Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[gu] | ݢو

Definisi : 1. balak yg diletakkan di atas tengkuk sepasang lembu, igu; 2. pasang: kasut se~; 3. regu, kumpulan, rombongan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[gu] | ݢو

Definisi : ; cik~ panggilan bagi guru. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[gu] | ݢو

Definisi : 1 kayu yg dipasang di atas tengkuk lembu penarik kereta atau pedati. 2 kawan atau teman utk menggenapi bilangan pemain; regu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata gu


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Bagaimanakah hendak merangkaikan suku kata untuk perkataan di bawah untuk bacaan suku kata kanak-kanak umur 5 tahun: 1) bau (bau / ba.u) 2) liar (liar / li.ar) 3) saiz (saiz / sa.iz) 4) ais (ais) 5) penguin (pen.guin / pen.gu.in)Pemenggalan suku kata perkataan yang disenaraikan adalah ialah 1) ba.u (2) li.ar (3) sa.iz (4) a.is dan (5) pe.ngu.in
Anda harus membezakan dengan jelas antara pemenggalan suku kata dengan pemenggalan untuk sebutan.
Tatabahasa11.04.2017
Tentang vokal berganding, contoh sering diberikan sebagai satu sebutan "w" jadi: dua (dwa), gua (gwa), kuala (kwa/la), tua (twa). dan Januari (ja/nwa/ri). Apakah betul pecahan bunyi suku kata tersebut? Sedangkan latihan sebutan suku kata hanya menyebut da/di/du/de/do sebagai satu suku kata, dan a/i/u/e/o sebagai satu suku kata juga. Mohon pencerahan untuk perkataan berikut: gua / tua / kuala / Januari sahaja.Contoh yang diberikan ialah vokal berganding. Perkataan seperti [du.a], [gu.a] dan [tu.a] mengandungi dua suku kata. Penggalan bunyi suku kata adalah seperti yang berikut: [dua], [gua] dan [tua].Tatabahasa28.01.2015
Adakah "singgah" dan "minggu" ialah Digraf? "Pelbagai" ialah diftong atau konsonan bergabung? Terima kasih.Digraf ialah dua huruf berturut-turut yang mewakili satu bunyi seperti ng, ny, sy. Kadangkala digraf dikenali sebagai dwihuruf, dwilambang atau huruf rangkap. Contoh perkataan yang mempunyai digraf ialah nganga, nyamuk, lubang, khabar, pisang dan syampu.

Manakala diftong ialah gabungan dua bunyi vokal yang disebut dalam satu suku kata akibat perubahan kedudukan lidah seperti ai, au, dan oi dalam perkataan pandai, pulau dan amboi.

Singgah dan minggu merupakan digraf dan pelbagai merupakan diftong.
Tatabahasa09.02.2015

Kembali ke atas