Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata guna kan


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
sayang akan negara atau sayang pada negara? akan dan pada kedua-dua ini merupakan kata sendi nama, sepatutnya boleh guna kan???

Frasa yang betul ialah “sayang akan negara”.

Rujuk halaman 282, Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga.

Tatabahasa18.10.2024
Skema warna (menambah/menambahkan) keceriaan.Yang mana satukah betul?Jika boleh tolong berikan maksud dua perkataan itu.Saya sering keliru mengenai kena guna -kan atau tidak............Berdasarkan Kamus Dewan Edisi Keempat, menambah bermaksud 1. menjadikan lebih banyak (besar, kuat, dll) 2. memberi tambah, menokok 3. menjumlahkan dengan, mencampur. Menambahkan bermaksud menambah sesuatu pada yang sudah ada supaya jadi besar (banyak dll). Berdasarkan maksud yang diberikan, ayat yang betul ialah 'Skema warna menambah keceriaan'. Makna18.01.2012
Hi, saya sentiasa mengelirukan penggunaan imbuhan. Bila nak guna akhiran kan, i dan bila guna memper...kan atau tidak ada kan. Bila tidak perlu guna imbuhan? Terima Kasih.

1) Imbuhan akhiran kan merupakan akhiran yang membentuk kata kerja dalam bahasa Melayu. Semua golongan kata utama, iaitu kata nama, kata kerja, kata adjektif, dan beberapa jenis kata tugas boleh bergabung dengan akhiran kan untuk membentuk kata kerja. Contohnya,  i. kata nama - bukukan, pasarkan, dirikan; ii. kata kerja transitif - bacakan, belikan, masakkan; iii. kata kerja tak transitif - lahirkan, tidurkan, terbangkan; iv. kata adjektif - panjangkan, besarkan; v. kata tugas - sudahkan, sertakan.  Akhiran kan boleh juga hadir dalam ayat dengan beberapa imbuhan lain, iaitu meN-...-kanbeR-...-kanmempeR-...-kandi-...-kan, dan dipeR-...-kan. Contohnya: berbantalkan, dipertingkatkan. Untuk maklumat lanjut, sila rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga (DBP, 2015), halaman 183-186.

2) Imbuhan akhiran –i membentuk kata kerja transitif. Terdapat dua pengertian khusus penggunaan akhiran –i,  iaitu:

(i) memberi pengertian kausatif atau menyebabkan sesuatu jadi: baik – baiki (menyebabkan sesuatu jadi baik), sudah - sudahi.

(ii) memberi pengertian lokatif, iaitu menyatakan unsur tempat: turuni lurah – turun ke lurah. Sila rujuk Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga (DBP, 2015),  halaman 186-190.

3) Apitan memper-...-kan boleh bergabung dengan kata nama dan kata kerja untuk membentuk kata kerja. Contohnya: memperisterikan, memperbudakkan, mempersendakan, memperdengarkan, memperlihatkan, mempertunjukkan.

4) Walau bagaimanapun apitan memper-...-kan tidak boleh bergabung dengan kata adjektif, sebaliknya awalan memper- digunakan dengan kata adjektif untuk membawa maksud menjadikan lebih atau bertambah. Contohnya: besar – memperbesar (menjadi lebih besar atau bertambah besar) dan indah – memperindah (menjadikan bertambah indah).Untuk maklumat lanjut, sila rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga (DBP, 2015), halaman 208-211.

Tatabahasa08.06.2024
jawapan yang diberi oleh dbp masa bulan mac: Antara kesan tanah runtuh (ialah) berlaku tanah runtuh. "berlaku tanah runtuh" ialah frasa kerja kan? mengapakah guna kata pemeri "ialah"? saya difahamkan lepas kata pemeri "ialah" perlu guna frasa nama.Mohon maaf.

