Apakah suku kata untuk perkataan "hadiah"? "ha di ah" atau "ha diah" ? Terima kasih | Pemisahan suku kata yang betul untuk "hadiah" ialah ha-di-ah. | Ejaan | 31.08.2012 |
minuman = mi + nu + man hadiah = ha + diah pertukaran = per + tu + ka + ran yang ditulis di atas tu ialah suku kata ke? ada orang cakap patut tulis macam ini:- minuman = mi + num + an hadiah = ha + di + ah pertukaran = per + tu + kar + an jadi macam mana ni? | Pemisahan suku kata yang betul adalah seperti yang berikut: 1. mi-num-an 2. per-tu-kar-an 3. ha - di - ah Sebutan yang betul adalah seperti yang berikut: 1. mi-nu-man 2. per-tu-ka-ran 3. ha-diah | Ejaan | 04.10.2013 |
tolong terangkan tentang vokal berganding. Adakah halia,biola,buaya dipenggal ha-li-a,bi-o-la,bu-a-ya(mengikut suku kata) atau ha-lia,bio-la,bua-ya(mengikut suku kata yang ada vokal berganding sama seperti penggal ikut sebutan walaupun mahu penggal ikut suku kata)? yang manakah betul dan diguna pakai dalam pemenggalan suku kata? | Sebutan bagi kata dasar berpedomankan kaedah pemenggalan suku kata ejaan (kecuali apabila terdapat urutan bunyi dua vokal yang tidak sama, iaitu pola V-V yang menerbitkan V-VK,KV-V dan KV-VK). Oleh itu, sebutan yang mengikut pemenggalan yang betul ialah ha-lia, bio-la dan bua-ya. | Tatabahasa | 15.08.2007 |
Saya ingin mendapat penjelasan terhadap bunyi perkataan yand mengandungi hurub 'KHA', adakah ia berbunyi 'KA' atau 'HA'? Contoh, 'KHASIAT', betulkah bunyinya 'KASIAT" atau 'HASIAT'? | kata khasiat disebut hasiat (tetapi ditebalkan sedikit sebutan suku kata ha tersebut),begitu juga dengan sebutan suku kata "kha" yang lain. | Lain-lain | 17.04.2008 |
Adakah ejaan "K" dalam tulisan jawi seperti ini? "kaf-ya-ha" Bagaimanakah caranya menulis P.J.K dalam tulisan jawi? | Terdapat dua cara mengeja huruf, pertama satu huruf Rumi diwakili satu huruf Jawi atau huruf Rumi dieja mengikut bunyi dalam ejaan Jawi. Contohnya: P.J.K. - .ف.ج.ك atau .في.جي.كي Perlu diingat huruf Pa dalam ejaan Jawi mempunyai tiga titik. | Ejaan | 28.08.2012 |
Saya nak tanya mana satu cara penulisan yang betul Contohnya: 30ha atau 30 ha atau 30 hektar | 30 hektar. | Tatabahasa | 22.11.2007 |
Tuan, pihak agensi akan mempromosikan Program HASiL 4U yang membawa makna setiap akronim seperti berikut: HA -Hari , S-Servis, I-Istimewa, L-LHDNM, 4U - Untuk Anda. Mohon khidmat nasihat tuan jika ianya bersesuaian. | Pada pandangan kami, nama Program HASil 4U tidak sesuai digunakan kerana penggunaan bahasa rojak iaitu bahasa Melayu dengan bahasa Inggeris. Kami mencadangkan 4U ditukarkan kepada UNTUK ANDA, iaitu Program HASil UNTUK ANDA. | Tatabahasa | 28.06.2013 |
Adakan pemeggalan perkataan-perkataan dibawah berdasarkan suku kata betul? Adakan subutanya sama dengan pemeggalan suku kata? air - a ir ais - a is daun - da un main - ma in durian - du ri an , luar - lu ar halia - ha li a biola - bi o la, buaya - bu a ya bau - ba u Quran - Qur an beruang - be ru ang pakaian - pa kai an | Berdasarkan buku Daftar Kata Bahasa Melayu Rumi-Sebutan-Jawi, pemenggalan : air - air, ais - ais, daun - daun, main - main, durian - du.rian, luar - luar, halia - ha.lia, biola - bio.la, buaya - bua.ya, bau - bau, Quran - Qur. an, beruang - be. ruang, pakaian - pa.kaian. Untuk maklumat lanjut, sila rujuk buku tersebut. | Istilah | 01.07.2010 |
Salam. Saya ingin bertanya apakah ejaan sebenar kalimah dalam ejaan jawi untuk menunjukkan huruf-huruf al-quran. Contoh ayat: Bulatkan huruf diakhir kalimah yang berubah bentuk. | Ejaan kalimah ialah kaf.lam.mim.ha. Untuk mendapatkan panduan lengkap tentang ejaan Jawi termasuklah ejaan bagi kata serapan bahasa Arab, ejaan nama hari, bulan, planet, bintang, hari perayaan dalam Islam, kaum di Malaysia, kaum dan bangsa, mazhab, negeri dan kata nama am/khas yang lain sila rujuk buku Daftar Kata Bahasa Melayu (Rumi-Sebutan-Jawi), 2009, terbitan DBP, berharga RM80.00. | Lain-lain | 29.12.2009 |
salam tuan, apa perbezaan antara klitik dengan sinkop. | Tuan, Dalam bidang linguistik sinkopé ditakrifkan sebagai pemendekan sesuatu kata dengan menggugurkan satu atau lebih huruf atau suku kata dari tengah-tengah kata itu, misalnya pengguguran ha dalam sahaja menjadi saja, dan id dalam tidak menjadi tak. Untuk maklumat lanjut sila rujuk makalah/buku yang berkaitan. Manakala klitik merupakan kata ganti nama singkat 'kau' dieja bercantum dengan kata yang mendahuluinya atau mengikutinya. Misalnya kauterima. | Tatabahasa | 15.02.2012 |