apakah perbezaan dan penggunaan penjodoh bilangan untuk gulung dan gelung | Perbezaan gelung dan gulung bergantung pada penggunaannya dari segi bentuk dan saiz. Gulung ialah benda yang berlembar-lembar atau berutas-utas yg dilipat begitu rupa hingga berbentuk bulat torak, bentuk bulat panjang daripada benda berlembar-lembar atau berutas-utas yang dilipat, seperti dawai, kain dan sebagainya manakala gelung ialah lingkar, lengkung, gulung (tali, rotan, ular, dll); 2. kelok, ikal (rambut dll); contohnya sanggul ~ kondai, sanggul; | Istilah | 12.05.2009 |
Pak Samad sedang ........ lebihan dawai kawat yang telah digunakan untuk memagar kebunnya. Gelung atau gulung.... | Merujuk Kamus Dewan kedua-dua jawapan tersebut betul, namun pada kebiasaannya gelung lebih sedikit ukurannya berbanding dengan gulung. Oleh itu, soalan tersebut menunjukkan lebihan lingkaran dawai yang ukurannya tidaklah sepanjang mana, jawapan yang paling tepat ialah gelung. | Lain-lain | 26.08.2015 |
Tuan, apakah jawapannya... Ayah menggunakan se___________- dawai untuk menbuat ampaian. gulung atau gelung. Dalam kamus kedua-duanya boleh diterima. ( dalam soalan menunjukkan seorang lelaki sedang memegang _________ dawai dan memasang dawai itu pada ampaian. ) | Merujuk Kamus Dewan kedua-dua jawapan tersebut betul, namun pada kebiasaannya gelung lebih sedikitr ukurannya berbanding dengan gulung. Oleh itu, jika gambar tersebut menunjukkan lingkaran dawai yang ukurannya tidaklah sepanjang mana, jawapan yang paling tepat ialah gelung. | Tatabahasa | 29.07.2009 |
Manakah yang betul 1. Ayah menyuruh Ali menggelung atau menggulung dawai ampaian yang terurai itu. 2. Ayah menggunakan setengah gelung atau gulung dawai untuk membuat ampian, kemudian yang selebihnya digulung atau digelung semula. | Ayat yang betul; 1. Ayah menyuruh Ali menggulung dawai ampaian yang terurai itu. 2. Ayah menggunakan setengah gulung dawai untuk membuat ampian, kemudian yang selebihnya digulung semula. | Tatabahasa | 02.08.2009 |
maksud perkataan "selingkar" | Lingkar bermaksud gulung dan kata terbitan selingkar (daripada lingkar) boleh membawa maksud segulung. | Makna | 28.08.2009 |
Tuan,Saya ingin bertanya soalan ini? Ayah menggunakan se ________________ dawai untuk membuat ampaian. jawapannya gelung atau gulung dalam kamus dewan kedua-duanya menuju kearah itu . | Merujuk Kamus Dewan kedua-dua jawapan tersebut betul. | Tatabahasa | 29.07.2009 |
Assalamualaikum tuan/puan, Saya ingin bertanyakan tentang gulungan kertas berwarna coklat di dalam tisu tandas. Apakah terdapat kata nama am baginya? Jika toilet roll ialah kertas tandas gulung, bagaimana pula yang di dalamnya? Adakah bekas gulungan tisu tandas lebih tepat? Dalam bahasa Inggeris ia disebut "empty toilet paper roll". Disertakan juga gambar untuk rujukan pihak tuan/puan. Terima kasih. | Padanan bahasa Melayu yang dicadangkan untuk "empty toilet paper roll" ialah penggulung tisu tandas. | Istilah | 24.08.2016 |