Kata "berlaku" dalam ayat tersebut membawa makna adjektif (sedang berlangsung/terjadi). Ayat yang betul:
Antara kesan tanah runtuh adalah berlaku banjir lumpur.
Lain-lain17.07.2018
Walaupun saya sudah rujuk banyak buku rujukan tetapi tiada buku yang dapat menjelaskan imbuhan meN...i dan meN...kan dengan teliti. Bilakah kita guna imbuhan meN...i dan meN...kan ? Bagaimanakah kita dapat bezakan? Adakah imbuhan -kan mesti diikuti dengan kata nama konkrit? Contoh: "rumah itu berlatarbelakangkan pemandangan sawah padi" -Pemandangan ialah kata nama abstrak tetapi perkataan depan juga menerima -kan. Adakah cara yang paling bagus untuk menentukan imbuhan -kan dan -i?1. Dalam buku Tatabahasa Dewan, hal 207 (d) seakan membenarkan kenyataan saudara, "Pada dasarnya sukar ditentukan makna khusus apitan meN-...-i, selain membentuk kata kerja transitif dan mendukung makna asas yang terkandung dalam kata dasar.Apabila dibandingkan penggunaan apitan meN-...-kan dengan meN-...-i, fungsinya dapata dibahagikan kepada tiga"... untuk maklumat lanjut sila rujuk buku yang berkenaan pada halaman yang dinyatakan, sebelum dan selepasnya juga.  2. Dalam contoh ayat Kamus Dewan kata terbitan dengan imbuhan ...-kan tidak semestinya diikutidengan kata nama konkrit, ... berlatarbelakangkan desa ..., walau bagaimanapun perbincangan lanjut tentang imbuhan ...-kan, sila rujuk buku Tatabahasa Dewan hal 185 - 191.  3.Panduanuntuk penggunaan kata terbitan imbuhan ...-kan dan ...-i.sila rujuk Tatabahasa Dewan, hal 183 - 190.Tatabahasa04.08.2008
Salam sejahtera cikgu, Saya ingin bertanya berkaitan imbuhan akhiran. Bolehkah saya tulis: "Jangan takutkan adik kamu dengan patung itu," kata Li Ming kepada adiknya. Boleh saya guna imbuhan akhiran -kan untuk perkataan 'takut'? Atau pun imbuhan akhiran -i (takuti) lebih sesuai? Sekian terima kasih.  Ayat yang lebih tepat ialah "Jangan takutkan adik kamu dengan patung itu," kata Li Ming kepada adiknya.Tatabahasa24.10.2015
Bila nak guna menghadiahkan dan menghadiahi ?MeN...kan menerima objek tidak bernyawa, manakala meN...i menerima objek bernyawa.  Contoh ayat, Ayah menghadiahkan basikal kepada Ali; Ayah menghadiahi Ali basikal. Untuk maklumat lanjut, sila rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga, halaman 207. Lain-lain01.09.2023
Salam Sejahtera, bolehkah tuan/puan jelaskan kepada saya perbezaan penggunaan imbuhan "di-..." dan "di-...-kan"? Sebab saya lihat ada orang guna ...diberi... kadang kala ...diberikan... Mohon pencerahan.

Kedua-dua perkataan yang menerima imbuhan awalan di- dan apitan di-...-kan merupakan kata kerja pasif.

Awalan di- ialah awalan yang digabungkan dengan kata dasar untuk membentuk kata kerja pasif bagi ayat yang subjek asalnya terdiri daripada pelaku orang ketiga. Awalan di- dapat bergabung dengan kata dasar golongan kata kerja dan kata nama. Contohnya, ditulis, dipanjat, diolah, dihukum, dipanah dan diserkap.

Kata kerja yang dibentuk dengan awal di- ialah kata kerja pasif yang subjek asalnya terdiri daripada orang ketiga. Contoh ayat seperti yang berikut:

  1. Surat itu ditulis oleh adik saya.
  2. Kereta rosak itu ditarik ke bengkel.

Apitan di-...-kan ialah bentuk pasif bagi imbuhan apitan meN-...-kan. Ciri apitan ini dan maknanya tidak berubah daripada yang terkandung dalam imbuhan-imbuhan di- dan kan.

Contoh apitan di-...-kan dalam ayat adalah seperti yang berikut:

  1. Sebuah buku diberikan kepada adik oleh rakannya.
  2. Kenyataan itu dinafikan oleh orang tuanya.
  3. Rasuah cuba dihapuskan oleh kerajaan.

Untuk maklumat lanjut, sila rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga (DBP, 2015) halaman 175 dan 202.

Tatabahasa15.06.2025
Selamat Petang. Saya ingin memastikan sama ada kata dasar berikut betul : 1) peristiwa --> kata dasar peristiwa 2) perpaduan --> kata dasar padu Selain itu, ayat aktif bila bertukar kepada ayat pasif yang subjeknya Kata Ganti Nama Diri I atau II, bagaimana kita boleh pastikan mesti guna imbuhan -kan pada kata kerja atau tidak. Misalnya : 1) Lagu 'Negaraku' kami nyanyikan. 2) Buku cerita itu saya baca. Terima kasih.

1. Kata dasar yang betul ialah peristiwa dan padu.

2. Lihat pada ayat aktif (tidak semua ayat aktif boleh dipasifkan), contohnya: Kami nyanyikan lagu Negaraku, maka ayat pasif menjadi "lagu Negaraku kami nyanyikan". Untuk maklumat lanjut, rujuk buku Tatabahasa Dewan, halaman 462.

Tatabahasa15.07.2011
Saat ini, yang mustahak untuk dilakukan ialah/adalah memulakan kehidupan baru. Ialah atau adalah? Kalau tambah "untuk" di hadapan "memulakan" itu mungkin lebih tepat kalau guna "adalah", tapi nanti jadi ada dua perkataan "untuk" kan jadi tak kemas. Lagipula "memulakan" itu kata kerja kan? Jadi tak boleh pakai adalah? Sekian Terima kasih

Ayat yang betul ialah "Saat ini yang mustahak untuk dilakukan, memulakan kehidupan baru." Kata pemeri tidak boleh hadir di hadapan frasa kerja atau kata kerja.

Untuk maklumat lanjut, sila rujuk buku Tatabahasa Dewan (DBP, 2015), halaman 263-265.

Tatabahasa03.03.2024
12

Kembali ke atas