Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata gugur

Puisi
 

Hendak gugur gugurlah nangka,
     Jangan menimpa si ranting pauh;
Hendak tidur tidurlah mata,
     Jangan teringat orang yang jauh.


Lihat selanjutnya...(44)
Peribahasa

Mumbang jatuh (= runtuh),
     kelapa jatuh (= runtuh).

Bermaksud :

Tiap-tiap yang hidup akan mati dengan tidak memandang umur. (Peribahasa lain yang sama makna: Bunga gugur putik pun gugur).

 

Lihat selanjutnya...(9)

33

Death before dishonour

Lebih baik mati berjuang daripada menanggung malu kerana menyerah kalah

Biar putih tulang, jangan putih mata

We would rather perish in the name of our cause than to live in shame. Better death than dishonour. Thus, we shall never capitulate so long as we have not regained the land!

Kami lebih rela gugur demi perjuangan ini daripada hidup dalam keaiban. Biar putih tulang, jangan putih mata. Maka, kami tidak akan sekali-kali menyerah kalah selagi tanah air kami tidak dibebaskan!

Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu


Lihat selanjutnya...(9)

Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Tuan, saya difahami bahawa Luruh pula bermaksud gugur kerana sudah masak (buah-­buahan). Mengikut Dewan Bahasa dan Pustaka pada 07.02.2012. Oleh itu, adakah ayat ini betul? Ayat: Datuk mengutip buah rambutan yang gugur ke tanah? Soalan saya seperti berikut: 1. gugur ke atau / gugur di ? 2. di atas tanah / di tanah ? 3. kawasan lantai di dusun disebut tanah atau lantai? 4) Jika ayat ditukar kepada perkataan luruh, adakah luruh dalam ayat digunakan dengan tepat? Datuk mengutip buah rambutan yang luruh di atas tanah?

Ayat yang betul ialah “Datuk mengutip buah rambutan yang gugur ke tanah” dan “Datuk mengutip buah rambutan yang luruh di atas tanah”

Tatabahasa06.01.2022
Buah kelapa itu gugur lalu jatuh ke dalam sungai.Ayat ini ada kesalahan atau tidak ? Bolehkah saya menggunakan gugur dan jatuh dalam ayat ini ?Terima kasih.

Saudara,

Ayat tersebut betul. Perkataan gugur  boleh juga digantikan dengan perkataan luruh. 

Tatabahasa20.10.2009
Buah kelapa itu gugur lalu jatuh ke dalam sungai.Ayat ini ada kesalahan atau tidak ? Bolehkah saya menggunakan gugur dan jatuh dalam ayat ini ?Terima kaish.

 

Saudara,

Ayat tersebut betul. Perkataan gugur boleh juga digantikan dengan perkataan luruh.

Tatabahasa20.10.2009
Mengapa T tidak gugur apabila menerima imbuhan awalan pen contohnya pentadbirHuruf t tidak gugur apabila menerima imbuhan seperti dalam perkataan  tadbir (yang merupakan kata pinjaman), menjadi pentadbir. Ini adalah untuk   mempertahankan etimologi kata asalnya. Rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga, halaman 110. Tatabahasa29.07.2008
Selamat pagi dan salam sejehtera, Saya ingin mengemukakan tiga soalan: 1)Hati Johan cerah setelah mendengar cerita itu. 2)Kandungan kakak gugur ketika berusia dua bulan. Adakah betul penggunaan perkataan cerah dan gugur dalam ayat tersebut? Mengapa? 3)Kata dasar bagi perkataan diketuai ialah tua atau ketua Terima kasih.

1. Perkataan cerah tidak sesuai digunakan dalam ayat yang diberikan. Perkataan yang lebih tepat ialah lega.

2. Penggunaan perkataan 'gugur' adalah betul. Berdasarkan Kamus Dewan Edisi Keempat, salah satu maksud 'gugur' ialah lahir sebelum cukup bulan (anak kecil). 

3. Kata dasar bagi perkataan diketuai ialah ketua.

Makna19.10.2011
Adakah istilah 'gugur' dalam ayat berikut betul? Gugurlah haknya sebagai pemegang amanah apabila cucunya telah dewasa.Ayat yang betul ialah Pemegang amanah akan gugur hak apabila cucunya telah dewasaTatabahasa22.03.2021
Buah durian jatuh pada waktu malam. munsyi, adakah jatuh salah dalam ayat ini memandangkan jatuh bermaksud 1. turun ke bawah dgn cepat (bkn buah, daun, rambut, dll), gugur, luruh TQBerdasarkan Kamus Dewan Edisi Keempat, perkataan jatuh bermaksud turun ke bawah dengan cepat (berkenaan buah, daun, rambut, dll), gugur, luruh. Gugur bermaksud jatuh dari pohon (tentang buah, daun dsb. jatuh dari pohon (tentang buah, daun dsb; luruh. Luruh pula bermaksud gugur kerana sudah masak (buah-­buahan). Berdasarkan maksud yang diberikan, penggunaan perkataan 'jatuh' tidak salah.  Walau bagaimanapun, 'jatuh' dan 'gugur' tidak merujuk kepada buah yang telah masak, sementara 'luruh' merujuk kepada buah yang sudah masak.Makna07.02.2012
Apakah huruf t dalam tafsir gugur apabila diimbuhkan dengan awalan me? Terima kasihTidak digugurkan huruf t dalam ejaan mentafsirkan kerana perkataan tersebut dikira sebagai perkataan asing, (bahasa arab).Ejaan20.11.2006
Petani itu mengalami kerugian kerana duriannya gugur ketika masih _____ . A. mengkal C. ranum B. putik D. muda Manakah jawapan yang betul?Jawapan yang betul ialah “putik”. Makna30.05.2024
Nenek menadah _____ di dalam sebuah tempayan. A. Air hujan B. Air pair Adakah kedua-dua jawapan tersebut diterima? Terima kasihJawapan yang betul ialah A. air hujan. Dalam Kamus Dewan Edisi Keempat, menadah bermaksud "menyambut apa-apa yang gugur atau jatuh". Air hujan ialah air yang turun atau gugur (menitik dengan banyaknya).Makna13.01.2014
1234

Kembali ke atas