Maklumat Kata

Kamus Bahasa Inggeris



Definisi : ~ (from st) to, beralih (drpd sst) kpd: our daughter has finally ~d from Mills and Boon to more serious novels, akhirnya anak perempuan kami beralih drpd novel Mills and Boon kpd novel yg lebih serius; (Kamus Inggeris-Melayu Dewan)


Definisi : vt (US & Canada) grant university degree, diploma to, menganugerahkan /ijazah, diploma/ kpd: the college ~d 300 students last year, maktab itu menganugerahkan diploma kpd 300 orang penuntut tahun lalu; (Kamus Inggeris-Melayu Dewan)


Definisi : vi 1. obtain degree from university or college, /mendapat, memperoleh/ ijazah: she ~d in law last year, dia mendapat ijazah undang-undang tahun lalu; to ~ with honours, mendapat ijazah dgn kepujian; 2. gain qualification, lulus sbg: he ~d as an engineer, dia lulus sbg jurutera; 3. (US) complete a course from other institutions, lulus: she never ~d from high school, dia tdk lulus sekolah tinggi; (Kamus Inggeris-Melayu Dewan)


Definisi : n 1. so. who holds a first degree (from university etc) siswazah: a ~ of the University of Malaya, siswazah Universiti Malaya; ~ students, penuntut siswazah; 2. (US & Canada) so. who has completed high school, lulusan, lepasan: a high school ~, lulusan sekolah tinggi; (Kamus Inggeris-Melayu Dewan)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata graduate


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Salam, Saya ingin bertanyakan tentang terjemahan perkataan "fresh graduate." Sekian terima kasih.Padanan bahasa Melayu untuk fresh graduate ialah siswazah baharu.  Istilah01.09.2009
saya ingin mendapat kepastian tentang penggunaan istilah "Post Graduate Studies" atau "Graduates Studies" bagi merujuk kepada pengajian siswazah di peringkat master dan PhD. Istilah yang mana lebih sesuai?"Post Graduate Studies" dan "Graduates Studies" kedua-duanya merujuk pelajar/pengajian lepasan ijazah. Oleh itu boleh digunakan salah satu daripada dua istilah tersebut untuk merujuk pelajar/pengajian master atau PhD.Lain-lain10.10.2008
Apakah istilah BM untuk 'graduate employability'? Bolehkah 'pengambilan kerja graduan' diterima? Terima kasihPadanan bahasa Melayu ialah kebolehgajian graduan atau kebolehpasaran graduan bergantung pada konteks penggunaan.Istilah13.02.2019
Assalamualaikum, through this email I wonder if you would mind helping me to check my abstract's translation in form of Bahasa Melayu. I am an International post graduate student from Univeristy Teknikal Melaka, Malaysia. I already discussed with one of my Malaysian friend to write this abstract, but my supervisor asked me to re-check it again through DBP. I really appreciate any help you can offer me and wiil be happy if you possible to help me, Wassalamualaikum, Affandy. International Post-Graduate Student FITC - UTeM, MelakaMelalui semakan kami dalam beberapa baris yang awal, banyak ditemukan kesalahan dari aspek ejaan, istilah dan tatabahasa. Penterjemah mestilah mengetahui ejaan yang betul dan menguasai aspek tatabahasa. Banyak ditemukan kesalahan dalam aspek asas tatabahasa seperti penggunaan kata pemeri ialah dan adalah serta perbezaan awalan "di" dan kata sendi nama "di" dan lebih banyak lagi kesalahan dalam binaan ayat dan terjemahan istilah atau konsep. Untuk makluman tuan, kami tidak bertanggungjawab untuk menyemak apatah lagi mengesahkan hasil terjemahan yang telah dibuat kerana pihak yang dibayar sewajarnya bertanggungjawab menyiapkan kerja yang diberikan dengan sempurna sehinggalah tuan berpuas hati dengan hasil kerja mereka.
Kami mencadangkan tuan menggunakan perkhidmatan penterjemahan yang berwibawa antaranya khidmat yang ditawarkan oleh Persatuan Penterjemah Malaysia yang boleh dihubungi melalui talian 03-92262506 atau terjemah1@gmail.com.
Lain-lain26.05.2014
Salam, ingin ambil tau, nama bangunan and nama fakulti yang dapat dalam lokasi syarikat kami SEGi College Subang Jaya, kena mohon pengesahan bahasa daripada Dewan Bahasa? Contoh macam, SEGi College, SEGi College of Graduate Studies. Majlis Perbandaran sini minta kami dapatkan sah bahasa daripada Dewan Bahasa, tapi pindaan/komen menunjuk Tidak ada keterangan iklan atau teks bahasa Melayu untuk disahkan. Bangunan dan fakulti kami mestilah dalam bahasa ingeris. Apa tuan/puan cadangkan kami boleh pinda?Wassalam,

Tuan, apakah nama rasmi bagi kolej ini? Sekiranya hanya SEGi College sahaja yang didaftarkan, tuan perlu tambah keterangan aktiviti di atas nama khas. Contoh: KOLEJ atau UNIVERSITI.
Lain-lain08.03.2017
Encik Sulaiman. Saya pernah menghantar e-mel kepada DBP tapi tak jawab. Soalannya " Ada tak perkataan graduat dalam B. Melayu sebab saya nampak ada institusi guna. Saya tahu kita patut guna perkataan "Siswazah". Harap mendapat jawapan kali ini. Satu lagi kenapa semua talian talipon tidak berjawab.Perkataan graduat tidak ada dalam bahasa Melayu, padanan yang betul untuk graduate ialah siswazah.Istilah11.11.2009

Kembali ke atas