Salam sejahtera. Apakah perbezaan antara Kata Adjektif Jarak berikut: dekat dan hampir. (merujuk kepada buku teks Bahasa Melayu Tahun Lima SJK, m/s 93)(terbitan tahun 2014). Guru-guru lain di sekolah tempat saya berkhidmat tidak dapat memberikan jawapan yang memuaskan. Maaf kerana mengganggu. Terima kasih saya ucapkan. | Dari segi makna, kedua-dua perkataan tersebut hampir sama maksudnya. Lazimnya kata adjektif dekat digunakan untuk menunjukkan jarak tempat manakala hampir digunakan untuk menunjukkan bilangan. Contoh: 1. Sungai Siput letaknya dekat sahaja dengan Kuala Kangsar. 2. Hampir seratus orang hadir dalam majlis itu. | Tatabahasa | 15.02.2020 |
Assalamualaikum. Saya Nurul Hasima Zainal yang merupakan seorang pelajar di Kolej MARA Seremban. Saya ingin mengadakan kajian terhadap novel Diari Seorang Guru oleh S. Hawa yang diterbitkan oleh Alaf 21 cetakan 1997. Walaubagaimanapun saya tidak menemui apa-apa biodata mengenai penulisnya S. Hawa. Oleh itu saya ingin meminta jasa baik DBP untuk mendapatkan biodata penulis ataupun alamat atau emel dan apa-apa sahaja yang membolehkan saya untuk menghubungi penulis. Terima Kasih. | Salam. Soalan ini sama dengan soalan sebelumnya dan telah dijawab. | Lain-lain | 15.08.2010 |
Salam saya Nurul Hsima Binti Zainal dari Kolej MARA Seremban. Saya ingin menjalankan kajian tentang novel Diari Seorang Guru nukilan S. Hawa yang diterbitkan oleh Alaf 21. Saya tidak berjaya mendapatkan mana-mana maklumat tentang penulis tersebut. Oleh itu saya ingin meminta jasa baik DBP untuk mendapatkan maklumat, biodata ataupun nomboor dan alamat yang saya boleh gunakan untuk menghubungi penulis. saya juga ingin meminta maaf kerana sebelum ini saya telah mendaftar dan bertanya soalan menggunakan alamat e-mel nurulhasimaz@yahoo.com tetapi alamat itu tidak boleh digunakan. Jasa baik DBP amat dihargai. Sekian Terima Kasih | Untuk mendapatkan maklumat tentang penulis S.Hawa, saudara boleh menghubungi editor Penerbit Alaf 21 dengan membuka laman web penerbit berkenaan iaitu www.alaf21.com.my | Lain-lain | 16.08.2010 |
"Teacher's Sense of Academic Optimism" dicadangkan istilah dalam bahasa Melayu "Sikap Optimistik Akademik Guru" untuk dikemukakan kepada Bahagian Peristilahan dan Leksikologi, DBP. | Setelah berbincang dengan Bahagian Peristilahan dan Leksikologi, padanan bahasa Melayu yang dicadangkan ialah Sikap Guru Optimis Akademik. | Istilah | 27.07.2016 |
saya dari IPG Kampus Pulau Pinang bersama 10 orang Pelajar Guru ingin membuat satu kajian tindakan di kawasan Simpang ampat, s.perai, pulau pinang dari januari - disember 2015. tajuk kajian ialah "keberkesanan klinik Bagi Matapelajaran Kritikal (SPM) Biologi, Kimia, Fizik dan Matematik Tambahan. Kami ingin bukukan kajian tindakan ini. apakah yang perlu kami lakukan buat masa ini? Bagaimana pula dengan wang perbelajaan? Bagaimana pula dengan dokumentasi dan lapuran? Bagaimana pula dengan kebenaran keluar dari IPG dan sebagainya. Tolong memberi penjelasan atau hubungi di tel.bimbit saya. 017-4369751. (aktiviti dijangka bermula pada 10/01/2015 dan berakhir pada15/12/2015 (pelancaran hasil kerja oleh DBP) | Untuk makluman tuan, DBP tidak menaja penyelidikan yang dibuat oleh mana-mana pihak. Apa yang berlaku ialah penyelidikan bahasa dan sastera yang dibuat oleh DBP dengan kerjasama institusi pengajian tinggi dan tokoh tertentu. | Lain-lain | 15.12.2014 |
1) Bolehkah penggunaan perkataan 'papaya' dalam bahasa melayu? Sebab dalam buku terbitan DBP buku teks tahun 2 SJKC dlm m/s 53, ada disebut papaya dalam seni kata.Perkataan papaya ini agak menggelirukan pelajar semasa menjawab soalan peperiksaan. TQ 2) Dalam ayat, sesuatu perayaan sekolah seperti hari sukan, hari kanak-kanak, hari guru perlu kah ditulis dengan huruf besar pada permulaan ayat? Cth : Sekolah saya mengadakan sambutan Hari Guru atau Sekolah saya mengadakan hari guru?TQ | Perkataan yang baku ialah betik, dlm seni kata lagu-lagu lama (lagu kanak-kanak) masih mengekalkan papaya, hal ini tidak dapat dielakkan/ditukar kerana berkaitan dgn rima dan melodi yg tlh dicipta. 2. Frasa yg betul ialah, Sekolah saya mengadakan sambutan Hari Guru. | Tatabahasa | 03.08.2007 |
