1) Mana satukah ayat yang tepat? “Gula-gula ini rasa manis” atau “Gula-gula ini rasanya manis” 2) Ini kuih kegemaran saya. Ia berbentuk bulat” Adakah penggunaan “ia” dalam ayat ini betul? | 1. “Gula-gula ini rasa manis” atau “Gula-gula ini rasanya manis” Kedua-duanya boleh digunakan. Ayat kedua menunjukkan penegasan dalam ayat. 2. Penggunaan yang betul ialah: Ini kuih kegemaran saya. Kuih ini berbentuk bulat. | Tatabahasa | 05.05.2021 |
Salam, Dalam novel, 'Magical Candies' diterjemahkan ke 'Gula-guna Ajaib' atau 'Gula-gula Sihir', yang mana lebih tepat? Terima kasih. | Padanan bahasa Melayu yang dicadangkan ialah gula-gula ajaib. | Istilah | 07.10.2016 |
"Healthy Low Sugar" - sepatut menterjemah ke 1. Rendah Gula Sihat 2. Gula Rendah Sihat 3. Sihat Gula Rendah 4. Sihat Rendah Gula | Padanan bahasa Melayu yang sesuai untuk healthy low sugar ialah "kandungan gula rendah yang sihat" bergantung pada kesesuaian serta konsep penggunaannya dalam sesuatu bidang atau aras bahasa.
| Makna | 25.02.2022 |
Salam Sejahtera. Mohon tanya mcm mana translate "Bubble Gum" fragrance in BM ? Is "beraroma bubble gum" or beraroma gula-gula berletup"? | Cadangan yang boleh digunakan mengikut konsep dan konteks ayat yang sesuai ialah “beraroma gula-gula getah”. | Istilah | 25.03.2024 |
menambah gula dalam air kopi / menambah gula di dalam air kopi / menambah gula pada air kopi Yang mana betul? minta berikan sikit penjelasan. terima kasih encik/puan. | Ayat "menambah gula ke dalam air kopi" lebih tepat digunakan untuk frasa nama yang menunjukkan pergerakan kepadanya. | Tatabahasa | 09.11.2022 |
adakah sejemput gula bermaksud sama dengan secubit gula? terima kasih | Sejemput bermaksud sebanyak yang dapat diambil dengan hujung jari, manakala secubit ialah sebanyak yang dapat disepit dgn ibu jari dan jari telunjuk atau jari lain. Oleh itu, sejemput gula lebih banyak kuantitinya daripada secubit gula. | Tatabahasa | 14.04.2010 |
membeli banyak gula atau membeli gula yang banyak. Mana satu betul. Apakah prinsip kata kerja transitif yang perlu digunakan. | Yang betul ialah "membeli banyak gula". Kata kerja Transitif ialah kata kerja yang mengandungi objek yang terdiri daripada frasa nama untuk melengkapkan maksudnya; contohnya, menendang bola, memukul gendang, menghulurkan tali, membuka pintu, membaca buku | Tatabahasa | 21.05.2008 |
frasa. ditambah dengan air dan gula atau ditambah air dan gula? | Ditambah dengan air dan gula. | Tatabahasa | 08.05.2014 |
Adakah ayat dibawah adalah betul? sekirannya salah,tolong jelaskan (a)Amir mencongkak muka alya beberapa kali sebelum memberi gula-gula kepadanya.. terima kasih | Makna congkak ialah sombong, bongkak, pongah; ~-bongkak = ~-bongkah terlalu congkak, terlalu sombong; kerana ~ badan binasa prb a) kerana sombong, tidak mahu mengadu hal, badan sendiri mendapat celaka; b) kerana suka berjoli, diri sendiri jadi celaka; kecongkakan kesombongan, kebongkakan, kepongahan. Berdasarkan makna dan ayat yang diberikan, perkataan yang digunakan tidak tepat. | Tatabahasa | 20.08.2010 |
Apakah perbezaan penggunaan antara memamah dan mengunyah? Terima kasih. | Kamus Pelajar mentakrifkan memamah sebagai menghancurkan (makanan dll) di dalam mulut dengan gigi; mengunyah: Dia ~ gula-gula itu, bukan menghisapnya. Manakala mengunyah bermaksud menghancurkan makanan dalam mulut dengan gigi (sebelum menelannya); memamah: Makanan hendaklah dikunyah lumat-lumat sebelum ditelan. Daripada takrifan tersebut, kedua-dua perkataan tersebut mempunyai makna yang sama. | Tatabahasa | 17.07.2014 |