Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[grup] | ݢروڤ

Definisi : bp rombongan, kumpulan, golongan, kelompok. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata grup


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
AsSalam. Saya ingin bertanya jika ayat berikut adalah betul atau tidak: "Anda telah mengubah tetapan grup ini untuk membenarkan pentadbir sahaja untuk menghantar mesej ke grup ini" Perlukah ada perkataan "untuk" sebelum menghantar mesej? Terima kasih.Kedua-duanya boleh digunakan. i. Anda telah mengubah tetapan grup ini untuk membenarkan pentadbir sahaja untuk menghantar mesej ke grup ini.
ii. Anda telah mengubah tetapan grup ini untuk membenarkan pentadbir sahaja menghantar mesej ke grup ini.
Makna09.01.2019
Salam Tuan/Puan, Saya ingin bertanya soalan bagi ayat-ayat berikut, terdapat kekeliruan dan ketidakpastian dalam penggunaannya. Mohon khidmat nasihat daripada Tuan/Puan. 1) Penggunaan "pada" dan "kepada" Ayat asal: This group was added to the community “{1}”. Tap to view. Diterjemah 1: Grup ini telah ditambahkan kepada komuniti “{1}”. Ketik untuk lihat. Diterjemah 2: Grup ini telah ditambahkan pada komuniti “{1}”. Ketik untuk lihat. 2) Penggunaan "pada" dan "kepada" Ayat asal: Everyone in the group will be added to the community and community members will be able to find it. Diterjemah 1: Semua orang dalam grup akan ditambahkan kepada komuniti dan ahli komuniti akan dapat mencari komuniti tersebut. Diterjemah 2: Semua orang dalam grup akan ditambahkan kepada komuniti dan ahli komuniti akan dapat mencari grup tersebut. 3) Kurang pasti ayat yang lebih tepat menurut ayat asal Inggeris Ayat asal: This may be because of a technical error that we're working to get fixed. Try reloading this page. Diterjemah 1: Ini mungkin disebabkan oleh ralat teknikal yang kami sedang berusaha untuk menyelesaikannya. Cuba muatkan semula halaman ini. Diterjemah 2: Ini mungkin disebabkan oleh ralat teknikal yang sedang kami usaha untuk selesaikan. Cuba muatkan halaman ini semula. Terima kasih

Berikut merupakan padanan terjemahan bahasa Melayu untuk ayat yang dinyatakan:
1. This group was added to the community: Kumpulan ini telah dimasukkan dalam komuniti.

2. Everyone in the group will be added to the community and community members will be able to find it:
Semua orang dalam kumpulan akan dimasukkan dalam komuniti dan ahli komuniti akan mengetahuinya. 

3. This may be because of a technical error that we're working to get fixed. Try reloading this page: Perkara ini mungkin disebabkan oleh ralat teknikal yang kami sedang cuba selesaikan. Sila muat semula halaman ini.
Makna21.09.2022
Salam sejahtera. Apakah bidang kuasa Munsyi Dewan? Adakah seseorang MD hanya boleh menjawab kemusykilan bahasa bersandarkan Tatabahasa Dewan, Kamus Dewan, Kamus Dewan Perdana dan Gaya Dewan sahaja? Benarkah MD tidak boleh menjawab/merungkai kemusykilan secara peribadi? Hal ini saya nyatakan demikian kerana walaupun banyak MD yang ada dalam grup media sosial, seperti grup Telegram BM SPM, tetapi tidak menampilkan diri untuk meleraikan kemusykilan bahasa yang diketengahkan oleh guru-guru bahasa Melayu. Adakah hal ini di luar bidang kuasa MD? Hamba menantikan balasan daripada tuan. Sekian, terima kasih.

Munsyi Dewan ialah pakar bidang, penceramah dan fasilitator yang ditauliahkan oleh DBP untuk membantu DBP mengendalikan dan menyediakan perkhidmatan tenaga pengajar/pakar rujuk tentang bahasa Melayu kepada masyarakat di Malaysia dan berperanan membantu fungsi DBP untuk memartabatkan bahasa kebangsaan di negara ini. Seseorang Munsyi Dewan (Bahasa) perlu menjadikan bahan rujukan bahasa terbitan DBP yang sahih dan bersesuaian dengan konteks untuk menjawab segala isu bahasa yang diutarakan. Selaras dengan peranan Munsyi Dewan (Bahasa) sebagai pakar rujuk tentang bahasa Melayu kepada masyarakat di Malaysia, Munsyi Dewan (Bahasa) berperanan membantu merungkaikan permasalahan atau kemusykilan bahasa sama ada secara rasmi atau tidak rasmi berdasarkan panduan dan pegangan  standard yang dikeluarkan oleh DBP.

Lain-lain05.04.2023
Salam Tuan/Puan, Saya ingin bertanya soalan bagi ayat-ayat berikut, terdapat kekeliruan dan ketidakpastian dalam penggunaannya. Mohon khidmat nasihat daripada Tuan/Puan. Ketepatan makna mengikut ayat asal Inggeris Ayat asal: You cannot exit the announcement group because you created the community it's in. You can deactivate the community through community info instead. Ayat diterjemah 1: Anda tidak boleh keluar daripada grup pengumuman kerana anda yang mencipta komuniti di dalam grup tersebut. Anda boleh mengenyahaktifkan komuniti melalui info komuniti. Ayat diterjemah 2: Anda tidak boleh keluar daripada grup pengumuman kerana anda yang mencipta komuniti grup tersebut. Anda boleh mengenyahaktifkan komuniti melalui info komuniti. Terima kasihCadangan terjemahan daripada ayat yang diberikan ialah "Anda tidak boleh keluar daripada kumpulan pengumuman kerana anda telah mencipta komuniti di dalamnya. Sebaliknya, anda boleh menyahaktifkan komuniti melalui maklumat komuniti."Makna21.09.2022
Salam Tuan/Puan, terdapat percanggahan pendapat berkenaan penggunaan perkataan "selamat" dan "terjamin". Pada pendapat saya, "selamat" adalah lebih tepat berbanding "terjamin" memandangkan definisi perkataan menurut konteks. "Terjamin" lebih sesuai untuk "secure". Mohon khidmat nasihat pihak DBP. Source: You can send announcements, manage groups, edit community infomation and use admin tools to help keep this community safe. Terjemahan: Anda boleh menghantar pengumuman, mengendalikan grup, mengedit maklumat komuniti dan menggunakan alatan pentadbir untuk membantu dalam memastikan komuniti ini selamat. Terjemahan pembetulan: Anda boleh menghantar pengumuman, mengendalikan grup, mengedit maklumat komuniti dan menggunakan alatan pentadbir untuk membantu dalam memastikan komuniti ini terjamin. Sekian, terima kasih.

Berdasarkan Kamus Dewan Perdana, perkataan selamat bermaksud terpelihara daripada bahaya, ancaman, bencana dan sebagainya, manakala perkataan terjamin bermaksud dapat dipastikan keselamatan, keuntungan dan lain-lain. Berdasarkan contoh ayat yang diberikan, kedua-dua terjemahan yang sesuai bagi perkataan safe iaitu selamat dan terjamin boleh digunakan.

Penyemakan dan penterjemahan02.10.2022

Kembali ke atas