Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[gu.ling] | ݢوليڠ

Definisi : ; ~-gantang = ~-gelantang tergolek-golek di sana sini, tergelimpang di sana sini; bantal ~ bantal panjang yg bulat (bantal golek); berguling bergulung (berpusing dll) berbalik-balik, bergolek: pd musim kemarau pokok Selaginella tergulung menjadi spt bola dan apabila ditiup angin ~lah ia ke merata tempat; berguling-guling berguling berkali-kali, bergolek-golek; bergulingan berguling-guling, bergolek-golek: meja dan kerusi tidak menentu letaknya, tin-tin kosong ~; mengguling bergolek, berguling, senget ke sisi (bkn perahu);menggulingkan 1. menyebabkan berguling: ~ kayu balak ke sungai; 2. ki menjatuhkan, meruntuhkan, mengalahkan: mereka diberitahu tentang satu komplot utk ~ kerajaan; 3. sl menggelengkan: Siti Wang Gemala pun ~ kepalanya; terguling telah digulingkan, tergolek: dlm pilihan raya lepas partinya ~; terguling-guling berguling-guling (dgn tidak sengaja), berpusing berbalik-balik. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[gu.ling] | ݢوليڠ

Definisi : ; bantal ~ bantal panjang yg bulat torak bentuknya. berguling bergerak berpusing berbalik-balik; bergolek: Keretanya kemik ditimpa batu yg ~ dr lereng bukit. berguling-guling berguling berkali-kali; bergolek-golek: Ia ~ di tanah kerana hendak melepaskan diri drpd tebuan itu. bergulingan berguling berkali-kali; berguling beramai-ramai (dgn banyaknya): Tin-tin kosong ~ di tanah. menggulingkan 1 menolak supaya berguling; menyebabkan berguling: Siapa yg ~ balak itu ke sungai? 2 ki menjadikan seseorang jatuh dr kedudukannya, pangkatnya dsb; menjatuhkan: Segala usaha utk ~ kerajaan telah gagal. 3 menjadikan seseorang juara kalah dlm pertandingan dsb; mengalahkan: Juara tenis dr Australia itu telah ~ juara dr England. terguling 1 sudah atau telah digulingkan: Dlm pilihan raya yg lalu, partinya ~. 2 terletak tidak menentu; tergelimpang: Mayat manusia yg terkorban dlm pertempuran itu ~ di sana sini. terguling-guling berguling berulang kali (dgn tidak sengaja); berputar berbalik-balik. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata guling


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Salam sejahtera 1. ball point pen = pena mata bulat 2. rollerball pen = ? Terima KasihUntuk makluman, tidak terdapat istilah bahasa Melayu yang khusus untuk "rollerball pen". Padanan bahasa Melayu yang dicadangkan ialah pena bola guling.Istilah25.08.2013
Salam, apakah kata ganda berentak yang sesuai dengan keadaan bilik yang bersepah (pakaian diletakkan di merata-rata)..adakah sesuai digunakan tunggang-langgang?ataupun ada kata ganda berentak lain yang lebih sesuai?terima kasih.Dalam Kmaus Dewan Edisi Empat, tunggang-langgang bermaksud berlari pontang-panting (lintang-pukang), tunggang-tenggang; menunggang-langgangkan 1. menjadikan berguling-guling, mengguling-gulingkan, men-jungkirbalikkan; 2. menjadikan berlari tunggang-langgang (mengusir, mengejar, dll); 3. memutar-mutar atau membelit-belitkan (perkara, perkataan, perjanjian, dll), memu­tar­balikkan;.Daripada takrifan tersebut, perkataan tunggang-langgang kurang sesuai digunakan. 
 

