Apakah penjodoh bilangan bagi "hutan"? Apakah terjemahan yang terbaik bagi "a forest of growing trees"? | Tidak semua perkataan mempunyai penjodoh bilangan. Secara hurufiah terjemahan bagi a forest of growing trees ialah hutan yang ditumbuhi pokok-pokok. Walau bagaimanapun sila berikan ayat sebelum atau selepas frasa tersebut untuk mendapat terjemahan yang tepat. | Lain-lain | 19.08.2010 |
Apakah terjemahan yang sesuai bagi perkataan "bush fruit"? Ayat bahasa inggeris yang mengandungi perkataan di atas adalah seperti berikut: - Growing of other tree and bush fruits | Cadangan terjemahan bagi "bush fruits" ialah buah-buahan pepohon. | Penyemakan dan penterjemahan | 05.11.2015 |
Salam sejahtera kepada pihak pentadbir DBP. Saya ingin dapatkan penterjemahan yang sesuai bagi kata "attended". Berikut contoh ayatnya: "In their rejection of the Enlightenment and the imperial ambitions of French under Napoleon, they helped shape the growing German nationalism and its attended occult-based theories of race which exploded with catastrophic consequences under the Nazis in the twentieth century." | Dalam data kami padanan bahasa Melayu bagi perkataan attended ialah berkendali. Oleh itu, perkataan tersebut boleh digunakan sekiranya bersesuaian dengan konteks penulisan tuan. | Lain-lain | 10.12.2020 |
Assalamualaikum. 1. Apakah istilah/terjemahan dalam Bahasa Melayu untuk "selective estrogen receptor degrader (SERD)", iaitu sejenis ubat dalam rawatan kanser? 2. Bila diterjemahkan istilah seperti "The study is looking specifically at HER2-negative breast cancers.", adakah perkataan HER2-negative diterjemahkan kepada HER2 negatif, atau negatif HER2? 3. Yang manakah terjemahan yang lebih sesuai untuk "targeted therapy": "terapi tersasar" atau "terapi sasaran"? Contoh ayat: "Palbociclib is a targeted therapy that can help stop cancer cells growing" 4. Adakah "kanser payudara tahap teruk" terjemahan yang tepat untuk "advanced breast cancer", yang biasanya merujuk kepada kanser tahap IV? 5. Apakah terjemahan yang tepat untuk "luteinizing hormone-releasing hormone (LHRH) agonist". (Rujukan: Luteinizing hormone-releasing hormone (LHRH) agonists generated in the hypothalamus bind to receptors on the anterior pituitary and stimulate the release of both luteinizing hormone (LH) and follicle-stimulating hormone (FSH)) Terima kasih atas bantuan tuan/puan. | Kami mencadangkan padanan istilah seperti yang berikut: 1. Selective estrogen receptor degrader - Pendegradasi penerima estrogen terpilih 2. HER2-negative - HER2-negatif 3. Targeted therapy - Terapi terpilih atau Terapi sasaran (kedua-dua istilah boleh digunakan) 4. Luteinizing hormone-releasing hormone agonist - Agonis hormon peluteinan-hormon pelepas Kesemua padanan istilah ini bergantung pada kesesuaian serta konsep dan konteks penggunaannya dalam sesuatu bidang atau laras bahasa.
| Istilah | 13.04.2021 |
Salam sejahtera kepada pihak pentadbir DBP. Saya ingin memohon cadangan terjemahan untuk ayat berikut kepada bahasa Melayu yang betul. Sungguhpun saya difahamkan bahawa pihak pentadbir tidak menyediakan khidmat penterjamahan, namun begitu, besar hati saya sekiranya pihak tuan pentadbir dapat memberikan sedikit bantuan kepada pihak saya berkenaan isu ini: "In their rejection of the Enlightenment and the imperial ambitions of French under Napoleon, they helped shape the growing German nationalism and its attended occult-based theories of race which exploded with catastrophic consequences under the Nazis in the twentieth century." | Pihak DBP tidak menyediakan khidmat terjemahan. Walau bagaimanapun, kami boleh membantu pihak tuan untuk menyemak hasil terjemahan. Oleh itu, ayat tersebut hendaklah diterjemahkan terlebih dahulu. | Lain-lain | 03.12.2020 |
Salam Mohon semakan terjemahan bagi ayat-ayat di bawah: A rich and intense dark coffee with notes of sweet fruits. Kopi pekat yang pahit dan kuat dengan aroma dengan perisa buah-buahan manis. Fresh and fruity medium roast with notes of chocolate and vanilla. An extraordinary single-origin coffee with a unique story to tell. Panggang sederhana berasa buah dan segar dengan aroma serta perisa coklat dan vanila. Kopi asal tunggal yang luar biasa dengan kisah unik untuk diceritakan. Premium coffee with a purpose. Uganda coffee farmers growing together through business, not charity. Every cup matters. Kopi premium dengan tujuan memanfaatkan. Peladang kopi Uganda bersama-sama berkembang melalui peniagaan, bukan kebajikan. Setiap cawan kopi itu penting. A medium-dark coffee with a good body, a fruity acidity and notes of cocoa in the aftertaste for a typical coffee experience. Kopi sederhana pekat dengan tekstur yang sederhana, keasidan berasa buah serta perisa koko dalam kesan rasa untuk merasai pengalaman kopi yang tipikal. Terima kasih. | Terjemahan yang baik dan tepat memerlukan pemahaman berkaitan konsep dan konteks penggunaan teks dalam sesebuah bidang. Untuk makluman, DBP tidak menjalankan kerja penterjemahan atau menawarkan khidmat penyemakan terjemahan, sama ada daripada bahasa Melayu kepada bahasa asing atau sebaliknya. Sila hubungi Persatuan Penterjemah Malaysia (PPM), melalui talian 03-9226 2506 atau e-mel terjemah1@gmail.com. | Penyemakan dan penterjemahan | 26.07.2021 |