Mohon terjemahkan warna-warna ini di dalam Bahasa Malaysia: Powder blue Mint green Pale green Dusty pink Banana Toffee Beige Pink champagne Burnt orange Brown | Berikut ialah cadangan terjemahan sekiranya sesuai dengan konteks penggunaan: i. Powder blue - Biru serbuk ii. Mint green - Hijau pudina iii. Pale green - Hijau pucat iv. Dusty pink - Merah jambu pudar v. Banana toffee - Perang muda vi. Beige pink - Merah jambu kuning air vii. Champagne burnt - Merah tua perang viii. Orange brown - Perang jingga | Makna | 29.01.2021 |
Istilah DBP untuk Green Graphic Design atau Green Design | Istilah tersebut boleh diterjemah secara literal iaitu, Reka Bentuk Grafik Hijau dan Reka Bentuk Hijau | Penyemakan dan penterjemahan | 26.06.2018 |
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera, Saya ingin mendapatkan kepastian mengenai terjemahan bagi beberapa perkataan bagi tujuan penulisan tesis saya: i. Organizational Citizenship Behavior toward Environment ii. Green Involvement iii. Green Empowerment and Engagement Perkataan-perkataan ini berada di dalam bidang sains sosial. Harap pihak DBP sudi memberi maklum balas untuk pertanyaan ini | Cadangan terjemahan bahasa Melayu bagi frasa Organizational Citizenship Behavior toward Environment ialah Sikap Warga Organisasi terhadap Alam Sekitar. Cadangan terjemahan bahasa Melayu bagi frasa Green Involvement ialah Pelibatan Hijau. Cadangan terjemahan bahasa Melayu bagi frasa Green Empowerment and Engagement ialah Pemerkasaan dan Keterlibatan Hijau. | Penyemakan dan penterjemahan | 17.04.2023 |
Mohon dapatkan terjemahan "Green Lungs" dalam konteks kawasan hijau perhutanan di dalam bahasa Melayu. "Jantung Hijau" atau "Paru-Paru Hijau" agak janggal. | Belum ada maklumat tentang Green Lung dalam bahasa Melayu. Perkataan Lung diterjemahkan kepada Paru-paru, berkemungkinan bukanlah merujuk paru-paru itu secara fizikal tetapi fungsinya sebagaimana penggunaannya dalam bahasa Inggeris. Secara harfiah Green Lung diterjemahkan kepada Paru-paru Hijau sama seperti rumah hijau (green home) dan pasir hijau (green sand) yang telah digunakan dalam bahasa Melayu. | Penyemakan dan penterjemahan | 27.01.2015 |
Bagi nama-nama gunung/pergunungan atau sepertinya, contohnya Blue Mountains, Green Mountains and Crazy Mountains di Amerika, perlukah diterjemah perkataan Blue, Green dan Crazy atau boleh saja diterjemah kepada Pergunungan Blue, Gunung Green dan Pergunungan Crazy? | Nama-nama bagi negara, negeri, daerah mahupun tempat adalah mengikut pengesahan yang telah diisytiharkan oleh badan-badan tertentu dalam satu-satu keadaan yang tertentu dalam masa-masa yang tertentu. Tidak ada panduan yang khusus untuk pengisytiharan satu-satu nama tersebut. Nama-nama ini hampir terkecuali daripada hukum-hukum dan pola bahasa dan penterjemahan. Nama tempat digolongkan dalam kata nama khas. Kata nama khas mendukung makna rujukan khusus pada nama orang, tempat, haiwan, benda, perbadanan (institusi), undang-undang, bangsa, bahasa, pangkat dan seumpamanya. Justeru, kata nama khas yang merujuk nama tempat tersebut tidak perlu diterjemahkan kepada bahasa Inggeris. | Penyemakan dan penterjemahan | 19.10.2019 |
Adakah perkataan dalam BM untuk Putting Green selain pukulan leret? | Putting green adalah istilah untuk sukan golf. Buat masa ini istilah pukulan leret digunakan. T.kasih. | Makna | 06.08.2008 |
Adakah istilah "Go Green" bernaksud amalan hijau dalam bahasa melayu. | Menurut data kami, padanan Amalan Hijau adalah betul bagi perkataan "Go Green" | Makna | 23.11.2016 |
Bolehkah "Green Coral Lettuce" diterjemahkan sebagai "Salad Karang Hijau"? | Salam sejahtera, Puan, Salad karang hijau boleh digunakan sebagai padanan untuk green coral lettuce. Sekian, terima kasih. | Lain-lain | 31.10.2019 |
Salam sejahtera, mohon berikan cadangan terjemahan bagi "Privacy Policy" (polisi yang biasanya dinyatakan jika kita mengisi borang, untuk melindungi butir peribadi kita) dan sejenis warna, "medium green". Terima kasih | 1. Ruangan tersebut bukanlah suatu dasar, sebaliknya disebut "Maklumat Peribadi" yang perlu dilengkapkan apabila kita mengisi borang. 2. Medium bermaksud sederhana dan jika medium green diterjemahkan itulah warna hijau yang sebenarnya. Maka cukup sekadar kita menandakannya sebagai warna hijau kerana jika berlebihan hijaunya baharu disebut hijau pekat dan jika sebaliknya disebut hijau cair. | Istilah | 17.07.2012 |
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera, Saya ingin mendapatkan kepastian mengenai terjemahan bagi beberapa perkataan bagi tujuan penulisan tesis saya: i. Organizational Citizenship Behavior toward Environment - This refers to voluntary actions taken by employees that go beyond their formal job requirements to benefit the environment. ii. Green Involvement - refers to the active participation of employees in environmental sustainability efforts within their organization. iii. Green Empowerment and Engagement - It involves empowering employees to take an active role in promoting sustainability and engaging them in initiatives to reduce negative impacts on the environment. Perkataan-perkataan ini berada di dalam bidang sains sosial. Harap pihak DBP sudi memberi maklum balas untuk pertanyaan ini | Cadangan terjemahan bahasa Melayu bagi frasa Organizational Citizenship Behavior toward Environment ialah Sikap Warga Organisasi terhadap Alam Sekitar. Cadangan terjemahan bahasa Melayu bagi frasa Green Involvement ialah Pelibatan Hijau. Cadangan terjemahan bahasa Melayu bagi frasa Green Empowerment and Engagement ialah Pemerkasaan dan Keterlibatan Hijau. | Lain-lain | 05.05.2023 |