definisi globalisasi | Globalisasi bermaksud proses yg membolehkan sesuatu aktiviti (ekonomi, kebudayaan dan sebagainya) disebarkan atau diperluas ke peringkat antarabangsa atau ke seluruh dunia, terutamanya dgn adanya kemudahan sistem komunikasi. | Makna | 06.02.2009 |
1. Kita mesti mengamalkan amalan suka membaca supaya masyarakat yang berilmu tidak menjadi fata morgana. Penggunaan perkataan fata morgana betul dalam konteks ayat tersebut? Yang mana betul ? 2. a. dalam era globalisasi atau b. pada era globalisasi 3. a. dalam mendepani arus globalisasi atau b. dalam menghadapi arus globalisasi | Sdr. Ming Hui, terima kasih kerana menghubungi KNBDBP. mengikut kamus dewan fata morgana ialah sesuatu yg bersifat khayalan . Jadi dalam ayat yang diberikan adalah lebih baik dijelaskan maknanya daripada membiarkan orng yang membacanya tercari-cari akan maknanya. Ayat yang diberikan ini lebih baik ditulis begini. (Kita mesti mengamalkan amalan suka membaca supaya masyarakat yang berilmu tidak menjadi fata morgana). Kita hendaklah mengamalkan sikap suka membaca supaya masyarakat kita menjadi masyarakat yang berilmu dan tidak selalu suka berkhayal sahaja. | Makna | 24.02.2009 |
Era globalisasi dan kemajuan teknologi maklumat dikatakan mampu mempercepatkan usaha memperkasakan dan memasyarakatkan bahasa melayu. Sejauh manakah anda bersetuju dengan keyataan ini? | Soalan saudara/ saudari tidak berkaitan dengan Khidmat Nasihat Bahasa. | Lain-lain | 01.08.2010 |
Globalisasi pada abad ke-21 jelas mendesak setiap pemimpin melakukan anjakan paradigma dalam tata cara mengurus sesebuah organisasi. Dunia pendidikan turut tidak terkecuali mengalami tempias gelombang arus globalisasi tersebut. Pada dasarnya, kecemerlangan sesebuah sekolah banyak bergantung pada kewibawaan pengurusan sekolah. Oleh itu, pengurusan sekolah abad Ke-21 memerlukan guru besar melakukan inovasi untuk memastikan kecemerlangan dan berdaya tahan. Bagi memastikan pengurusan inovasi sekolah terhasil, pengetahuan baru perlu sentiasa dicipta. Penciptaan pengetahuan baru merupakan interaksi antara pengetahuan eksplisit dan pengetahuan tasit yang dimiliki oleh guru besar. Bab ini merumuskan dapatan hasil kajian yang telah dijalankan berdasarkan persoalan kajian yang telah dibina. Perbincangan dapatan berkisar mengenai penggunaan pengetahuan tasit guru besar, penciptaan pengetahuan guru besar, pengurusan inovasi sekolah rendah, dan sumbangan pengetahuan tasit dan penciptaan pengetahuan terhadap pengurusan inovasi sekolah. Bab ini diakhiri dengan mengutarakan beberapa implikasi kajian bagi cadangan tindakan dan cadangan kajian lanjutan. | Sila jelaskan pertanyaan puan. | Lain-lain | 21.12.2014 |
cabaran bahasa melayu dan cara-cara mempertahankan nilai ekonominya dalam era globalisasi | Cabaran yang dihadapi oleh bahasa Melayu dalam era globalisasi amat besar. Penguasaan bahasa asing dalam teknologi maklumat amat meluas dalam penyebaran maklumat dalam pelbagai bidang. Penggunaan bahasa Melayu dalam teknologi maklumat perlu dipertingkatkan bagi meyaingi cabaran daripada bahasa asing. Rujuk rencana berkenaan perkara ini dalam arkib dan perpustakaan. | Lain-lain | 12.03.2007 |
