Bolehkah istilah 'self-pickup' atau 'self-collection' dipadankan dengan 'swapungut'? Contoh penggunaan, there will not be postal fees if the customer goes for self-pickup/self-collection at our outlets diterjemahkan sebagai Caj pengeposan tidak akan dikenakan jika pembeli memilih untuk swapungut di cawangan kami. | Perkataan swapungut boleh digunakan dalam bahasa Melayu. Walaubagaimanapun, perkataan yang lebih sesuai untuk "self-pickup" atau "self-collection" ialah ambil atau pungut sendiri. | Istilah | 15.10.2018 |
Salam sejahtera. Saya mahu minta bantuan daripada pihak Dewan Bahasa dan Pustaka untuk memberikan padanan istilah "Ascended Masters" kepada bahasa Melayu. Adakah tersedia apa-apa padanan yang sesuai untuk istilah tersebut? Adakah sesuai jika diterjemahkan menjadi "guru alam ghaib"? Jika mengikut takrifan, Ascended Masters ialah: "The Ascended Masters comprise what is known as the “Spiritual Hierarchy of Earth,” also known as the “Great White Brotherhood,” though the latter is a potentially misleading name in that Ascended Masters are not all male, and not all white – in fact Caucasian Masters are in the minority. The term “white” refers to the type of magic used – a term which goes back at least to the ancient Yoga Sutras of Pantanjali." (Chapter IV, verse 7). | Waalaikumussalam ... Hasil carian melalui Google, panggilan bagi "Ascended Masters" ialah "Great White Brotherhood". jika ingin menggunakan perkataan "Ascended Masters" atau "Great White Brotherhood" dalam penulisan tuan/puan boleh menggunakan perkataan ini dengan meletakkan tanda petik atau diitalikkan perkataan tersebut. Buat masa ini pihak kami masih belum ada terjemahan yang sesuai bagi perkataan tersebut yang memerlukan perbincangan yang mendalam bagi mendapatkan terjemahan ini. Sekian terima kasih
| Makna | 19.08.2021 |