Salam tuan, Saya kemukakan beberapa rangkaim kata seperti berikut: guna pakai terima pakai pendingin hawa penghawa dingin Soalan saya: 1. yang manakah yang tepat bagi rangkai kata yang berkenaan 2. Adakah apa-apa formula yang memudahkan pelajar bagi menjawab masalah yang timbul seperti maklumat di atas | Encik Mahayuddin, Rangkai kata yang tepat ialah guna pakai, terima pakai dan pendingin hawa. Memang setakat ini tidak ada formula yang digunakan walau bagaimanapun kita mesti memahami hukum DM - diterang yang menerangkan dan sedikit ilmu terjemahan. | Tatabahasa | 05.10.2010 |
Istilah mana di guna pakai sekarang bagi mata pelajaran :Bahasa Melayu atau Bahasa Malaysia | Salam sejahtera, Istilah Bahasa Malaysia digunakan bagi semua mata pelajaran di sekolah oleh Kementerian Pelajaran Malaysia dan Dewan Bahasa dan Pustaka menggunakan istilah tersebut bagi semua mata pelajaran dalam penerbitan buku teks. Sekian, terima kasih. | Lain-lain | 08.11.2012 |
Boleh beri saya definasi Modular yang di guna pakai dalam kurikulum KSSR oleh KPM. | Tidak ada maklumat tentang definisi modular yang diperkenalkan oleh KPM dalam pangkalan data kami. Kami mencadangkan tuan menghubungi pihak KPM untuk mendapatkan penjelasan kerana merekalah pihak yang berwenang dalam hal ini. | Makna | 01.06.2015 |
Perkataan permohonan atau pemohonan yang boleh di guna pakai dalam penulisan | Perkataan yang betul ialah permohonan, daripada kata mohon - bermohon - permohonan. | Tatabahasa | 02.07.2012 |
Saya keliru diantara peribahasa, "kata dulang paku serpih" dan "Paku dulang Paku serpih" diantara itu yg satu yang betul dan boleh guna pakai... | Peribahasa yg betul ialah mengata dulang paku serpih, mengata orang aku/awak yang lebih | Lain-lain | 24.08.2007 |
tuan/puan bagi perkataan kuat kuasa dan guna pakai jika ditambah imbuhan awalan , apitan ejaan bagi perkataan tersebut adakah terpisah atau tidak? contoh: dikuatkuasakan berkuatkuasa, diguna pakai, menggunapakai. terima kasih. | Pada asalnya kata majmuk dieja dua perkataan seperti kuat kuasa dan kemas kini. Apabila menerima awalan atau akhiran kata majmuk masih deja dua perkataan seperti berkuat kuasa dan dikemas kini. Namun apabila kata majmuk menerima apitan sama ada apitan ke-...-an atau pe-...-an barulah dieja satu perkataan seperti dikuatkuasakan dan pengemaskinian. | Ejaan | 06.06.2012 |
Salam, Saya ingin mendapatkan pencerahan mengenai perkataan kubarasa yang bermaksud sifat bertindak balas apabila dirangsang (bukan hidupan) dalam ruang sesawang prpm. Apakah maksud bukan hidupan? Adakah bukan hidupan bermaksud air, air, udara? Adakah sesuai untuk saya guna pakai istilah kubarasa semula jadi untuk mengambarkan bangunan direka bentuk untuk bertindak balas secara semula jadi dengan elemen alam. | Yang dimaksudkan bkn hidupan dalam entri kamus itu ialah berkenaan hidupan (bukannya bukan hidupan) seperti manusia dan tumbuh-tumbuhan. Bangunan tidak termasuk dalam hidupan. | Tatabahasa | 05.05.2017 |
Ramzi Ahmad SEL 5.12 PTG Assalamualaikum Saya agak keliru & tertanya-tanya akan iklan ini kerana menggunakan bahasa rojak Setahu saya DPB pernah melarang penggunaan bahasa rojak pada satu ketika dalam apa-apa medium. Apakah larangan itu sudah tidak di guna pakai lagi?Mohon penjelasan. Iklan sebegini telah mencemarkan bahasa rasmi & boleh mengelirukan warga tempatan & warga asing. Bagi mereka yang memahami bahasa enggeris sudah pasti hanya perkataan "COVER" sahaja yg mereka akan faham. Tapi bagi warga Malaysia mereka akan terfikir apakah perkataan " Cover" dalam Bahasa Melayu. @ Apakah perkataan ini telah diiktiraf sebagai perkataan sah dalam Bahasa Melayu? Mohon penjelasan...... | Untuk makluman tuan, DBP hanya mengesahkan iklan yang mempunyai penggunaan bahasa Melayu yang betul. Penggunaan bahasa Inggeris dalam iklan hendaklah mempunyai padanannya dalam bahasa Melayu, kecuali perkataan atau ayat yang didaftar sebagai Cap Dagang bagi syarikat tersebut. DBP tidak akan mengesahkan penggunaan bahasa rojak dalam iklan dan paparan di tempat awam. Keprihatinan tuan dalam hal ini amatlah kami hargai dan diucapkan terima kasih. | Lain-lain | 17.05.2017 |
Saya adalah pereka motosikal di MODENAS SDN. BHD. Seperti yang diketahui ramai, terdapat pelbagai jenis dan rekaan motosikal di pasaran dunia dan tempatan. Di Malaysia, motosikal jenis "Underbone" atau "Kapcai" adalah yang paling terkenal sekali. Daripada pemerhatian yang di buat, penggunaan nama "Kapcai" telah di guna pakai lebih daripada 50 tahun . Pengguna menggunakannya dalam bahasa harian serta mampu mengenal pasti dengan tepat akan jenis motosikal tersebut dengan nama itu. Atas faktor-faktor tersebut, bolehkah "Kapcai" di daftarkan dalam Bahasa Malaysia? http://en.wikipedia.org/wiki/Underbone | Buat masa ini perkataan kapcai sudah pun dirakamkan di dalam Kamus Dewan Edisi Keempat , halaman 674. Walau bagaimanapun perkataan ini digunakan dalam bahasa percakapan. | Lain-lain | 05.03.2008 |
As salam Admin, Saya nak tanya berkenaan perkataan digunapakai atau gunapakai. Adakah wujud dan berdaftar perkataan tersebut di dalam kamus dewan dan bolehkah ia digunakan di dalam penulisan rasmi? Terima kasih! | Ejaan yang betul ialah "guna pakai" dan "diguna pakai". Perkataan ini boleh digunakan dalam penulisan. | Tatabahasa | 28.05.2020 |