GUBAHAN BUNGA ITU DAPAT DISIAPKAN WALAUPUN MASA YANG DIBERIKAN _____ LEWAT/SUNTUK MANA YANG BETUL? | Perkataan yang paling tepat ialah suntuk. | Tatabahasa | 12.09.2013 |
apakah maksud 'gubahan kata' dan adakah 'singgahsana' dan 'mengenalpasti' perlu dijarakkan. | Menurut Kamus Dewan, gubahan merujuk kepada karangan (cerita dll),ciptaan lagu, atau cerpen. Gubahan kata merujuk kepada kata yang ditulis kebiasaannya penuh gramatis dan menarik. Singgahsana dieja satu perkataan manakala mengenal pasti pula dieja dua perkataan. | Lain-lain | 29.09.2007 |
saya hendak mengetahui definisi muzik melayu. | Menurut Kamus Dewan, muzik ialah gubahan bunyi yg menghasilkan bentuk dan irama yg indah dan menyenangkan, bunyi-bunyian. Melayu pula nama suatu bangsa dan bahasa (terutama di Semenanjung Malaysia). Justeru, muzik Melayu dikaitkan dengan gubahan bunyi atau bentuk irama indah yang lazimnya dikaitkan dengan kesenian orang Melayu. Bagi membantu, saudara juga boleh menghubungi Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan Warisan Malaysia berkaitan dengan pengertian terperinci muzik Melayu. | Lain-lain | 05.03.2007 |
bagaimana caranya ingin menghantar karya saya misalnya puisi sajak,gubahan lagu kepada pihak dbp?terima kasih. | Terima kasih atas pertanyaan sdr. Puisi atau sajak boleh dihantar kepada semua majalah terbitan DBP yang ada menyediakan ruangan puisi atau sajak. Majalah tersebut ialah Dewan Pelajar, Dewan Siswa, Tunas Cipta, Dewan Sastera, Dewan Budaya, Pelita Bahasa dan Dewan Masyarakat. Alamatkan kiriman karya tersebut kepada Editor (mengikut nama majalah yang berkenaan), Bahagian Majalah, Dewan Bahasa dan Pustaka, Peti Surat 10803, 50926 Kuala Lumpur. Gubahan lagu pula boleh dihantar melalui penyertaan dalam Sayembara Mencipta Lagu Puisi anjuran DBP. Maklumat lanjut tentang sayembara ini sdr bolehlah layari laman sesawang DBP iaitu http://www.dbp.gov.my. Sekian dimaklumkan, wassalam. | Lain-lain | 28.07.2010 |
Maaf, saya ingin bertanya tentang rantai pinakol. Adakah pihak DBP tiada sebarang maklumat tentang pinakol? Saya telah membuat carian di carian umum tetapi tidak dijumpai. Mohon pencerahan daripada pihak DBP. | Pinakol merujuk pada hiasan gubahan manik yang dipakai oleh masyarakat Rungus di utara Sabah, Kudat. Gubahan manik Pinakol telah menjadi warisan turun temurun dikalangan masyarakat Rungus di Kudat. Pinakol menjadi pusaka turun temurun dalam keluarga rungus di sebelah perempuan iaitu, peninggalan ibu kepada anak perempuannya. Pinakol terdiri daripada sepasang tali pinggang jenis selempang bermanik leper yang dikenakan melintang dada ke belakang bagi kegunaan hiasan biasa. Sejenis lagi biasanya dikenakan pada tradisi perkahwinan suku kaum Rungus di Kudat. Hasil kerja manik, warna yang digunakan dan reka bentuknya dapat membezakan etnik Rungus dari etnik lain di Sabah dengan mudah. Ia sering dikenakan bersama pakaian tradisi masyarakat Rungus yang kebiasannya bewarna hitam. Selain itu, Manik jenis ini juga digunakan sebagai rantai leher untuk lelaki dan perempuan. | Lain-lain | 02.07.2020 |
maksud interpretasi lagu dan triftong | Lagu bermaksud gubahan muzik biasanya dengan seni kata, manakala triftong ialah gabungan tiga bunyi vokal yang disebut dalam satu suku kata akibat perubahan kedudukan lidah, mis [aie] dlm fire. | Makna | 17.10.2011 |
Apakah definisi muzik secara menyeluruh? | Muzik ialah gubahan bunyi yang menghasilkan bentuk dan irama yang indah dan menyenangkan; bunyi-bunyian. | Makna | 19.02.2008 |
apakah maksud perkataan sekarangan? | Sekarangan merujuk kepada se+karangan (satu + gubahan bunga).
| Makna | 26.12.2019 |
apakah yang dimaksudkan dengan simfoni | Menurut Kamus Dewan Edisi Empat, simfoni ialah sejenis gubahan muzik yang panjang untuk dimainkan oleh orkestra; kumpulan pancaragam yang berpemimpin, mempunyai peralatan lengkap dan bilangan ahli muzik yg ramai.
| Tatabahasa | 10.01.2013 |
maksud dedikasi | Maksud dedikasi ialah 1. pengabdian diri, masa, dll sepenuhnya kpd sesuatu tujuan tertentu (kerjaya dll); 2. inskripsi atau pengumuman yg ditambah pd awal buku, gubahan muzik, dll yg ditujukan kpd seseorang atau sesuatu. T kasih. | Makna | 31.07.2008 |