Salam, Dalam novel, 'Magical Candies' diterjemahkan ke 'Gula-guna Ajaib' atau 'Gula-gula Sihir', yang mana lebih tepat? Terima kasih. | Padanan bahasa Melayu yang dicadangkan ialah gula-gula ajaib. | Istilah | 07.10.2016 |
adakah sejemput gula bermaksud sama dengan secubit gula? terima kasih | Sejemput bermaksud sebanyak yang dapat diambil dengan hujung jari, manakala secubit ialah sebanyak yang dapat disepit dgn ibu jari dan jari telunjuk atau jari lain. Oleh itu, sejemput gula lebih banyak kuantitinya daripada secubit gula. | Tatabahasa | 14.04.2010 |
membeli banyak gula atau membeli gula yang banyak. Mana satu betul. Apakah prinsip kata kerja transitif yang perlu digunakan. | Yang betul ialah "membeli banyak gula". Kata kerja Transitif ialah kata kerja yang mengandungi objek yang terdiri daripada frasa nama untuk melengkapkan maksudnya; contohnya, menendang bola, memukul gendang, menghulurkan tali, membuka pintu, membaca buku | Tatabahasa | 21.05.2008 |
frasa. ditambah dengan air dan gula atau ditambah air dan gula? | Ditambah dengan air dan gula. | Tatabahasa | 08.05.2014 |
Adakah ayat dibawah adalah betul? sekirannya salah,tolong jelaskan (a)Amir mencongkak muka alya beberapa kali sebelum memberi gula-gula kepadanya.. terima kasih | Makna congkak ialah sombong, bongkak, pongah; ~-bongkak = ~-bongkah terlalu congkak, terlalu sombong; kerana ~ badan binasa prb a) kerana sombong, tidak mahu mengadu hal, badan sendiri mendapat celaka; b) kerana suka berjoli, diri sendiri jadi celaka; kecongkakan kesombongan, kebongkakan, kepongahan. Berdasarkan makna dan ayat yang diberikan, perkataan yang digunakan tidak tepat. | Tatabahasa | 20.08.2010 |
Apakah perbezaan penggunaan antara memamah dan mengunyah? Terima kasih. | Kamus Pelajar mentakrifkan memamah sebagai menghancurkan (makanan dll) di dalam mulut dengan gigi; mengunyah: Dia ~ gula-gula itu, bukan menghisapnya. Manakala mengunyah bermaksud menghancurkan makanan dalam mulut dengan gigi (sebelum menelannya); memamah: Makanan hendaklah dikunyah lumat-lumat sebelum ditelan. Daripada takrifan tersebut, kedua-dua perkataan tersebut mempunyai makna yang sama. | Tatabahasa | 17.07.2014 |
Yang mana betul.di mana ada gula ,di situ ada semut atau dimana ada semut,di situ ada gula | Peribahasa yang betul ialah di mana ada gula, di situ ada semut. | Makna | 24.09.2018 |
apakah maksud "liquorice" | 'Liquorice' dalam bahasa Melayu dieja 'likuoris' merupakan bahan berwarna hitam yang diperoleh daripada akar sejenis tumbuhan kekacang, digunakan dalam ubat dan untuk membuat gula-gula. Untuk maklumat sila rujuk http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=likuoris | Makna | 10.01.2013 |
yang mana betul? Emak membeli satu setengah kilogram gula di kedai. atau Emak membeli satu kilogram setengah gula di kedai. Saya mempunyai koleksi lagu-lagu P.Ramlee. atau Saya mempunyai koleksi lagu P.Ramlee. | Yang betul ialah; 1. Emak membeli satu setengah kilogram gula di kedai. 2. Saya mempunyai koleksi lagu P.Ramlee. | Tatabahasa | 19.05.2007 |
Pemilik kedai runcit itu mengehadkan jumlah gula yang dibeli oleh pelanggan-pelanggannya. Tuan, sesuaikah perkataan 'jumlah' digunakan dalam ayat di atas atau ada perkataan lain? terima kasih. | Jumlah lazimnya digunakan untuk barangan yang boleh dilihat secara fizikal seperti sejumlah wang ... dan lagipun gula biasanya disukat mengikut timbangan. Ayat yang betul Pemilik kedai runcit itu mengehadkan dua kilogram gula yang dibeli oleh pelanggan-pelanggannya. | Tatabahasa | 08.06.2012 |