growth-bertambah contoh ayat: bertambah secara purata | tiada growth - pertumbuhan | Makna | 08.06.2007 |
Apakah terjemahan bagi "average annual growth rate" dan "average annual increase" untuk konteks ekonomi? | Cadangan terjemahan bagi average annual growth rate dan average annual increase ialah "kadar pertumbuhan tahunan purata" dan "pertumbuhan tahunan purata". | Penyemakan dan penterjemahan | 08.09.2015 |
Adakah terjemahan istilah/formula kimia ini betul? 1. phosphatidylinositol-4,5-bisphosphate 3-kinase catalytic subunit delta = delta subunit katalitik fosfatidilinositol-4,5-bifosfat 3-kinase 2. transforming growth factor beta receptor 1 = faktor pertumbuhan transformasi reseptor beta 1 3. transforming growth factor beta receptor 1 = faktor pertumbuhan transformasi reseptor beta 1 4. interleukin-2- inducible T-cell kinase deficiency = kekurangan kinase sel T teraruh interleukin 2 5. baculoviral inhibitor of apoptosis repeat containing protein 4 = protein 4 mengandungi ulangan perencat apoptosis bakulovirus | Untuk makluman tuan/puan, DBP tidak menyediakan khidmat penterjemahan. Bagi mendapatkan khidmat penterjemahan, tuan/puan boleh menghubungi Persatuan Penterjemah Malaysia melalui talian 03-92262506 atau e-mel: terjemah1@gmail.com dan Institut Terjemahan dan Buku Malaysia melalui talian 03-41451942 atau e-mel: info@itbm.com.my. | Penyemakan dan penterjemahan | 01.10.2024 |
Istilah Bahasa Melayu untuk ‘Growth Mindset’ | Antara cadangan ialah penumbuhan penetapan minda | Istilah | 29.04.2020 |
sila sahkan terjemahan berikut : Enhancing Quality to Sustain Growth = Meningkatkan Kualiti demi Melestarikan Pertumbuhan Terima kasih | Terjemahan yang diberikan adalah betul dan boleh digunakan. | Penyemakan dan penterjemahan | 08.09.2016 |
Assalamualaikum. Saya terjumpa soalan dan jawapan berikut di halaman Khidmat Nasihat: S: Istilah Bahasa Melayu untuk ‘Growth Mindset’. J: Antara cadangan ialah penumbuhan penetapan minda (29.04.2020). Menurut kamus Cambridge, 'mindset' is a person's way of thinking and their opinions. Oleh itu, pada pendapat saya, cadangan yang diberikan oleh pihak tuan itu (penetapan minda) adalah kurang tepat. Untuk mengelakkan kekeliruan, saya berharap pihak tuan dapat menyemak semula semua jawapan bagi soalan 'mindset'. Sekian terima kasih. | Aduan tuan kami ambil maklum dan akan dikemukakan kepada bahagian berkenaan untuk tindakan selanjutnya. | Istilah | 25.10.2020 |
Bolehkah perkataan 'nutrisi' digunakan untuk 'nutrition'. Misalnya, 'Maklumat Nutrisi' untuk 'Nutritional Information'; 'Nutrisi adalah penting untuk pertumbuhan' untuk 'Nutrition is important for growth'. Sekian, terima kasih. | Untuk makluman, istilah bahasa Melayu untuk "nutrition" ialah pemakanan atau nutrisi. Oleh itu, kedua-duanya adalah betul dan boleh digunakan. | Istilah | 09.01.2017 |
Assalammualaikum/Salam Sejahtera. Saya ada pertanyaan kepada pihak DBP, The process of one economy’s catching up with another economy is called convergence . Starting from a lower base level of technology, a huge amount of growth was possible through “technology catch-up.” Dalam konteks ayat di atas, apakah perkataan yang sesuai digunakan dalam bahasa Melayu bagi istilah "catching up"? adakah persaingan atau pergandingan atau merapatkan diri? Apa pula perkataan yang sesuai dalam bahasa Melayu yang sesuai bagi perkataan "convergence"? Sekian,Terima Kasih. | Waalaikumussalam. Dalam konteks ayat yang diberikan, kami mencadangkan padanan bahasa Melayu untuk “catching-up ialah mengejar, manakala untuk “convergence” ialah pertemuan. Sekian. Terima kasih. | Istilah | 19.09.2017 |
Salam sejahtera. Saya ingin meminta bantuan untuk memberi padanan istilah (bukan takrifan) "accelerationism" dalam bahasa Melayu. Menurut Wikipedia, "accelerationism" ialah: "Accelerationism is a range of ideas in critical and social theory that propose that social processes, such as capitalist growth and technological change, should be drastically intensified to create further radical social change referred to as "acceleration"." | Kami mencadangkan accelerationism diterjemahkan sebagai "fahaman akselerasi". Namun, padanan ini bergantung pada kesesuaian serta konsep dan konteks penggunaannya dalam sesuatu bidang atau laras bahasa. | Istilah | 01.03.2022 |
Assalamualaikum dan selamat sejahtera, Untuk makluman pihak tuan/puan, Persatuan Francais Malaysia (MFA) dengan kerjasama Kementerian Perdagangan dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) akan menganjurkan Program Pameran dan Persidangan Francais Antarabangsa Malaysia 2022 pada 8 hingga 10 September ini di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC). Tema yang digunakan bagi program ini adalah ‘Rebuilding Growth, Spurring Excellence’ di dalam bahasa Inggeris, untuk penggunaannya dalam Bahasa Melayu pula kami bercadang untuk menggunakan ayat ‘Pembinaan Semula Pertumbuhan, Memacu Kecemerlangan’. Oleh yang demikian, kami dengan rendah hati ingin mendapatkan pandangan dan khidmat nasihat daripada tuan/puan berkaitan penggunaan bahasa bagi tema ini dalam Bahasa Melayu. Petikan tema ini akan digunakan di mana-mana bahan promosi program yang diterbitkan dalam bahasa Melayu. Sebarang maklumat lanjut, pihak tuan/puan boleh hubungi saya Cik Nurul Ain di talian 011-2924 0213 (ain.mohamad@mfa.org.my). Terima Kasih | Mohon berikan konsep bagi perkataan Rebuilding Growth agar pihak kami dapat memberikan terjemahan yang baik dan betul | Makna | 24.05.2022 |