Bentuk pasif yang betul ialah "Batu itu saya tersepak." Untuk maklumat lanjut tentang awalan "ter-", sila rujuk buku Tatabahasa Dewan muka surat 170 - 175. Itu ialah jawapan tuan tentang bentuk kata kerja pasif dalam binaan ayat apabila menggunakan kata ganti nama diri orang pertama. Dalam Tatabahasa Dewan m/s 170-175 tiada penerangan khusus tentang penggunaan 'saya' dalam ayat pasif dengan kata kerja pasif 'ter'. Untuk pengetahuan tuan, jawapan tuan tidak konsisten. Pada masa yang lain tuan jawab begini Frasa "tidak terlawan oleh saya" betul, kata kerja pasif dengan awalan ter- + oleh + kata ganti nama diri pertama. Yang tidak gramatis islah kata kerja pasif dengan awalan di- + oleh + kata ganti nama diri pertama. (21.09.2012). Adakah adanya kata nafi 'tidak' membenarkan alasan jawapan tuan? Masalah utamanya ialah PRPM ruangan Khidmat Nasihat sering menjadi rujukan pelajar dan pengguna bahasa tentang pelbagai masalah bahasa dan jawapan tuan menjadi pegangan mereka. Jawapan yang tidak konsisten menyukarkan guru-guru untuk menjelaskan masalah kebahasaan seperti yang saya nyatakan. Sebanarnya yang mana jawapan yang betul? | Kami memohon maaf atas kekeliruan yang timbul. Setelah berbincang dengan munsyi dewan, ayat yang betul ialah "Batu itu tersepak oleh saya." Kekeliruan timbul apabila melibatkan ayat pasif dengan kata ganti nama diri orang pertama iaitu saya. Kata ganti nama diri orang pertama dan kedua tidak boleh menerima kata kerja dengan imbuhan pasif di-. Ayat pasif dengan kata kerja di- digunakan hanya dengan frasa nama objek orang ketiga. Untuk ayat pasif dengan kata kerja pasif ter-, kata sendi nama oleh tidak boleh digugurkan. Sila rujuk buku Tatabahasa Dewan, muka surat 490. | Tatabahasa | 09.09.2013 |
Adakah perkataan taman sains, guru besar perlu ditulis huruf besar di permulaan perkataan itu? | Tidak perlu ditulis huruf besar jika dalam ayat atau frasa tetapi jika sebagai tanda nama, papan tanda atau judul buku boleh ditulis huruf besar bagi permulaan perkataan tersebut iaitu T, S, G dan B. | Lain-lain | 16.01.2007 |
Menurut buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga Nik Safiah, et al, 2008) m/s 118 perkataan durian dan rambutan merupkan kata terbitan duri + an dan rambut + an yang membawa makna banyak namun menurut kamus dewan perkataan durian dan rambutan dikira sebagai kata dasar dan bukan kata terbitan. Justeru ini nak tahu adalah pernyataan dalam buku tatabahasa dewan salah atau dewan kamus salah kerana menurut guru kanan bahasa melayu penjelasan dalam tatabahasa dewan betul dari segi morfologi namun salah dari segi semantik Penjelasan sedemikian amat mengelirukan kerana adalah agak mustahil satu perkataan yang betul dari segi morfologi tetapi salah dari segi semantik | Huraian dalam kedua-dua rujukan tersebut betul mengikut fungsi terbitan itu sendiri. Kamus Dewan penting untuk melihat makna kata, namun apabila hendak menghuraikan aspek tatabahasa, maka Tatabahasa Dewan menjadi rujukan utama. Berkemungkinan kita menemukan data yang sama antara kedua-dua sumber dan adakalanya tidak persis seratus peratus. Dalam hal ini jika kita hendak menghuraikan aspek tatabahasa, maka Tatabahasa Dewan menjadi rujukan utama.
| Tatabahasa | 20.05.2015 |
Merujuk soalan 111 yang telah saya kemukakan tentang ' bergantung pada' dan 'bergantung kepada ' . Saya faham dan bersetuju dengan pendapat tuan termasuklah contoh yang tuan berikan iaitu'... bergantung pada belas kasihan'. Saya mengemukakan soalan ini adalah kerana menurut Prof. Dr. Abdul Hamid Mahmood dalam bukunya ' Guru dan Bahasa Melayu' penerbit Media Printext(M) Sn. Bhd KL, m/s 178 menyatakan bahawa ' bergantung kepada' dikatakan salah, sebaliknya' bergantung pada' dikatakan betul. Jadi saya ingin akan kepastian daripada tuan sebagai pihak yang berwibawa kerana ada kalanya saya terlepas pandangan tentang sesuatu perubahan itu. Tujuannya hanya satu iaitu supaya saya dapat menyampaikan ilmu yang betul kepada khalayak . Jadi, adakah masih ada keadaan tertentu yang membolehkan kita menggunakan ' bergantung kepada' ? Terima kasih. | Frasa yang betul ialah bergantung pada, bukan bergantung kepada. Kata sendi nama pada digunakan untuk menunjukkan tempat bagi perbuatan sesuatu kata kerja. | Tatabahasa | 06.06.2010 |