Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[gus] | ݢوس

Definisi : semuanya pd waktu yg sama; sekali ~ (mengerjakan) semuanya pd waktu yg sama: bayaran sekolah di Tokyo dibayar setahun sekali ~. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[gus] | ݢوس

Definisi : ; sekali ~ semuanya pd waktu yg sama. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata gus

Peribahasa

Hujan tak sekali jatuh,
     simpai tak sekali erat.

Bermaksud :

Keuntungan dan bahagia tidak datang sekali gus. simpai = gelang-gelang daripada rotan.

 

Lihat selanjutnya...(5)


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
1. apakah golongan kata bagi perkataan "gus" dan "pun"? 2. bagaimanakah membezakan penggunaan 'gus' dan 'pun' yang dieja rapat dan yang dieja terpisah dengan kata dasar.

Pun merupakan partikel, manakala gus pula ialah kata kerja. Gus dapat dilihat dalam penggunaan sekaligus manakala pun dapat dilihat dalam ejaan yg dieje rapat seperti pada adapun, andaipun, biarpun, mahupun, kalaupun, sungguhpun, ataupun, bagaimana[un, kendatipun, lagipun, meskipun dan walaupun. T.kasih.

Lain-lain02.09.2008
Sekali gus menurut maklum balas DBP di bahagian khidmat nasihat (http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=sekali+gus&d=10) menyatakan yang ia dieja dengan jarak dan bukan 'sekaligus'. Tapi kenapa ada banyak penggunaan "sekaligus' jika dicari (http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=sekaligus)Ejaan yang betul ialah "sekali gus". Setelah kami menyemak kamus hanya ejaan "sekali gus" yang terdapat dalam entri (bukan huraian) Kamus Dewan dan Kamus Pelajar . Kami mohon maaf atas kekeliruan yang timbul dalam laman PRPM. Ejaan08.02.2017
kata sama ada, sekali gus ialah kata majmuk atau bukan?

Sdr. Yu,

sama ada dan sekali gus bukan kata majmuk

Tatabahasa24.05.2010
Assalamualaikum, boleh jelaskan sama ada ejaan mana yang betul. Sekaligus atau sekali gus? Terima kasih.Ejaan yang betul ialah sekali gus.Ejaan07.09.2017
sekaligus atau sekali gus?

Salam sejahtera,

Sekali gus dieja secara terpisah. Bagi memudahkan saudara untuk menyemak perkataan yang ejaannya meragukan, saudara bolehlah menggunakan Pusat Rujukan Persuratan Melayu. DBP satu-satunya badan bahasa di Malaysia yang diiktiraf untuk menentukan perkara yang berkaitan dengan bahasa Melayu.

Tatabahasa01.11.2012
1. Perkataan 'sekaligus' dan 'sekali gus', yang mana adalah betul. 2. Bagaimana untuk membezakan penggunaan 'ialah' dan 'adalah'. Harap dapat beri penjelasan beserta beberapa contoh ayat...

1. Ejaan yang betul ialah sekali gus.

2. Kata pemeri ialah hadir di hadapan Frasa nama contohnya; Antara perkara yang dibincangkan dalam buku itu ialah pentingnya penterjemahan dari segi..., manakala penggunaan kata pemeri adalah hadir di hadapan frasa adjektif dan frasa sendi nama, contohnya sumbangan besar beliau adalah dari segi pembicaraan terperinci tentang penterjemahan semantik lawan terjemahan komunikatif.

Ejaan04.12.2008
manakah yang tepat, pertama, sehubungan itu atau sehubungan dengan itu, sekaligus atau sekali gus, sejak kebelakangan ini atau sejak belakangan ini.1. Sehubungan dengan itu

2. sekali gus

3. sejak kebelakangan ini
Tatabahasa14.10.2014
Assalamualaikum dan salam sejahtera, Saya ingin bertanya tentang perkataan 'sekaligus'. Dalam daftar kata DBP, terdapat 'sekaligus' dan 'sekali gus'. Ia harus dijarakkan atau dirapatkan? Sekian, terima kasih.Perkataan sekali gus dieja jarak.Ejaan15.12.2014
Assalamualaikum dan salam sejahtera, Saya keliru dengan ejaan Bahasa Melayu kini. Contohnya ejaan sekali gus, jika dahulu ejaannya di dekatkan.. kenapa sekarang banyak perkataan dieja terpisah? Saya hanya ingin tahu untuk memberi penjelas kepada pelajar saya yang betanya akan hal ini. terima kasihSekali gus dan kata majmuk yang lain dieja terpisah dan bertindak sebagai satu unit.  Kata majmuk terhasil daripada proses merangkaikan dua kata dasar atau lebih yang membawa makna tertentu. Untuk membezakan kata majmuk dengan kata biasa ialah kata majmuk tidak boleh menerima sebarang penyisipan unsur lain. Contohnya  kerusi malas ialah kata majmuk kerana tidak dapat disisipkan  unsur lain seperti 'yang'. Pinggan mangkuk bukan kata majmuk kerana dapat diselitkan kata hubung 'dan'.  Untuk keterangan lanjut, sila rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga, halaman 72.Tatabahasa17.04.2012
bagaimana perkataan ini dieja. perlu dieja dekat atau dijarakkan 1. sekaligus atau sekali gus 2. keretapi atau kereta api 3. penambahbaikan atau penambah baikan 4. lalu lintas atau lalulintas 5.kemas kini atau kemaskini 6.Projek Landasan Keretapi Berkembar atau dieja dengan huruf kecil 7. pempiawaian atau pemiawaian 8. Rangkaian Kereta api Ekspres atau dieja dengan huruf kecil rangkaian Kereta api ekspres 9. Sistem Transit Aliran Ringan dieja dengan huruf kecil sistem transit aliran ringan 10.adakah Projek Landasan Keretapi Berkembar sebagai nama khas 11.adakah Rangkaian Kereta api Ekspres (ERL) sebagai nama khas1. sekali gus. 2.kereta api. 3.penambahbaikan. 4. lalu lintas. 5. kemas kini. 6. Projek Kereta Api Berkembar. 7. pemiawaian. 8. Rangkaian Kereta APi Ekspres. 9. Sistem Transit Aliran Ringan. 10. Kata nama khas. 12. Kata nama khas.Tatabahasa20.05.2010
1234

Kembali ke atas