| Salam, saya ingin bertanya apakah istilah bahasa melayu untuk 1) irradiated food 2) glow stick? Apakah beza granular dengan granul yang merujuk pada permukaan Matahari? Apakah penerangan bagi istilah magnetosfera? Terima kasih | 1. Belum ada istilah bahasa Melayu untuk “irradiated food” dan “glow stick”. Kami mencadangkan padanan bahasa Melayu bagi perkataan tersebut ialah makanan tersinar dan lampu batang bercahaya. 2. Granular ialah perkataan dalam bahasa Inggeris, manakala istilah bahasa Melayu ialah granul. 3. Menurut huraian istilah bidang Aeroangkasa dan Matematik, magnetosfera ialah kawasan di sekeliling planet yang zarah terion di dalamnya dipengaruhi oleh medan magnet planet itu sendiri, tetapi bukannya oleh medan magnet yang dibawa oleh angin suria. | Istilah | 22.02.2018 |
| Apakah terjemahan yang sesuai untuk perkataan-perkataan berikut: 1. Warm light 2. Warm glow 3. Cool light (dalam konteks lampu/cahaya) 4. Warm feeling (dalam konteks menikmati alam semula jadi) 5. Light warm (dalam konteks selimut/gebar) 6. Governing law 7. Eventual tax debt Terima kasih. | Cadangan terjemahan yang sesuai bagi perkataan berikut ialah: 1. Warm light - Cahaya Hangat/Panas 2. Warm glow - Sinaran Hangat/Panas 3. Cool light (dalam konteks lampu/cahaya) - Cahaya Dingin 4. Warm feeling (dalam konteks menikmati alam semula jadi) - Rasa Hangat 5. Light warm (dalam konteks selimut/gebar) - Sederhana Hangat 6. Governing law - Undang-Undang Pemerintah 7. Eventual tax debt - Hutang Cukai Akhir Terima kasih. | Makna | 04.09.2020 |
| Mohon terjemahan untuk ayat berikut: 'UKM Ethnic Studies Occasional Paper Series' | Encik Mohamad Faris, Terjemahan yang saya buat ini tidak mengikut konteksnya ialah Siri Kertas Kajian Tentang Etnik oleh UKM ,diterbitkan sekali-sekala. Manakala makna dalam kamus pula ialah, appearing occasionally and not continuously, sekejap ada, sekejap tdk ada: the light from the boat was no more than an ~ glow, cahaya lampu dr bot itu sekejap ada, sekejap tdk ada; | Makna | 05.07.2010 |