| "guest house" = "rumah tamu" atau "rumah tetamu"? | rumah tamu. | Tatabahasa | 20.04.2008 |
| Tetamu kehormat merupakan istilah yang telah digubal oleh pihak DBP bagi padanan Guest of honour. Namun terdapat juga pihak yang menggunakan istilah 'tetamu terhormat' . Adakah kedua-dua istilah iaitu tetamu kehormat dan tetamu terhormat sama maknanya dan boleh digunakan secara silih ganti? | Tetamu kehormat merupakan satu-satunya padanan yang rasmi untuk "Guest of honour". Penggunaan selain daripada itu tidak diterima sebagai rasmi. Tetamu kehormat - orang yg diundang khas (biasanya orang kenamaan, pemimpin, atau pembesar) utk menghadiri sesuatu majlis atau upacara; ruang ~ ruang utk melayan tetamu. | Istilah | 17.05.2017 |
| Saya ingin bertanyakan terjemahan dalam Bahasa Melayu bagi Kata Nama berikut: 1) Senior Area General Manager 2) Guest (for hotel) Terima kasih. Nabil | Padanan bahasa Melayu untuk perkataan yang diberikan adalah seperti yang berikut: i. Senior Area General Manager - Pengurus Besar Kawasan Kanan ii. Guest - Tetamu | Istilah | 07.06.2016 |
| Sila menterjemahkan ke dalam bahasa Jawi RUMAH TETAMU (Guest House) | Ejaan jawi bagi RUMAH TETAMU ialah رومه تامو | Ejaan | 21.12.2019 |
| Apakah terjemahan untuk "homestay"? Adakah "rumah tumpang"? Bagaimana pula dengan terjemahan bagi "guesthouse"? Adakah "rumah tamu" boleh diterima? | Padanan terjemahan yang sesuai digunakan bergantung pada konteks dan penggunaan ayat untuk homestay ialah “inapan keluarga”. Manakala padanan terjemahan guest house yang diberikan adalah betul iaitu “rumah tamu”. | Penyemakan dan penterjemahan | 18.06.2022 |
| Apakah padanan Bahasa Melayu yang sesuai untuk istilah "dude ranch" dalam ayat yang berikut? On vacation, Alan and Denny find they’re the least popular guests at a dude ranch. When the irritating Melvin Palmer shows up, it only gets worse. | Pihak DBP mencadangkan padanan bahasa Melayu bagi dude ranch atau guest ranch ialah "ladang pelancongan." | Lain-lain | 12.05.2022 |