| Kami akan mengadakan belian hebat gudang pada tarikh bukan hari jualan yang ditetapkan oleh KPDNKK, apakah ayat tajuk yang sesuai diguna. Cadangan saya ialah BELIAN HEBAT GUDANG tetapi tidak lulus dari pihak PBT Terima kasih. | Pihak syarikat menawarkan jualan bukan belian. Frasa yang betul ialah Jualan Gudang (iaitu pihak syarikat) yang Hebat, dalam bentuk penamaan diringkaskan menjadi "Jualan Gudang Hebat". | Lain-lain | 22.04.2015 |
| Jualan Gudang | Sila kemukakan pormohonan tuan melalui domain "Khidmat Pengesahan Bahasa DBP", bukannya Khidmat Nasihat Bahasa. | Lain-lain | 11.05.2015 |
| Jualan Gudang Hebat | Sila kemukakan pormohonan tuan melalui domain "Khidmat Pengesahan Bahasa DBP", bukannya Khidmat Nasihat Bahasa. | Lain-lain | 11.05.2015 |
| Jualan Gudang Hebat! | Sila kemukakan pormohonan tuan melalui domain "Khidmat Pengesahan Bahasa DBP", bukannya Khidmat Nasihat Bahasa. | Lain-lain | 11.05.2015 |
| Kami mempunyai sebuah kilang yang dijadikan sebagai gudang untuk menyimpan bahan mentah. Terdapat 1 soalan yang perlu mendapatkan nasihat dari pihak tuan/puan. 1. Apakah penggunaan ayat yang sesuai untuk membuat pendaftaran di pejabat pihak berkuasa tempatan? Adakah gudang atau pergudangan? | Keterangan utama pada papan premis: GUDANG - Lihat Lampiran yang disertakan. - Untuk pengesahan bahasa dalam iklan/paparan awam layari laman web www.dbpsahbahasa.my. | Lain-lain | 21.08.2025 |
| Jualan Jus Gudang Setiap Jumaat & Sabtu 9AM - 4PM | Pembetulan: 1. JUALAN GUDANG JUS 2. SETIAP JUMAAT DAN SABTU 3. 9 PG. - 4 PTG. 4. TEL.: Sila buat pembetulan pada visual yang dilampirkan, setelah itu kemukakan permohonan tuan melalui domain "Khidmat Pengesahan Bahasa DBP", bukannya Khidmat Nasihat DBP. | Tatabahasa | 07.12.2015 |
| Company saya mahu buat jualan gudang di shah alam, nak tahu macam mana untuk mendapatkan pengesahan bahasa Banner dan Bunting kami untuk jualan gudang dari pihak Dewan Bahasa dan Budaya? sila beritahu cara cara untuk permohonan. | Sila buat permohonan melalui https://dbpsahbahasa.my/. Pilih DAFTAR AKAUN > AKTIFKAN AKAUN> DAFTAR PERMOHONAN > DAFTAR IKLAN, isi maklumat permohonan (rujuk Panduan Pelanggan), Jenis iklan: Papan premis kedai/pejabat/syarikat (atau yang berkaitan), pilih PBT dan klik “Masuk PBT”, muat naik visual iklan mengikut format JPEG, klik SIMPAN. Buat bayaran setelah permohonan berjaya didaftarkan supaya iklan dapat diproses. Tuan akan menerima makluman "Tahniah Pendaftaran Iklan XXX Berjaya". Sila buat bayaran setelah menerima makluman tersebut supaya iklan dapat diproses. | Lain-lain | 09.06.2025 |
| Saya membuka satu gudang/kedai di rumah kedai, namun begitu tidak pasti apa nama yang sesuai untuk digunakan. kami hanya mengumpul dan membungkus semula makanan seperti sayur, buah, ikan dan ayam yang akan kami jual melalui Truck. jadi apakah kategori gudang/kedai saya ini? dan kategori apa yang sesuai sekiranya ingin memohon perlesenan Majlis Perbandaran Tempatan. | Sekiranya bersesuaian dengan konteks perniagaan puan, kami mencadangkan keterangan aktiviti perniagaan puan sebagai PUSAT PEMBUNGKUSAN MAKANAN. Jenis/kategori iklan ialah Papan Premis Kedai/Pejabat/Syarikat. | Lain-lain | 18.03.2021 |
| Salam Sejahtera , saya ingin dapatkan ejaan jawi untuk 1) NINJAVAN 2) PEJABAT URUSAN DAN GUDANG 3)DIMILIKI OLEH: NINJA LOGISTICS SDN.BHD. | Ejaan Jawi bagi NINJAVAN ialah نينجاۏن Ejaan Jawi bagi PEJABAT URUSAN DAN GUDANG ialah ڤجابت اوروسن دان ݢودڠ Ejaan Jawi bagi DIMILIKI OLEH: دميليقي اوليه Ejaan Jawi bagi NINJA LOGISTICS SDN. BHD. ialah نينجا لوڬيستيک س سنديرين برحد
| Ejaan | 09.09.2021 |
| Pihak Syarikat dalam proses memohon Lesen Gudang dan telah diberitahu oleh MBSJ untuk mendapatkan pengesahan dari DBP untuk papan iklan yang akan dipohon. Boleh kami tahu garispanduan untuk memohon dan juga max/min size yang dibenarkan. Harap mendapat jawapan dari pihak tuan melalui e-mail kami info@interline.my Sekian, terima kasih. | - Untuk makluman tuan, permohonan pengesahan bahasa Melayu dalam iklan boleh dibuat secara dalam talian melalui laman web dbpsahbahasa.my. Sila Daftar Akaun (rujuk Panduan Pelanggan) dan aktifkan akaun. Log masuk setelah akaun diaktifkan.
- Pilih DAFTAR PERMOHONAN > DAFTAR IKLAN, isi maklumat permohonan, Jenis iklan: Papan premis kedai/pejabat/syarikat (atau yang berkaitan), pilih PBT dan klik “Pilih”. Pastikan Jumlah bayaran menjadi RM10.00 atau RM30.00 bergantung pada jenis iklan yang dipilih. Muat naik visual iklan mengikut format, klik SIMPAN. Makluman Tahniah Pendaftaran Iklan XXX Berjaya akan dipaparkan. Sila buat bayaran setelah menerima makluman tersebut supaya iklan dapat diproses dalam tempoh tiga hari bekerja.
- Bagi spesifikasi saiz papan iklan, Dewan Bahasa dan Pustaka tidak menetapkan ukuran minimum atau maksimum. Penentuan saiz papan iklan adalah tertakluk pada syarat dan garis panduan yang ditetapkan oleh pihak berkuasa tempatan (PBT).
| Lain-lain | 21.07.2026 |