Kata ganda yang sesuai digunakan ialah bersepah-sepah atau berserak-serak.
Tatabahasa02.12.2013
apakah perbezaan antara perkataan 'rebah' dengan perkataan'tumbang'? bolehkah anda jelaskan perbezaanya ? terima kasih..Berdasarkan Kamus Dewan Edisi Keempat, rebah bermaksud jatuh terbaring (orang dll), terletak berbaring atau bertiduran (pokok dll), tumbang: ia ~ pengsan; ~ menyembah tikar; ~ terlentang di atas lantai; membawa (memberi) ~ menjatuhkan (menggagalkan); ~ bek Kl rebah kerana sudah tidak bertenaga lagi; ~ belakang Kl, bp berehat (menghilangkan penat); ~-rempah rebah terguling-guling; dapat tebu ~ prb mendapat untung; sokong membawa ~ prb dikhianati (dicelakakan) oleh kawan sendiri. Tumbang  ditakrifkan sebagai jatuh (benda yg tegak), rebah: pokok getah yg telah tua itu ~ sebatang demi sebatang; 2. ki jatuh atau runtuh (kerajaan, negara, dll): Port Arthur ~ pd hari terakhir tahun 1904; 3. ki disembelih (binatang spt kerbau, lembu, dll): dua ekor lembu jantan ~ dan berpuluh-puluh ekor ayam lagi mengikutinya; ~ harapan putus harapan.Istilah01.04.2010
Terima kasih atas jawapan yang diberikan. 1. Ayat berikut yang mana betul. i) Peter memberi itiknya makan dedak. ii) Peter memberikan itiknya makan dedak. 2. Penjahat itu berlari ____________ kerana dikejar oleh polis. A. tunggang-langgang B. lintang-pukang terima kasih

1. Ayat yang betul ialah ayat (ii)

2. Kedua-dua frasa tersebut boleh digunakan kerana berdasarkan Kamus Dewan Edisi Keempat, lintang-pukang bermaksud a) tidak menentu arahnya (orang berlari dll); b) bergerak bertempiaran, tunggang-langgang. Lintang-pukang ditakrifkan sebagai berlari pontang-panting (lintang-pukang), tunggang-tenggang; menunggang-langgangkan 1. menjadikan berguling-guling, mengguling-gulingkan, men-jungkirbalikkan; 2. menjadikan berlari tunggang-langgang (mengusir, mengejar, dll); 3. memutar-mutar atau membelit-belitkan (perkara, perkataan, perjanjian, dll), memu­tar­balikkan.

Tatabahasa03.08.2010
Apakah maksud cabang? Terdapat pelbagai maksud bukan? Apakah maksud cerah?Merujuk Kamus Dewan Edisi Empat, cabang bermaksud 1. bahagian yg tumbuh dr batang atau dahan pokok: daun tumbuh di ~; 2. bahagian hujung yg berpecah spt dua jari terbuka (bkn galah, lembing, tongkat); besi ~ tiga trisula; 3. bahagian atau bahagian kecil pd tanduk rusa dsb; 4. bahagian atau bahagian kecil sesuatu jalan (sungai, jalan kereta api, dsb) yg berpecah dr bahagian yg utama: ~ jalan; sungai itu banyak ~nya; 5. cawangan: Malayan Banking Berhad mempunyai banyak ~nya di seluruh Malaysia; 6. bahagian atau bahagian kecil drpd sesuatu lapangan pengetahuan (rumpun bahasa, bangsa, dsb): botani ialah ~ biologi; bahasa Melayu ialah ~ rumpun bahasa Melayu-Polinesia; 7. golongan masyarakat: ia dilahirkan dlm kalangan kaum menak, kaum bangsawan ~ atas; ~ buaya = ~ perahu kayu bercabang pd rangka badan perahu; ~ guling cabang pd haluan atau belakang perahu; ~ tenggorok bahagian kecil dr batang tenggorok, bronkiol; Manakala cerah pula bermaksud 1. terang (bkn hari, bulan, lampu, langit, dll): hari sudah ~; 2. jernih (bkn kaca dll); 3. tidak hitam, agak putih (bkn kulit): kulitnya ~; 4. berseri, tidak muram (bkn rupa muka): wajah Cikgu Seman belum ~ betul; 5. ki baik, bahagia, elok: kehidupan mereka menjadi bertambah-tambah ~; 6. ki berakal, cerdik: mujurlah Abang Mat tu ~ sikit; ~ ceria terang lagi bersih (bkn udara, cuaca, dll); ~ kulit tidak hitam (dan tidak putih benar);Lain-lain04.09.2010

Kembali ke atas