Soalan: adakah perkataan `dokumentasi' ini boleh digunapakai untuk kedua-dua keadaan, contohnya: 1)Notis Penyempurnaan Dokumentasi Guaman, 2) Dapatkan Notis Penyempurnaan Dokumen Guaman daripada Undang-undang setelah dokumentasi disempurnakan. Mohon maklumbalas segera.... tq. | Merujuk Kamus Dewan Edisi Keempat, dokumentasi ialah himpunan atau kumpulan bahan atau dokumen (yg dapat digunakan sbg asas bagi sesuatu kajian, penghasilan sesuatu terbitan. Meruuk istilah, dokumentasi ialah mengumpul, mengatur, menyimpan, merujuk dan menyebar dokumen atau maklumat yang dirakam dalam dokumen. | Makna | 01.08.2008 |
Perkataan "Conveyancing" dalam industri Guaman merupakan istilah "Common Law" yang digunapakai sehingga hari ini. Ia merangkumi semua transaksi pindahmilik Hartanah, Saham, Dokumentasi Pinjaman Bank dan semua khidmat nasihat berkaitan pindakmilik harta, hak atau pun kepentingan bagi sesuatu milikan harta tidak alih & sekuriti (Immovable Properties & Securities). Perkataan asal nya ia lah "Convey" yang bermakna memindahmilik. Majlis Peguam Malaysia mempunyai beberapa Jawatankuasa dan salah satu dari nya ialah "Conveyancing Practice Committee" (CPC). Jawatankuasa ini merupakan badan yang membuat dasar, memberi panduan kepada peguam dan menyelesaikan pertikaian berkaitan dengan amalan Conveyancing. Memandangkan perkataan ini adalah Common Law term maka agak sukar bagi menterjemahkan kedalam Bahasa Malaysia. Terjemahan yang paling hampir boleh didapati dalam penerbitan "ISTILAH UNDANG-UNDANG (Sweet & Maxwell, THIRD EDITION-2001) m/surat 47 :- convey - pindah-hak; memberi conveyance - pemindahhakkan conveyancing - pemindahhakkan; konveyansing Kami memohon nasihat & pandangan tuan sama ada boleh kami gunakan istilah;- "JAWATANKUASA AMALAN KONVEYANSING" sebagai terjemahan kepada Conveyancing Practice Committee. Sekian, pandangan dan nasihat DBP amat dihargai. Wasalam Hj Abd Murad Chairman Conveyancing Practice Committee Bar Council Malaysia | Untuik makluman istilah bahasa Melayu untuk conveyancing ialah pemindahhakan. Oleh itu, cadangan padanan bahasa Melayu untuk Conveyancing Practice Committee ialah Jawatankuasa Amalan Pemindahhakan | Istilah | 01.03.2012 |
Bagaimanakah format penulisan surat perjanjian sewa beli rumah atau pejabat? | Format yang digunakan oleh agensi guaman dan agensi berkaitan merupakan format yang diterima pakai pada masa kini. | Lain-lain | 07.04.2008 |
Apakah terjemahan ke dalam Bahasa Melayu yang sesuai bagi istilah 'practice group' yang sering digunakan di firma-firma guaman? | Mengikut Kamus Dewan ‘practice group’ ialah ‘amalan berkelompok’. | Istilah | 20.08.2014 |
apkah maksud Fi | Fi bermakna bayaran yang dikenakan bagi sesuatu perkhidmatan atau nasihat profesional, misalnya dalam khidmat guaman dan perancangan. Fi juga adalah huruf ke-21 dalam abjad Yunani yang ditulis dengan simbol. | Makna | 29.11.2007 |
Pihak Berkuasa Tempatan mewajibkan penggunaan TETUAN untuk semua permohonan pembangunan terutama untuk merujuk kepada pemohon syarikat yang bukan NATURAL PERSONS iaitu bukan pakatan beberapa orang tetapi hanya nama syarikat seperti contoh TETUAN HARUMAN MURNI SDN BHD. Apa yang saya faham ialah TETUAN asalnya adalah terjemahan Bahasa Inggeris bagi Messrs ialah makna seperti di bawah: plural of Mr (= title used before a man's name) used before the names of two or more men, usually in the title of a company: Messrs Wood and Laurence, solicitors Used as a title to refer formally to more than one man simultaneously, or in names of companies: Messrs Sotheby Jika benar Pihak-Pihak Berkuasa Tempatan ini menyalahguna terma TETUAN, diharap DBP dapat memaklumkan mereka kerana penggunaan TETUAN ini berleluasa di papan-papantanda projek malah jika tidak diletakkan TETUAN pada permohonan pembangunan, permohonan tersebut akan ditolak. Mohon pencerahan. Terimakasih | Untuk makluman, Dalam Kamus Dewan Edisi Keempat, maksud "tetuan" ialah panggilan yang biasa digunakan pada firma guaman. Oleh itu, sekiranya nama syarikat yang dipaparkan tersebut bukan firma guaman, perkataan "tetuan" tidak sesuai digunakan. Kami mengucapkan terima kasih atas makluman daripada pihak tuan. Pihak kami akan menyiasat perkara ini dan akan menghubungi pihak yang berkenaan sekiranya terdapat kesilapan tersebut. | Istilah | 18.08.2016 |
saya nak tanya pasal suami.kami dah pisah selama 2tahun dan anak kami dia yg jaga.saya ada aduan mengenai suami saya.dia tak nak bagi saya jumba anak saya dan ada sekali saya nak jumba anak saya dia datang untuk memukul saya,sbb takut saya tak jumba anak saya..kalau saya jumba pun saya pergi ke sekolah mereka.saya belum cerai dgn suami saya tapi kami berpisah selama dua tahun.masalahnya dua hari lepas dia memukul anak saya sampai mukanya cedera...saya minta dia,yang saya nak jaga anak,dia tak nak bagi.saya skg kerja kat kuala lumpur dan saya tak tahu macam mane nak tangani masalah ini.. dan saya skg dah memeluk islam dgn suka hati..keluaga saya tak tahu mengenai memeluk islam.bolehkah saya ambil hak jaga anak saya?dan bagai mana?saya dah memeluk islam bagaimana nak cerai dgn suami saya??saya confuse tak tahu cara macam mane nak tangani masalah ini!!!tolong saya!!! | Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) hanya memberi jawapan kepada soalan yang berkenaan dengan Bahasa, Sastera, dan perkara-perkara yang berkaitan dengan Dewan Bahasa dan Pustaka sahaja. Soalah puan berkenaan rumah tangga, tidak ada kena mengena dengan pihak DBP, jadi kami tidak dapat melayani pertanyaan puan. Saya sarankan puan mengadu ke pejabat agama tempat tuan memeluk Islam, atau ke pejabat PERKIM, saya pasti mereka akan membantu. Berkenaan anak puan yang dipukul oleh suami, jika ternyata benar, dan puan mempunyai bukti, puan boleh membuat pengaduan ke balai polis terdekat supaya anak puan boleh dilindungi. Berkenaan keluarga puan yang tidak mengetahui tentang keadaan puan yang telah memeluk Islam mungkin boleh juga puan bincangkan dengan pejabat agama. Mungkin pejabat agama juga boleh memberi bantuan dari segi bantuan guaman untuk membantu puan dalam menangani masalah penjagaan anak. Saya bagi pihak DBP berharap puan dapat menyelesaikan masalah puan dengan baik, kerana sememangnya masalah puan tidak dapat kami tangani kerana di luar bidang kuasa kami. | Lain-lain | 01.08.2009 |