Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata gunakan

Peribahasa

164

Thatch your roof before rainy weather

Buat persediaan sebelum terlambat

Sediakan payung sebelum hujan

"Why do you have to bring an umbrella?" asked Dewi. "Thatch your roof before rainy weather," I replied. " But it's not going to rain today, and it's not the rainy season," said Dewi. "But we can use it as a weapon for out protection from wild dogs and suspicious man!" I reminded her.

''Kenapa awak bawa payung?” tanya Dewi. “ Sediakan payung sebelum hujan,” jawabku. “Tetapi hari ini tidak hujan, dan sekarang ini bukan musim tengkujuh,” kata Dewi. “Tetapi payung ini boleh kita gunakan sebagai senjata untuk melindungi kita daripada anjung liar dan orang yang mencurigakan!” aku mengingatkannya.

Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu


Lihat selanjutnya...(5)

Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Saya ingin membina ayat dengan perkataan gunakan dalam konteks yang diberikan. Betulkah ayat ini? Peluang ini harus mereka gunakan untuk menjelajah Kawasan itu.Penggunaan perkataan “gunakan” dalam ayat, “Peluang ini harus mereka gunakan untuk menjelajah kawasan itu” betul.Tatabahasa20.04.2023
Salam sejahtera. 1) Warna tema yang kami gunakan adalah biru dan hijau 2) Tema warna yang kami gunakan adalah biru dan hijau Ingin bertanya, yang mana satu penggunaan yuang lebih tepat? Terima kasih.Jawapan yang betul ialah "Warna tema yang kami gunakan ialah biru dan hijau" Tatabahasa18.05.2023
Perkataan teroris (terrorist, pengganas) tiada dalam Kamus Dewan Edisi Keempat. Perkataan ini digunakan oleh beberapa banyak penulis. Untuk saya apa kata DBP: gunakan atau jangan gunakan?Padanan bahasa Melayu yang betul dan baku bagi perkataan tesrsebut ialah pengganas.Makna17.01.2009
Bolehkah gunakan ayat dalam tulisan jawi untuk banner?

Teks tulisan Jawi boleh digunakan dalam visual papan iklan, kain rentang, poster dan lain-lain. 

Lain-lain26.05.2025
Bolehkah gunakan "dekat" seperti "di"? Contohnya, "Ipoh berada dekat Perak".

Kata sendi nama “di” digunakan khusus di hadapan kata nama atau frasa nama yang menunjukkan tempat. 

Manakala kata adjektif “dekat” digunakan untuk menunjukkan jarak tempat. Lazimnya, "dekat" digunakan dalam bahasa percakapan dan bukan dalam konteks rasmi.

Ayat yang betul ialah "Ipoh berada di Perak."
Lain-lain07.05.2023
bole gunakan ayat "belok kiri 300 sekitar 300 meter" untuk papan tandaAyat yang boleh digunakan ialah LAGI 300 METER, BELOK KIRILain-lain23.11.2016
Kita gunakan pendingin hawa atau penghawa dingin? Terima kasihIstilah yang betul ialah penyaman udara. Pendingin hawa ialah istilah lama.Istilah03.02.2016
Saya gunakan laman web ini sebagai rujukan setiap hari dalam pekerjaan harian saya. Please fix your server problem. Kerap kali berlaku, laman web ini langsung tidak dapat dibuka. Mohon lakukan sesuatu.Aduan tuan telah kami panjangkan kepada Bahagian Sistem Maklumat DBP. Kami berharap masalah ini dapat dipulihkan dengan kadar yang segera demi manfaat kita bersama.Lain-lain15.05.2015
Boleh gunakan perkataan jenazah untuk bukan Islam?Perkataan jenazah hanya untuk orang Islam sahaja.Lain-lain17.04.2014
Bolehkah kita gunakan perkataan Dewan dan Auditorium dalam 1 perkataan.

Menurut Kamus Dewan Perdana (DBP, 2021) halaman 153 dan 522, “auditorium” bermaksud bangunan atau ruang besar dalam bangunan, biasanya mempunyai tempat duduk bagi penonton menyaksikan persembahan, peserta menyertai perhimpunan dan sebagainya.  “Dewan” pula bermaksud bangunan atau ruang yang khusus tempat diadakan sesuatu aktiviti atau majlis seperti persidangan, ceramah atau pameran.

 

Sila kemukakan soalan yang lebih jelas bagi memudahkan kami memberikan jawapan yang lebih tepat.

 

Tatabahasa30.10.2024
12345678910...

Kembali ke atas