Fatimahwati Wahid Jul 11th, 1:59am As salam...ingin bertanya lagi. Yang mana satu betul.... pisang goreng atau goreng pisang? Adakah cara penggunaanya berbeza? | Pisang goreng ialah pisang yang telah digoreng,iaitu sejenis makanan dan tergolong dalam kategori kata nama, contoh lain seperti ayam goreng, mi goreng, nasi goreng. Manakala goreng pisang merupakan perbuatan menggoreng pisang, iaitu memasak pisang dengan minyak. | Tatabahasa | 11.07.2014 |
apakah bahasa atau perkataan yang sesuai bagi kumpulan makanan yang digoreng?.Misalnya mee goreng, nasi goreng dan bihun goreng dimaksukan di bawah kumpulan makanan (bergoreng).Adakah perkataan (bergoreng) dalam kurungan tersebut sesuai digunakan atau salah dari aspek pengunaan bahasa tersebut? | Mi goreng, nasi goreng dan bihun goreng boleh dikategorikan sebagai makanan bergoreng jika merujuk cara memasak makanan tersebut, iaitu digoreng. | Tatabahasa | 07.05.2012 |
Apakah perbezaan goreng pisang dan pisang goreng dari segi tatabahasa? Terima kasih. | Jawapan yang betul ialah pisang goreng (kerana yang diterangkan ialah pisang). Contoh lain ialah nasi goreng, mi goreng dan ikan goreng. | Tatabahasa | 04.07.2011 |
keliru penggunaan ayat "goreng pisang panas" dan "pisang goreng panas" contoh; kipas angin seperti "goreng pisang panas" atau kipas angin seperti "pisang goreng panas"? mengikut pemahaman, "goreng pisang panas" adalah perbuatan, manakala "pisang goreng panas" merupakan hasil/produk, terima kasih | “Pisang goreng panas” secara makna harfiahnya ialah pisang yang telah digoreng yang masih dalam keadaan panas. Makna lain “pisang goreng” mengikut Kamus Pelajar ialah laku, banyak dibeli orang; sudah dijual; laris: “Goreng pisang” ialah perbuatan menjadikan pisang sebagai “pisang goreng”. | Makna | 13.02.2014 |
sALAM sEJAHTERA! saya ingin mendapatkan istilah yang betul bagi perkataan berikut dalam bahasa melayu & inggeris : karipap kentang, karipap sardin, koci pandan, koci labu, lopes pandan, pisang goreng/goreng pisang. Saya harap pihak tuan dapat membantu seberapa segera Terima kasih! | Encik Azfar, Bukan semua kuih-muih dalam bahasa Melayu boleh diterjemahkan. Kebiasaannya kuih-muih ini diberi huraian dalam bahasa Inggeris. Walau bagaimanapun, padanan bahasa Inggeris bagi beberapa kuih yang saudara kemukakan adalah seperti yang berikut: karipap kentang : currypuff with potato filling karipap sardin : currypuff with sardine filling koci pandan : a sweet pandan flavoured delicacy made of glutinous flour with coconut filling koci labu : a sweet delicacy made of pumpkin with coconut filling lopes pandan : a sweet pandan flavoured delicacy made from glutinous rice rolled in coconut and serve with a kind of brown sugar pisang goreng : banana fritters | Tatabahasa | 18.05.2010 |
Kata nama am yang memerihalkan wadah memasak mi goreng, kuetiau goreng dan nasi goreng secara pukal yang selalu dijajakan di pasar malam, pasar pagi/tani, bazar ramadan dan seangkatan dengannya. Wadah memasak itu selalunya mempunyai buntut leper dan permukaan luas serta diperbuat sejenis logam berwarna hitam. | Dalam data kami terdapat istilah kuali leper yang merujuk maksud kuali bertangkai untuk menggoreng; kuali datar lekat yang bermaksud kuali yang datar berbentuk segi empat atau bulat untuk memasak burger, telur dan penkek; dan kawah yang bermaksud kuali besar tempat memasak nasi dan lain-lain. Yang manakalah tuan maksudkan? | Penyemakan dan penterjemahan | 08.10.2018 |
Salam tuan. 1.Apakah perbezaan antara pisang goreng dan goreng pisang ? | Mengikut Hukum D-M, frasa yang betul ialah pisang goreng, pisang (yang diterangkan) dan goreng (yang menerangkan). | Istilah | 17.04.2016 |
Assalam, Saya ingin pencerahan kepada perkataan berikut. Adakah betul pandangan saya atau tidak. Contohnya nasi goreng. Nasi goreng ialah kata nama am. Jadi ia ditulis dengan pangkal huruf kecil. Sekiranya ada nama khusus diberikan, ia akan jadi kata nama khas seperti Nasi Goreng Kampung, Nasi Goreng Cina. betul ke pandangan say ini? | Pandangan tuan betul nasi goring ialah kata nama am dan Nasi Goreng Kampung ialah kata nama khas. | Tatabahasa | 30.09.2015 |
Salam sejahtera, Terjemahan bagi "deep-fry"(goreng celur) dan "deep-frying"(goreng jeluk) adalah berbeza dalam pangkalan DBP. Adakah terdapat perbezaan antara kedua-duanya? Bolehkah saya menggunakan salah satu terjemahan("goreng celur" atau "goreng jeluk") bagi kedua-dua frasa? Terima kasih. | Waalaikumussalam... Menurut Kamus Bahasa Inggeris daripada bidang pentadbiran Perniagaan, maksud deep fry ialah goreng celur manakala deep frying ialah goreng jeluk. Kedua-dua istilah ini boleh digunakan mengikut konteks ayat. | Makna | 25.02.2019 |
Salam sejahtera, Dalam pangkalan DBP, terjemahan "deep-fry"(goreng celur) dan "deep-frying"(goreng jeluk) adalah berbeza. Apakah perbezaan antara kedua-duanya? Bolehkah saya menggunakan salah satu terjemahan("goreng celur" atau "goreng jeluk") untuk kedua-dua frasa supaya tidak mengelirukan pembaca? Terima kasih. | Menurut Kamus Inggeris-Melayu Dewan maksud deep-fry ialah celur, manakala deep frying ialah goreng jeluk. Kedua-dua istilah ini boleh digunakan mengikut terjemahan yang diberikan. | Makna | 25.02.2019 |