Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[gu.bal] | ݢوبل

Definisi : kayu yg lembut di antara kulit dgn teras; teras terunjam, ~ melayang prb penduduk bumiputera akan tetap tinggal di negerinya sedangkan orang asing akan keluar. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[gu.bal] | ݢوبل

Definisi : bongkah (tanah, batu, dll); ~ besi bongkah besi (besi yg belum ditempa). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[gu.bal] | ݢوبل

Definisi : ; menggubal membuat, menyusun, mencipta (undang-undang, perlembagaan, dll), membentuk dan mengatur (menyusun): jawatankuasa itu telah ~ satu perlembagaan yg baru; terpulanglah kpd kerajaan kelak utk ~ dasar-dasar utk menggalakkan bumiputera dlm perniagaan dan perdagangan; tergubal terbentuk, tercipta, tersusun (peraturan, formula, dll): dgn itu ~lah siri abjad Jawi yg lengkap bagi bahasa Melayu; penggubalan perihal (perbuatan, tindakan,dsb) menggubal;penggubal orang yg menggubal: ~ istilah; ~undang-undang orang yg menggubal undang-undang. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[gu.bal] | ݢوبل

Definisi : ; menggubal menyusun undang-undang dgn memilih perkataan-perkataan yg sesuai: Mereka telah ~ perlembagaan itu selama setahun. penggubalan perbuatan atau hal menggubal undang-undang. penggubal orang yg menyusun undang-undang dgn menggunakan perkataan-perkataan yg sesuai. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

[gu.bal] | ݢوبل

Definisi : bongkah tanah, batu dsb: ~ besi bongkah besi; besi kasar (yg belum dikerjakan). menggubal mengetuk hujung besi, ribet dsb supaya berbentuk spt bongkah. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata gubal


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Salam DBP, saya berpendapat entri-entri untuk "legislate" dan "enact" harus diperbetulkan sedikit. Dalam PRPM, kedua-dua kata ini diterjemah dengan kata akar "gubal." Untuk kata "legislate," penggunaan kata gubal itu betul sebab di parlimen undang-undang baharu dibentuk dan/atau (sebahagian) undang-undang sedia ada ditambah atau ditarik balik. Namun begitu, "to enact" bermaksud "to enforce," iaitu mempraktikkan (dalam masyarakat melalui badan-badan penguasaan) undang-undang yang sudah digubal dan dilulus melalui proses-proses dalam parlimen. Terima kasih.Menurut Kamus Inggeris-Melayu Dewan, maksud 'legislate' ialah menggubal manakala 'enact' bermaksud ialah memperbuat dalam bidang undang-undang

Makna07.11.2021
Assalamualaikum.. Untuk item/soalan,sepatutnya guna istilah bangun,gubal,bina atau buat? terima kasihSalam, Tuan.

Soalan tersebut tidak jelas, mohon tuan kemukakan semula soalan yang lebih jelas.

Terima kasih.
Lain-lain19.03.2015

Kembali ke atas