| Salam Tuan, bolehkah saya tahu apakah nama negara Greece di dalam Bahasa Melayu? Adakah Yunani atau Greece? Terima kasih. | Negara Greece dirujuk sebagai Greece dalam Bahasa Melayu. Yunani adalah nama lama bagi negara Greece (Rujukan: Kamus Dewan Perdana). | Lain-lain | 06.09.2021 |
| Salam sejahtera. Adakah perkataan "Yunani" dan "Greek" boleh digunakan untuk merujuk kepada istilah bahasa Inggeris "Greek" (untuk istilah umum)? Bagaimana pula dengan "Greece"? Adakah boleh digunakan perkataan "Yunani" juga untuk merujuk kepada negara itu? | Assalammualaikum WM WBT dan Salam Sejahtera. Mengikut Kamus Dewan, Yunani bermaksud negara Greece (di Eropah): orang (bahasa, bangsa), orang (bahasa,bangsa) Greek. Maka berdasarkan soalan Saudara, perkataan Yunani dan Greek bagi penggunaan istilah yang umum, masing-masing boleh digunakan untuk merujuk bahasa dan bangsa. Perkataan Greece pula lebih sesuai digunakan untuk merujuk sebuah negara. | Istilah | 13.01.2014 |
| apakah penterjemahan bahasa melayu bagi nama-nama negara berikut: Czech Republic Faeroe Islands Federal Republic of Germany Perancis Gibraltar Grand Duchy of Luxembourg Greece Greenland Hungary Ireland Italy Kingdom of Belgium Kingdom of Denmark Kingdom of Norway Kingdom of Spain Kingdom of Sweden Kingdom of the Netherlands People's Republic of China Portuguese Republic Principality of Andorra Principality of Liechtenstein Republic of Austria Republic of Bulgaria Republic of Cyprus Republic of Estonia Republic of Finland Republic of Iceland Republic of Indonesia Republic Of Korea Republic of Latvia Republic of Lithuania Republic of Malta Republic of Poland Republic of San Marino Republic of Singapore Republic of Slovenia Romania Saint Pierre and Miquelon Slovak Republic State of Israel Swiss Confederation Ukraine United Kingdom of Great Britain and Northern Ireland United States of America dan dimanakah sumber rujukan untuk penterjemahan nama negara yang tepat? | Penterjemahan bahasa Melayu bagi nama negara luar adalah seperti yang disenaraikan dalam Garis Panduan Penentuan Nama Geografi,Edisi Kedua, 2006 yang diterbitkan di Malaysia oleh Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia. | Penyemakan dan penterjemahan | 03.12.2014 |
| Mengapakah kata nama khas seperti nama negara tidak perlu diterjemahkan ke bahasa Melayu seperti United Kingdom ke Kerajaan Bersatu dan sekiranya wujud hukum bahasa ini jadi mengapa negara seperti Yaman, Yunani, Amerika Syarikat serta Emiriyah Arab Bersatu mempunyai nama khas yang nyatanya telahpun diterjemah dari nama asalnya (Yemen,Greece,United States dan United Arab Emirates), jika tidak wujud hukum ini maka penerjemahan nama khas adalah berdasarkan fonologi ataupun penterjemahan terus? (United Kingdom > Unaited Kingdem ATAU Kerajaan Bersatu) | Nama-nama bagi negara, negeri, daerah mahupun tempat adalah mengikut pengesahan yang telah diisytiharkan oleh badan-badan tertentu dalam satu-satu keadaan yang tertentu dalam masa-masa yang tertentu. Tidak ada panduan yang khusus untuk pengisytiharan satu-satu nama tersebut. Nama-nama ini hamper terkecuali daripada hukum-hukum dan pola bahasa dan penterjemahan. Ambil Contoh nama Ayer Keroh, Burma atau Myanmar, Tobago and Trinidad dan Isle of Trinidad juga negeri atau tempat baharu yang baru merdeka seperti Montenegro, Timor-Leste atau East Timor. Keadaan politik amat mempengaruhi kewujudan atau penamaan negeri-negeri dan tempat-tempat ini. Satu perbahasan atau penyelidikan mungkin diperlukan jika saudara mahu mendapatkan jawapan perihal soalan yang dikemukakan. Terima kasih. | Lain-lain | 17.05.2018 |
| Salam sejahtera, saya ingin bertanya. Adakah negara Greek dalam bahasa Melayu boleh ditukarkan/guna/ganti dengan nama Yunani kerana dalam buku sejarah ada menyebut mengenai tamadun Yunani iaitu tamadun di Greek. Mengapa kita tidak menggunakan nama Yunani sebagai nama negara Greek dalam bahasa Melayu? Terima kasih. | Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, Yunani bermaksud negara Greece (di Eropah). Oleh itu, Yunani boleh digunakan untuk negara Greek. | Makna | 14.11.2019 |
| Dear Sir/Madam, I am Kelvin Tan. I am final year student of Faculty of Computer Science and Information Technology in University of Malaya. Currently, I am doing my thesis with title "Malay Sentence Boundary Detection System". The function of this proposed system is to break a Malay text into sentences based on period, question mark, and exclamation mark. The motivation of this system is to support language translation, such as Malay to French, so that the result will be more accurate. I have questions about quotes used in the following text. As far as I know, it is compulsory to have an opened quote followed by a closed quotes. But why there is only one open quotes in the following sentences? How do you divide or break this text into sentences? ==================================== “Penyertaan kami pada Piala Dunia adalah pengalaman yang unik. Kami berada di sini untuk menikmati kehadiran kami, semua pemain sangat bersemangat. “Jika kami mahu mencatat keputusan yang baik, kami mesti memberi usaha dan tumpuan 100 peratus,’’ kata jurulatih kelahiran Jerman berusia 72 tahun itu, yang telah membawa Greece muncul juara Eropah pada 2004. =================================== Thank you for your time and cooperation. Yours Sincerely, Kelvin Tan Student Faculty of Computer Science and Information Technology, University of Malaya | Penggunaan tanda petik pembuka dan penutup hanya di awal dan di akhir pernyaataan. Contoh : "Bila sampai?" tanya Hussin. Untuk keterangan lanjut, sila rujuk buku Gaya Dewan (halaman 77) atau buku-buku rujukan lain yang menerangkan berkenaan tanda baca. | Lain-lain | 15.06.2010 |