Perluasan makna untuk perkataan pokok | 1. batang kayu dr pangkal ke atas: setiap pohon di hutan itu diberi tanda bersilang pd ~nya; 2. pohon: ~ jati; ~ kemunting; ~ saga; 3. ki perkara (bahagian, hal, dll) yg penting atau utama, hal yg menjadi sebab atau lantaran hal yg menjadi asas atau dasar, hal yg jadi ibu (induk), asal usul: perkara-perkara ~ dlm agama Islam; 4. wang pangkal dlm sesuatu perniagaan, modal; ~ angin awan (mendung) yg bergulung-gulung di kaki langit menandakan angin ribut hendak turun; ~ dasar dasar yg terpenting, asas; ~ fikiran asas atau dasar fikiran (faham, pendapat); ~ hujan mendung; ~ hukum Id asas (dasar) hukum; ~ kalimat Id perkataan dll yg menjadi huraian dlm ayat, subjek; ~ kata = kata ~ kata dasar yg belum diberi penambahan; ~ memanjat sj pokok kecil yg hidupnya memanjat pd pokok-pokok besar dll; ~ pangkal sebab-sebab yg utama (penting), sebab-sebab yg menjadi dasar, punca, asas, dasar; ~ pekerjaan (pencarian, penghidupan) pekerjaan yg menjadi asas bagi penghidupan; ~ pembicaraan (cerita, perundingan) perkara yg dibicarakan (diceritakan, dirundingkan); ~ penanti (Tani) pokok yg menerima tunas baka pokok lain yg sama jenis dengannya dlm proses cantuman; ~ perselisihan (percederaan, persengketaan, pertikaian) sebab-sebab yg memulakan perselisihan dll; ~ renek sj pokok kecil yg batangnya berteras; ~ ribut awan (mendung) yg menandakan ribut hendak turun; (pd) ~nya (pd) asasnya (dasarnya); ~ tentera Id tentera pusat, ibu (induk) tentera; | Lain-lain | 09.09.2009 |
Zulhisam Wahid SAT 10:28AM Zulhisam Wahid Zulhisam Salam. Sy merupakan peminat tegar buku2 terbitan DBP. Sehingga kini, sy telah memiliki buku2 DBP lebih daripada seribu tajuk. Pernah menjadi rakan dewan & kini juga telah menjadi rakan DBP. Dengan menjadi Raman DBP pelbagai keistimewaan di war-warkan. Dukacita dalam terdekat ini, dalam mempromosi buku oleh Kedai Buku DBP mungkin terlepas pandang. Diskaun 20% hingga 30% diberi kepada pembeli buku DBP samarata dengan rakan DBP. Apa istimewa rakan DBP? Jika begitu tidak perlu war-warkan keistimewaan kalau kesamarataan ini. Ada penjual bukan DBP memberikan keistimewaan khusus buat kepada ahli kad sahaja. Pihak berkenaan di DBP tolong lihat-lihat perkara ini. Hargai sokongan orang-orang seperti saya. Jangan sejarah lama berulang atau ada penerbit telah gulung tikar. Moga pihak DBP terus maju dan jays. | Kami ambil maklum pandangan tuan dan amat menghargai sokongan tuan. Untuk maklumat lanjut, sila hubungi Ketua Bahagian Komunikasi Korporat DBP, iaitu Tuan Haji Razali bin Che Mat melalui talian 03-2147 9464 atau e-mel razali3@dbp.gov.my. | Lain-lain | 24.09.2016 |
Assalamualaikum, saya berminat untuk mendapatkan grafik peak bahasa untuk ditampalkan di dinding kelas. Saya dah Cuba muat turun daripada Facebook tapi gambarnya jadi pecah, mungkin resolusi sudah rendah. Ada tak grafik tersebut diletakkan di pangkalan lain seperti blog atau laman sesawang yang boleh dimuat turun? Atau mohon emel kepada saya ahsfantasy24@yahoo.com. Jasa baik pihak tuan/puan saya dahului dengan ucapan terima Kasih | Waalaikumussalam wrt. Terima kasih kerana bersahabat dengan DBP. Kami akan membantu puan. Puan bolehlah manfaatkan slide yang disertakan di bawah. Ini sahaja yang dapat kami bantu dan moga ia dapat membantu. Jadikan www.prpm.dbp.gov.my sebagai teman di hujung jari. Terima kasih. 1522151_258714190963581_762892731_n.jpg 1526601_259578650877135_428190174_n.jpg 1958382_607010019369970_1637226529_n.jpg Apa dan Siapa.jpg Lengkung dan Lingkung.jpg PEKA BAHASA Golong dan Gulung.jpg PEKA BAHASA TELOR DAN TELUR.jpg Resmi & Rasmi.jpg Slide1 (1).JPG | Lain-lain | 24.02.2014 |