Salam sejahtera! 1. Pada/Dalam era globalisasi, pengambilan makanan segera telah menjadi suatu kebiasaan dalam kalangan rakyat Malaysia. Dalam ayat ini, penggunaan pada/dalam yang sesuai? Bagaimana pula dengan pada/dalam zaman moden? Terima kasih! | 1. Pada era globalisasi, pengambilan makanan segera telah menjadi suatu kebiasaan dalam kalangan rakyat Malaysia. Kata sendi nama "pada" digunakan di hadapan frasa sendi nama yang menunjukkan keterangan waktu. | Tatabahasa | 17.07.2012 |
Apakah maksud kata anjakan paradigma, kroni, globalisasi, dan autoriti | (i) Anjakan paradigma bermaksud anjakan pemikiran seseorang atau organisasi pada sesuatu masa yang dipengaruhi oleh pengalaman, pengetahuan, kemahiran, dan kesedaran. (ii) Kroni bermaksud konco yakni rakan atau teman atau pihak yang ada pertalian dan hubungan. (iii). Globalisasi bermaksud keadaan yg menjadikan dunia mengecil dari segi hubungan manusia. (iv). Autiriti bermaksud kuasa atau hak. | Makna | 12.10.2006 |
1.apakah cabaran bahasa malayu dalam era globalisasi ? . 2.wajarkah bahasa melatu di politikkan ? 3. apakah tindakan dbp dalam menjadi jabatan yang telus dari unsur yang mengganggu gugat status yang bebas (badan berkecuali). 4.kenapa bahasa melayu sukar untuk bersaing di peringkat global? | 1. Cabaran BM dalam era globalisasi antaranya penggunaan BI yg berleluasa, pengaruh media asing termasuk cetak dan elektronik, budaya luar yg sedikit sebanyak menggugat budaya tempatan dsbnya. 2. Soalan sdr agak sinikal, tetapi politik yg bagaimana sdr maksudkan?3. Soalan sdr agak kabur, tetapi dalam banyak hal DBP bertindak rasional dan terarah. 4. Dlm keadaan sekarang bahasa Inggeris lebih diutamakan sebagai bahasa ekonomi global. Untuk bersaing agak sukar, tetapi dalam waktu yg sama kita berusaha utk menjadikan BM sebagai bahasa di peringkat dunia. T kasih. | Lain-lain | 15.09.2008 |
Salam sejahtera, Adakah "globalized" boleh diterjemahkan kepada "globalisasi"? Jika tidak, mohon pendapat dan bantuan pihak DBP untuk memberikan terjemahan yang sesuai. Terima kasih. | Padanan bahasa Melayu untuk "globalize into" bergantung pada maksud dan konteks penggunaannya. Sila berikan ayat atau konteks perkataan ini digunakan supaya kami dapat memberikan padanan bahasa Melayu yang sesuai. Menurut istilah yang telah digubal oleh MABBIM, globalization bermaksud globalisasi. | Makna | 08.10.2017 |
Perkembangan arus globalisasi telah menyebabkan peranan Bahasa Melayu tersisish dalam pendidikan. Ramalkan masa depan pembentukan istilah Bahasa Melayu dalam negara ini. | Soalan sdr ini berkaitan dengan tugasan yang diberikan oleh pensyarah/guru. Oleh hal yang demikian, soalan sdr tidak berkaitan dengan perkhidmatan KNDBP. Walau bagaimanapun, kami mencadangkan supaya sdr membaca buku-buku seperti yang berikut: 30 tahun perancangan Bahasa Malaysia | Abdullah Hassan | Dewan Bahasa dan Pustaka (Terbitan) | 1987 | 499.23 Abd | Terperinci Bahasa Melayu baku dan perancangan bahasa | Awang Sariyan | Dewan Bahasa dan Pustaka | 1990 Warna dan suasana: perancangan bahasa Melayu di Malaysia | Awang Sariyan | Dewan Bahasa dan Pustaka (Terbitan) | 2000 Bahasa dan globalisasi: cabaran terhadap perancangan bahasa Melayu | Puteri Roslina Abdul Wahid | Melayu: Jurnal Antarabangsa Dunia Melayu Perancangan Bahasa Melayu dan Dasar Pendidikan Negara | Puteri Roslina Abdul Wahid | Dewan Masyarakat | 01/04/2005 Sdr juga turut dipelawa menjadi Rakan Dewan yang menyediakan kemudahan seperti pinjaman dan rujukan di Pusat Dokumentasi Melayu, DBP. | Lain-lain | 01.05.2008 |