Tuan yang bijaksana, Ejaan yang manakah yang betul: a)Gua Hira' b) Gua Hirak c) Gua Hira? | Ejaan yang betul ialah Gua Hira - merujuk contoh penggunaannya dalam pangkalan data kami. | Ejaan | 09.03.2012 |
Penduduk di kawasan pedalaman Kampung Hoi tidak berani pergi ke Gua Siung kerana kononnya gua itu keras dan berhantu. Perkatan keras di atas ayat adalah salah, sepatutnya boleh ganti dengan perkataan apa? | Penduduk di kawasan pedalaman Kampung Hoi tidak berani pergi ke Gua Siung kerana kononnya gua itu keras. Ayat ini betul kerana antara makna keras ialah tidak baik kerana (kononnya) ada penunggunya, berpuaka, atau berhantu. | Tatabahasa | 07.10.2011 |
Macam mana ejaan Gua Thur? | Tidak ada contoh penggunaan Gua Thur dalam pangkalan data kami, walau bagaimanapun ejaan tersebut boleh diterima berdasarkan sebutannya. | Ejaan | 09.03.2012 |
Apakah yang dimaksudkan nafsi- nafsi 'siapa lu, siapa gua' ? | Nafsi-nafsi bermaksud mementingkan diri sendiri atau bersendirian. Ungkapan siapa lu dan siapa gua bukan ungkapan baku tetapi merupakan ungkapan bahasa percakapan atau bahasa pasar. | Makna | 10.11.2008 |
Kata 'gema' dan' kumandang' beri penjelasan penggunaan ikut tempat/situasi. Bolehkah ayat ini untuk kumandang; 'suara berkumandang di dalam gua' | Perkataan gema dan kumandang sama maknanya, iaitu bunyi atau suara yang berbalik; berdasarkan makna tersebut perkataan kumandang dan gema boleh saling digunakan dalam ayat tetapi lazimnya kita bercakap: suara itu bergema di dalam gua, dan azan berkemundang di udara. | Tatabahasa | 06.07.2010 |
Salam sejahtera. Bolehkah perkataan "berkhalwat" digunakan dalam ayat seperti berikut: Muhammad ( merujuk kepada Nabi Muhammad S.A.W ) sedang bersendirian berkhalwat di dalam Gua Hira? Pertanyaan ini diajukan kerana terdapat sebuah buku yang dijual oleh Wholesale-Mart Business Point Sdn. Bhd di Kota Kinabalu, Sabah. Buku tersebut ditulis oleh Nanwawi Dusuki, Dicetak oleh Triple Print WMBP Sdn Bhd, Se;angor Tahun 1996 dan cetakan ke limanya pada tahun 2009. Sekian terima kasih. | Khalwat ialah perkataan Arab yang bermaksud perihal (perbuatan) mengasingkan atau memencilkan diri (kerana menenangkan fikiran, bertafakur, dan lain-lain. Dalam buku sirah Rasulullah sering ditemukan perkataan berkhalwat apabila merujuk peristiwa Rasulullah di Gua Hira. Tidak menjadi suatu kesalahan dalam penggunaan kata khalwat tersebut kerana bersesuaian dengan konteks ayat dan latar budaya/ceritanya. Hal ini berbeza dengan penggunaan perkataan khalwat dalam konteks umum yang membawa maksud negatif dalam kalangan masyarakat kita. | Tatabahasa | 07.04.2013 |
Apabila menulis kata nama khas tempat dalam rencana bahasa Inggeris perlukah nama tempat tersebut ditukar seperti contoh Tasik Dayang Bunting kepada Lake of Pregnant Maiden? Tetapi ada juga brosur yang pernah ditulis dan apabila ditukar kata nama khas ke bahasa Inggeris menjadi pelik sebagai contoh Gua Langsuir kepada Banshee Cave. Terima kasih. | Kata nama khas tempat biasanya dikekalkan ejaan asal, kecuali beberapa nama tempat yang versi bahasa Inggerisnya memang telah dikenali dan digunakan pada peringkat antarabangsa. Contohnya, Penang untuk Pulau Pinang, Malacca untuk Melaka. | Ejaan | 29.01.2013 |
Rujukan sajak bertajuk Di Perpustakaan.Karya Shafie Abu Bakar. | Di Perpustakaan Melangkah ke ruangmu satu pertukaran yang kontras dari kehangatan merata ke kedinginan yang menerpa terlalu hening di sini gua pendeta bersemadi di puncak sepi di sana sini kepala-kepala runduk meneliti mata dan fikir bersebati. Maju ke ruang buku terlalu kerdil aku di sini terapung di laut ilmu tercurah berzaman dalam tak terselam betapa pun kulayari bahtera ilmu di sini tak terteroka yang akan kucatat hanya setitik dari tinta yang akan kupetik hanya sebiji dari mutiara engkau adalah pusaka moyang gedung peradaban insan terhimpun berzaman. bersemadi di sini aku adalah pelayar yang dahaga di dada samudera tak berpantai betapa pun keteguk darinya dahaga tak pernah langsai | Lain-lain | 28.03.2010 |
DEFINISI BAHASA MELAYU KUNO DAN BAHASA MELAYU KLASIK, | Bahasa Melayu kuno merupakan sejenis bahasa lama atau tua (berasal dr zaman dahulu), dahulukala. Bahasa ini digunakan di zaman prasejarah, zaman batu dan sebagainya. Kebanyakan bahasa yg digunakan pada waktu ini lebih terfokus kepada bentuk simbol, lukisan pada dinding gua, kulit haiwan dsbnya. Manakala bahasa Melayu klasik pula merupakan bahasa yg serius dan abadi nilainya, tertinggi mutunya dan menjadi standard kpd yg lain. Contoh-contoh bahasa Melayu klasik ini banyak digunakan misalnya dalam karya-karya Melayu lama seperti Tuhfat Al-Nafis, Hikayat Inderaputera, Hikayat Kalilah Wal-Daminah, Sejarah Melayu, Undang-undang Laut Melaka, Hukum Kanun Melaka dan banyak lagi. Terima kasih. | Makna | 13.09.2008 |
Secara umumnya, tempat-tempat kediaman boleh berbentuk rumah sesebuah, rumah berkembar, apartmen atau unit rumah pangsa, rumah teres, bangsal berbumbung atap atau zink, unit rumah buruh. Papan atau konkrit (seperti terdapat di estet-estet) atau sebarang jenis struktur sementara atau tetap yang lain yang tidak termasuk dalam mana-mana jenis di atas. Tempat kediaman jenis yang terakhir ini mungkin dalam bentuk bangsal, gua, tempat berteduh berbumbung zink yang kecil, bangsal yang tidak mempunyai bumbung yang sempurna atau rumah bot. Soalan saya: Terdapat perkataan 'atau' disebut secara berulang pada ayat yang kedua. Adakah sesuai atau ada cara lain yang boleh disampaikan dengan maksud yang sama? Harap pihak DBP dapat memberikan cadangan dan pandangan dalam menyelesaikan kekusutan penggunaan bahasa bagi pihak saya. Sekian, terima kasih. | Penggunaan 'atau' adalah betul pada contoh yang diberikan. Walaupun berulang tetapi tidak menimbulkan kekeliruan kepada pembaca. | Tatabahasa | 17.06.2009 |