Terjemahan untuk: 1. Lower Ground Floor 2. Ground Floor Terima kasih. | 1. ground floor- tingkat bawah 2. lower ground floor- tingkat bawah bahagian bawah | Penyemakan dan penterjemahan | 25.04.2008 |
Apakah terjemahan yang DBP cadangkan untuk On-ground marketing"? "On-ground marketing juga dikenali sebagai "Experiential marketing”. | Padanan bahasa Melayu bagi istilah on-ground marketing ialah pemasaran lapangan.Padanan istilah ini bergantung pada kesesuaian konsep dan konteks penggunaannya dalam sesuatu bidang tertentu. | Istilah | 29.09.2022 |
Apakah perkataan terjemahan yang sesuai untuk Ground Zero, contohnya: The place where the World Trade Center stood in New York City before it was destroyed in an attack on 11 September, 2001: They printed a photograph of firefighters at Ground Zero. Ground zero has become a tourist landmark. | Padanan bahasa Melayu bagi istilah ground zero ialah sifar bumi. Padanan istilah ini bergantung pada kesesuaian konsep dan konteks penggunaan dalam sesuatu bidang tertentu. | Istilah | 12.07.2023 |
Apakah terjemahan dan penerangan tentang Ground Floor dan Basement dalam bahasa melayu? Ground floor sebenarnya tingkat berapa? Selepas Ground floor tingkat 1 atau 2? Bagaimana pula dengan basement? | Perkataan ground floor bermaksud bahagian bangunan yang separas dengan tanah. Perkataan basement pula merujuk bahagian bangunan paling bawah yang sebahagiannya atau keseluruhannya terletak di bawah tanah atau tingkat bawah tanah. Pada kebiasaannya, kebanyakan bangunan bermula dengan tingkat/aras bawah, diikuti tingkat satu, tingkat dua dan seterusnya. Walau bagaimanapun, tidak ada ketetapan khusus dalam penamaan atau penomboran tingkat bagi sesuatu bangunan. Penamaan dan penomboran tersebut bergantung pada konsep sesuatu bangunan atau pemilik bangunan. Untuk mendapatkan maklumat yang lebih terperinci, sila rujuk Kamus Dwibahasa Bahasa Inggeris – Bahasa Melayu Edisi Kedua (DBP, 2002), halaman 95 dan 524. | Makna | 02.08.2024 |
Melalui semakan kami, kedua-dua istilah bagi “minced meat” dan “ground meat” membawa maksud daging kisar. Tetapi dalam ayat yang sedang kami semak menggunakan padanan "daging giling" bagi "ground meat". Padanan ini merupakan merupakan istilah Indonesia. "Minced meat or ground meat" "Daging kisar atau daging giling" Bolehkah istilah ini digunakan atau terdapat padanan lain dalam bahasa Melayu bagi "ground meat" selain "daging giling". | Padanan bahasa Melayu bagi “minced meat” dan “ground meat” ialah daging kisar atau daging cincang bergantung pada konteks dan penggunaan ayat. | Pembinaan Bakat | 05.06.2021 |
1. Apakah perkataan yang sesuai untuk "Ground Floor"? Aras 1 atau Aras Bawah? 2. Bagaimana dengan Aras di bawah Ground Floor? Sesuaikah "Aras B1"? | Ground floor- Dicadangkan penggunaan tingkat bawah. Namun demikian, bagi membantu, saudara boleh membuat rujukan pada Kamus Inggeris Melayu terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka. | Lain-lain | 06.08.2007 |
lower ground | tingkat bawah | Istilah | 25.10.2011 |
soalan 1. ground contact time : bagaimana untuk menterjemah ke Bahasa Melayu? soalan 2. BM untuk perkataan "Cadence" dalam bidang sukan? | 1. Untuk makluman tuan, tiada padanan khusus terjemahan bagi frasa ground contact time dalam data kami. Walau bagaimanapun, dalam data kami terdapat istilah contact time yang padanan bahasa Melayunya ialah masa sentuh yang digunakan dalam bidang kejuruteraan. Manakala ground pula bermaksud bumi atau tanah. Untuk terjemahan frasa tersebut, pihak tuan perlu sesuaikan dengan konsep dan bidang yang hendak disampaikan. 2. Dalam data kami, padanan bahasa Melayu bagi cadens ialah kadens, iaitu corak irama dan rentak nada, dan selang senyap yang dijana oleh isyarat suara dalam pemprosesan suara atau telefon berasas suara. Contohnya pemanggil akan mendengar corak kadens seperti dua kali nada dan satu senyap (mungkin 2 saat) yang digunakan dalam bidang teknologi maklumat. Sila rujuk http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=cadence untuk lebih lanjut. | Penyemakan dan penterjemahan | 05.11.2014 |
Asalamualaikum Apakah terjemahan yang sesuai untuk: Ground press coffee, dark roast Terima kasih! | Terjemahan bahasa Melayu untuk "ground press coffee, dark roast" ialah biji kopi panggang yang pekat. Walau bagaimanapun, terjemahan bergantung kepada konteks penggunaan ayat. | Makna | 01.09.2020 |
Apakah padanan nama2 burung berikut sesuai digunakan? 1. Pigeon - burung merpati 2. Dove - burung dara 3. Wood dove - burung dara kayu 4. Quail dove - burung dara puyuh 5. Ground dove - burung dara tanah/delimukan 6. Ground pigeon - burung delimukan puyuh 7. Pheasant dove - burung delimukan dewata (terdapat di Indonesia) 8. Bronzewing pigeon - burung limbuk/limbukan 9. Imperial pigeon - burung pergam 10. Green pigeon - burung punai 11. Fruit dove - burung punai buah 12. Emerald pigeon - burung punai tanah 13. Zebra dove - burung merbuk aman 14. Collared dove/Turtle dove - burung merbuk balam/tekukur 15. Cuckoo dove - burung tekukur api 16. Rock pigeon - burung merpati batu 16. Passenger pigeon - burung merpati penumpang | Untuk makluman tuan/puan, penamaan spesies burung belum dibincangkan dalam mana-mana Jawatankuasa Istilah DBP. Walau bagaimanapun, mohon jasa baik tuan/puan mengemukakan huraian lengkap yang menerangkan konsep bagi istilah berkenaan agar dapat memudahkan pihak kami memberikan cadangan padanan bahasa Melayu yang bersesuaian. | Lain-lain | 25.11.2024 |