Dia adalah graduan Amerika Syarikat / Dia graduan daripada Amerika Syarikat? | Untuk makluman, istilah graduan bermaksud mahasiswa atau mahasiswi yang akan menerima ijazah pada masa konvokesyen (hari penyampaian ijazah). Perkataan yang sesuai dalam konteks ini ialah siswazah yang bermaksud lulusan universiti. Ayat yang betul ialah: Dia ialah siswazah dari Amerika Syarikat. | Istilah | 27.02.2012 |
graduan dalam negara lebih berkualiti dalam memenuhi pasaran kerja..? ini adalah kehendak soalan karangan perbahasan. saya tidak memahami apakah kehendak soalan ini.. | Untuk pertanyaan ini, seelok-eloknya, saudara bertanya kepada guru saudara sekiranya saudara tidak faham atau tidak jelas dengan sesuatu perkara berkaitan dengan tugasan yang diberikan. Kemungkinan tajuk perbahasan ini berkaitan dengan perbandingan kualiti antara seorang siswazah yang berkelulusan daripada universiti dalam negara dengan siswazah yang berkelulusan daripada universiti luar negara. | Lain-lain | 22.02.2009 |
Salam, kami memerlukan khidmatnasihat bagi memilih tema konvo kolej ini. Berikut disertakan cadangan. yang manakah yang paling sesuai dan apakah susunan dan tatabahasa adalah betul. 1. Menjana Transformasi Graduan Berinovasi 2. Graduan Berinovasi Menjana Transformasi 3. Transformasi Ke Arah Graduan Berinovasi Terima kasih. | Tema yang paling sesuai digunakan ialah ' Graduan Berinovasi Menjana Transformasi' | Tatabahasa | 14.08.2012 |
1. Bolehkan digunakan perkataan berdiploma dalam ayat 'Ramai graduan yang berdiploma memohon pekerjaan yang diiklankan.' 2. Perkataan 'sastera dan Sains Sosial' mesti dimulakan dengan huruf besar atau kec il dalam ayat berikut: Sorotan kadar bekerja graduan berijazah pertama dalam bidang sastera dan sains sosial menunjukkan .... | 1. Ber + kata nama antaranya membawa pengertian mempunyai, seperti dalam ayat: Ramai graduan yang berdiploma memohon pekerjaan yang diiklankan. 2. Ejaan yang betul ialah Sorotan kadar bekerja graduan berijazah pertama dalam bidang Sastera dan Sains Sosial menunjukkan... | Tatabahasa | 30.11.2010 |
saya bercadang utk menganjurkan majlis rasmi pada hari kursus kami menerima skrol ijazah sarjana muda pada bulan ogos ini. nama majlis yang dicadangkan ialah Majlis Graduan Fizik Kesihatan. apakah perbezaan penggunaan istilah siswazah dan juga graduan? terima kasih atas perhatian. | Graduan bermaksud mahasiswa yang akan menerima ijazah pada hari penyampaian ijazah. siswazah ialah orang yang telah lulus dalam peperiksaan terakhir universiti dll., orang lulusan universiti. Kamus Dewan Edisi Keempat, halaman 483,1508. | Makna | 30.04.2008 |
saya graduan lepasan ijazah dalam bidang bahasa dan linguistik melayu.bagaimanakah saya hendah mendaftar dengan EBP? | Pada masa ini DBP tidak mendaftar mana-mana graduan ijazah untuk berkhidmat di DBP. Walau bagaimanapun, sekiranya terdapat jawatan kosong yang bersesuaian dengan kelayakan, DBP akan mengiklankannya di media percetakan dan laman web DBP. | Lain-lain | 18.03.2008 |
Saya ingin bertanya maksud perkataan berikut dan contoh penggunaannya : 1) Graduat 2) Graduan Kedua-duanya kerap digunakan, terutama di majlis konvokesyen. Terima kasih. | Encik Azahan, Kamus Dewan Edisi Keempat mentakrifkan kata graduan ialah mahasiswa yang akan menerima ijazah pada hari penyampaian ijazah. Untuk makluman tuan, kata graduat tidak ada dalam Kamus Dewan Edisi Keempat . Oleh itu, penggunaan bahasa Melayu yang baku dalam majlis konvokesyen sepatutnya ialah graduan yang merujuk mahasiswa yang akan menerima ijazah pada majlis konvokesyen. | Tatabahasa | 04.03.2009 |
Bolehkah perkataan FELLOWSHIP digunakan dalam bahasa Melayu yakni dalam frasa SKIM FELLOWSHIP PENYELIDIKAN GRADUAN? Jika tidak apakah perkataan yang sesuai bagi menggantikannya. Terima kasih. | Kami mencadangkan agar digunakan frasa Skim Geran Penyelidikan Graduan. T.kasih. | Lain-lain | 30.07.2008 |
Pembudayaan ilmu perlu ditanam di dalam jiwa graduan sebab ilmu yang mereka miliki ialah sesuatu harta yang paling berharga sekali bila mereka melangkah ke dalam alam pekerjaan dan seterusnya menjana kembali ilmu itu bagi merialisasikan impian ke dalam sesuatu bidang yang mereka ceburi. Sikap membentuk kita bertindak berdasarkan kepada apa yang kita pelajari dari pengalaman tanpa memerlukan kita menganalisa setiap satu keadaan seolah-olah ia tidak mempunyai sebarang kaitan dengan pengalaman masa lampau. Pertanyaan:saya harap encik dapat mengenal pasti kesalahan tatabahasa dalam ayat-ayat di atas beserta dengan alasan-alasannya.Terima kasih | Pembudayaan ilmu perlu ditanam di dalam jiwa setiap graduan kerana ilmu yang mereka miliki ialah harta yang paling berharga sekali bila mereka melangkah ke alam pekerjaan dan seterusnya menjana kembali ilmu itu bagi merealisasikan impian dalam bidang yang mereka ceburi. Sikap membentuk graduan bertindak berdasarkan apa yang dipelajari dari pengalaman tanpa perlu menganalisis setiap keadaan, seolah-olah ia tidak mempunyai sebarang kaitan, dengan pengalaman masa lampau. | Tatabahasa | 26.09.2007 |
ada x mksud bg lambakan graduan menganggur | Bermaksud jumlah penganggur daripada lulusan institusi pengajian tinggi yang semakin meningkat. | Makna | 08.09.2009 |