Maklumat Kata

Kamus Bahasa Inggeris



Definisi : ~ together, berkumpul: ~ together in fives, berkumpul dlm kumpulan berlima; ~ st together, mengelompokkan sst: these topics are ~ed together under the same heading, topik-topik ini dikelompokkan di bawah tajuk yg sama; (Kamus Inggeris-Melayu Dewan)


Definisi : ~ /around, round /, berkumpul di keliling: the boy scouts ~ed round the camp fire, budak-budak pengakap berkumpul di keliling unggun api itu; (Kamus Inggeris-Melayu Dewan)


Definisi : n 1. number of people or things considered as a unit, kumpulan, kelompok; (of animals, buildings, trees, etc) kelompok: a ~ of students gathered outside the hall, sekumpulan pelajar berkumpul di luar dewan; children in the same age ~, kanak-kanak dlm kumpulan umur yg sama; what blood ~ are you?, apakah kumpulan darah kamu?; Sanskrit belongs to the Indo-European ~ of languages, Sanskrit termasuk dlm kumpulan bahasa Indo-Eropah; we came upon a ~ of monkeys near the waterfall, kami terjumpa sekelompok monyet dekat dgn air terjun; 2. a number of musicians who perform together, kumpulan: the hottest rock ~ in the country, kumpulan rock yg paling hangat di negara ini; 3. (of business companies) kumpulan: the Sime Darby ~, kumpulan Sime Darby; (Kamus Inggeris-Melayu Dewan)


Definisi : vt place into a group, mengumpulkan, mengelompokkan: they were ~ed according to their proficiency, mereka dikumpulkan mengikut umur; (Kamus Inggeris-Melayu Dewan)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata group

Peribahasa

508

A rotten apple spoils the barrel

Disebabkan angkara seorang anggota maka yang lain beroleh nama buruk dan dituduh terbabit sama.

Seruas tebu berulat, sebatangnya (seruas) dibuang

Just because this one Muslim group attacked the Western interests, all of the Muslims were being labelled as terrorists - a rotten apple spoils the barrel.

Hanya kerana sebuah kumpulan orang Islam menyerang kepentingan Barat, maka semua umat islam dicap sebagai pengganas. Seruas tebu berulat, sebatangnya dibuang .

Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu


Lihat selanjutnya...(9)

Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Apakah istilah yang sesuai bagi 'group'. 'Group' disini merujuk kepada group di dalam media sosial. Adakah istilah Kumpulan Bual sesuai bagi Group ChatUntuk makluman pihak tuan/puan, istilah "group chat" tiada dalam pangkalan data kami. Pihak kami mencadangkan istilah bahasa Inggeris “chat group” bagi padanan bahasa Melayu “kumpulan bual”.Lain-lain08.07.2021
Tuan, Apakah perkataan yang sesuai untuk jawatan "Group Chief Executive Officer", "General Manager, Group Human Resource Management" dan "Assistant General Manager, Group Legal Counsel" ?Padanan bahasa Melayu untuk nama jawatan yang diberikan adalah seperti yang berikut:

1. Group Chief Executive Officer - Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan
2. General Manager - Pengurus Besar
3. Group Human Resource Manager - Pengurus Sumber Manusia Kumpulan
4. Assistant General Manager - Penolong Pengurus Besar
5. Group Legal Counsel - Penasihat Undang-Undang Kumpulan
Istilah27.02.2014
Apakah istilah bahasa Malaysia untuk perkataan "hardliner"? Maksud dalam bahasa Inggeris: a member of a group, typically a political group, who adheres uncompromisingly to a set of ideas or policies. Contoh ayat: "neither hardliners nor reformers would be likely to want him as their leader"Padanan bahasa Melayu bagi istilah hardliner ialah petegar. Padanan istilah ini bergantung pada kesesuaian konsep dan konteks penggunaan dalam sesuatu bidang tertentu.Istilah28.11.2023
Merujuk kepada pertanyaan saya sebelum ini berkenaan tentang terjemahan 'Group General Counsel', pihak DBP telah memberi cadangan terjemahan "Kumpulan Ketua-ketua Peguam" atau "Kumpulan Ketua-ketua Pegawai Undang-undang". Untuk konteks, 'Group General Counsel' adalah merujuk kepada ketua bahagian undang-undang sebuah syarikat. Tugasnya termasuklah sebagai penasihat undang-undang dalaman syarikat kepada pentadbiran dan lembaga pengarah syarikat. Dalam konteks ini, 'Group' merujuk kepada kumpulan syarikat, sebagai contoh Sime Darby Group. Dalam konteks di atas, apakah terjemahan sesuai untuk jawatan 'Group General Counsel' ini?Kami mencadangkan "Group General Counsel" diterjemahkan sebagai "Ketua Bahagian Undang-undang Kumpulan Syarikat". Padanan istilah ini bergantung pada kesesuaian serta konsep dan konteks penggunaannya.Istilah16.04.2021
CKA GROUP canggih kreativ arif

