan) jalan; giling-giling besi atau batu bulat yg digunakan utk memadatkan (meratakan) jalan (tanah); menggiling 1. menghancurkan atau melumatkan (rempah dll) dgn batu giling dan anak batu giling; 2. memadatkan (memipihkan) tanah dll dgn giling-giling (mesin giling); 3. mengupas (mengilang) padi dgn mesin giling; 4. memerah (mengilang) tebu dll di antara dua kayu (besi) bulat yg berpusing; 5. menggelek; 6. menggulung (rokok dll); menggilingkan menggiling sesuatu utk: Hasnah ~ emaknya rempah; gilingan aci atau gandar pd kincir; penggilingan 1. mesin dll yg dipakai utk menggiling padi dll; 2. perbuatan menggiling; penggiling; ~ jalan giling-giling. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[gi.ling] | ݢيليڠ

Definisi : ; giling-giling besi atau batu bulat yg digunakan utk meratakan atau memadatkan jalan. menggiling 1 menghancurkan atau melumatkan dgn benda berat: ~ rempah. 2 menindih dgn benda-benda bulat yg berat supaya padat atau rata. 3 mengapit di antara dua benda bulat yg berputar. 4 melanggar sesuatu dgn benda bulat yg bergolek; menggelek. penggiling benda yg digunakan utk menggiling. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata giling

Peribahasa

Burung terbang dipipiskan lada.

Bermaksud :

Sudah bersiap sedia untuk mengecap hasil yang belum lagi diperoleh. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Ikan lagi di laut, lada garam sudah di sengkalan, b. Rusa di hutan, kancah sudah dijerang). pipis = giling.

 

Lihat selanjutnya...(2)


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Apakah maksud "digiling"?Digiling bermaksud dihancurkan atau dilumatkan (rempah dan lain-lain) dengan batu giling dan anak batu giling.Tatabahasa03.05.2014
Melalui semakan kami, kedua-dua istilah bagi “minced meat” dan “ground meat” membawa maksud daging kisar. Tetapi dalam ayat yang sedang kami semak menggunakan padanan "daging giling" bagi "ground meat". Padanan ini merupakan merupakan istilah Indonesia. "Minced meat or ground meat" "Daging kisar atau daging giling" Bolehkah istilah ini digunakan atau terdapat padanan lain dalam bahasa Melayu bagi "ground meat" selain "daging giling".Padanan bahasa Melayu bagi “minced meat” dan “ground meat” ialah daging kisar atau daging cincang bergantung pada konteks dan penggunaan ayat.Pembinaan Bakat05.06.2021
1)Projek pembinaan lebuh raya itu dijangka pada tahun hadapan siap sepenuhnya. 2)Jangankan adik,sedangkan abang tidak dapat mengangkat batu giling yang berat itu. Soalan-soalan tersebut salah mana?Ayat yang lebih gramatis ialah:
1. Projek pembinaan lebuh raya itu dijangka siap sepenuhnya pada tahun hadapan.
2. Jangankan adik, abang pun tidak dapat mengangkat batu giling yang berat itu.
Tatabahasa04.02.2012
apakah maksud atau pengertian Cili Giling

Maknanya ialah cili yang dilumatkan.

Makna11.03.2010
Huraian kerisik dalam Istilah - grounded coconut - kelapa yang digiling untuk dibuat kerisik. Sedangkan definisi yang tepat (kamus pelajar) kelapa parut atau dikukur yang digoreng dan dilumatkan. Jadi tidakkah sepatutnya dalam bahasa Inggeris perlu ada perkataan 'fried'? Mohon penjelasan.Padanan istilah yang sesuai untuk Grounded Coconut ialah Kelapa Giling.Penyemakan dan penterjemahan25.10.2017

Kembali ke atas