perkataan siar kaki@siarkaki; perkataan guna sama@gunasama; penggunaan "double kk" cth menggunakan tq | Siar kaki dan guna sama. | Lain-lain | 01.08.2007 |
Mohon semak terjemahan: 1. Pressure Vessel Technology and Testing - Teknologi Bekas Tekanan dan Pengujian 2. Shared Services - Perkhidmatan Bersama atau Perkhidmatan Guna-Sama 3. Micro Precision - Kejituan Mikro | Terjemahan yang diberikan adalah betul dan ketepatannya bergantung pada konsep dan konteks penggunaan. 1. Pressure Vessel Technology and Testing - Teknologi Bekas Tekanan dan Pengujian 2. Shared Services - Perkhidmatan Bersama/Perkhidmatan Guna Sama 3. Micro Precision - Kejituan Mikro | Istilah | 11.01.2016 |
Salam sejahtera, 1. Pak Salim menyiram sayur supaya tumbuh segar.(dalam gambar tunggal menunjukkan banyak sayur yang sama jenis, jadi guna sayur atau sayur-sayur ?). 2. Seorang pekerja menyabit rumput yang panjang dengan menggunakan sabit.(dalam gambar tunggal menunjukkan banyak rumput,jadi guna perkataan rumput atau rumput-rumput?) 3. Jin An menyorong kereta sorong yang penuh dengan rumput-rumput yang disabit.(dalam ayat sudah ada perkataan penuh, jadi guna rumput atau rumput-rumput?)(belakang perkataan disabit perlu ditambah dengan subjek? atau memadai dengan disabit. Sekian, terima kasih. | 1. Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat maksud sayur-sayuran ialah sayuran bermacam-macam (berjenis-jenis) sayur, maka yang betul ialah sayur-sayuran untuk menunjukkan bermacam-macam sayur. 2. Menurut Kamus Pelajar Edisi Kedua maksud rumput ialah tumbuh-tumbuhan yang kecil, maka perkataan rumput sudah memadai untuk menunjukkan banyak. 3. Ayat yang betul ialah Jin An menyorong kereta sorong yang penuh dengan rumput yang disabitnya | Tatabahasa | 21.02.2020 |
Salam. Ini satu pertanyaan tentang penggunaan perkataan 'baharu'. Adakah perkataan masih digunapakai sekarang? Sebab kadang-kadang saya keliru sama ada guna 'baru' atau 'baharu'. Terima kasih. | Salam sejahtera, Baharu/baru sebagai kata sifat seperti dalam penggunaan tempat baharu/baru,tahun baharu/baru. Baru sebagai kata bantu seperti dalam baru-baru ini,baru tiba. Tuan boleh merujuk Kamus Dewan untuk maklumat lanjut. Sekian, terima kasih. | Lain-lain | 27.11.2019 |
1. Bagaimanakah dapat membezakan antara kata sendi "untuk" , "demi" dan "bagi". Harap dapat penjelasan. | Untuk dan bagi membawa maksud yang sama, iaitu guna, bagi, buat; demi = sebaik sahaja, pada ketika, kerana, untuk. | Tatabahasa | 04.08.2008 |
Kita dapat mendapat keputusan yang baik dalam peperiksaan. Bolehkah "...dapat mendapat..." guna dalam ayat yang sama? | Ayat yang betul ialah “Kita mendapat keputusan yang baik dalam peperiksaan” dan lebih baku daripada “Kita dapat keputusan yang baik dalam peperiksaan”. Tidak ada penggunaan ...dapat mendapat... secara serentak. | Tatabahasa | 20.03.2014 |
apakah perbezaan patik dan hamba ? guna patik bila pembesar , temenggung cakap dengan sultan. guna hamba bila rakyat biasa cakap dengan sultan. betulkah ? | Perbezaan makna "patik" dan "hamba" yang saudara berikan adalah tidak tepat. Perkataan "patik" digunakan untuk seorang rakyat biasa yang bercakap dengan raja/sultan manakala "hamba" digunakan semasa perbualan dalam kalangan rakyat biasa sesama mereka. Maka, "hamba" adalah tidak sama penggunaannya dengan "patik". | Makna | 11.07.2014 |
Salam, saya ingin bertanya adakah perkara seperti lampiran yang disertakan ini betul dan boleh digunapakai dalam urusan rasmi & adakah perkataan berikut dieja rapat atau sebaliknya: 1)gunatanah 2)maklumbalas 3)kacauganggu 4)sama atau sama ada | 1. Pembetulan yang telah dibuar seperti Lampiran adalah betul. 2. Guna tanah, maklum balas, kacau ganggu, sama ada | Ejaan | 21.09.2015 |
Di samping itu, saya mempunyai sekumpulan kawan di sekolah yang mempunyai hobi yang sama dengan saya. Kami sering berkongsi idea dan memberi galakan ____________________. Betulkah saya guna " antara satu sama lain “ ? Apakah frasa yang lebih tepat boleh digunakan ? | Ayat yang betul ialah Kami sering berkongsi idea dan memberi galakan antara satu sama lain. | Tatabahasa | 26.08.2014 |
boleh guna " seluas dengan stadium" ataupun "sama luas dengan stadium" atau " seluas stadium"? mana betul? | Yang betul ialah seluas stadium atau sama luas dengan stadium. | Tatabahasa | 21.09.2009 |