Untuk perkhidmatan pengesahan iklan papan premis perniagaan, sila layari laman web dbpsahbahasa.my, kemudian daftar ID pengguna dan kata laluan. Setelah itu, sila teruskan untuk permohonan pengesahan bahasa dan lampirkan sekali visual iklan/papan premis perniagaan anda. Pihak tuan/puan perlu membuat pembayaran sebanyak RM10 terlebih dahulu. Sila rujuk panduan pendaftaran dan video penggunaan DBP Sah Bahasa untuk maklumat lanjut.

Lain-lain25.02.2021
UCMAS Education Group Adalah satu intitute swasta yang memberi program mental aritmetik. Dalam process Semasa kita membuat lesen permohonan untuk papan tanda kami menghadapi beberapa masalah untuk mengesahkan cawangan yang kita miliki di bawah tajuk "Pusat Tuisyen" atau "Pusat Perkembangan Minda". Harap dapak bantuan daripada Dewan Bahasa Pustaka mengesahkan untuk saya. Terima Kasih.Pusat tuisyen ialah bimbingan tambahan yang diberikan kepada pelajar (individu atau kumpulan kecil) bagi mata pelajaran tertentu. Pusat perkembangan minda memberikan tumpuan dalam memperkembangkan daya berfikir yang sama sekali tiada persamaan dengan pusat tuistyen.Lain-lain19.07.2012
Apakah terjemahan sesuai untuk 'GROUP GENERAL COUNSEL'?Kami mencadangkan "Group General Counsel" diterjemahkan sebagai "Kumpulan Ketua-ketua Peguam" atau "Kumpulan Ketua-ketua  Pegawai Undang-undang". Padanan istilah ini bergantung pada kesesuaian serta konsep dan konteks penggunaannya dalam sesuatu bidang, sama ada bidang Pentadbiran Awam atau Undang-undang.
 
Penyemakan dan penterjemahan15.04.2021
Apa terjemahan "group chat" ?Cadangan padanan bagi istilah group chat dalam bahasa Melayu ialah bual berkumpulan. Padanan istilah ini bergantung pada kesesuaian konsep dan konteks penggunaan dalam sesuatu bidang tertentu.Istilah11.12.2024
"THE INSTITUTION OF STRUCTURAL ENGINEERS, MALAYSIA REGIONAL GROUP" Apakah nama yang sesuai untuk di bahasa melayukan? Asalnya adalh:- "THE INSTITUTION OF STRUCTURAL ENGINEERS, MALAYSIA DIVISION" (INSTITUSI JURUTERA STRUKTUR, DIVISYEN MALAYSIA) Apakah kata yang tepat untuk "REGIONAL GROUP" untuk di bahasa melayu kan. Harap pihak tuan dapat membantu memandangkan REGISTRAR OF SOCIETY memerlukan nama ENGLISH & MELAYU serentak. Kami dalam proses menukar nama pertubuhan. Terima kasihDalam istilah Sains Politik, istilah South Asian Regional Cooperation (SARC) diterjemahkan kepada Kerjasama Serantau Asia Selatan. Berdasarkan data yang ada kami mencadangkan Malaysia Regional Group diterjemahkan kepada Kumpulan Serantau Malaysia.Penyemakan dan penterjemahan07.05.2015
Tuan, apakah perkataan yang sesuai untuk jawatan "Senior Vice President Group Legal & General Counsel​"? Sekian.Cadangan kami bagi jawatan "Senior Vice President Group Legal & General Counsel​" ialah Timbalan Presiden Kanan Undang-undang Kumpulan dan Penasihat Undang-undang.
 
Tuan boleh merujuk Institut Terjemahan dan Buku Malaysia (ITBM)  untuk terjemahan bahasa Melayu yang lebih tepat  jika padanan yang kami cadangkan tidak bersesuaian dengan konteks tuan.

Penyemakan dan penterjemahan17.07.2014
123456

Kembali ke atas