Yang mana betul? "Terdedah pada habuk" atau "Terdedah kepada habuk" Terima kasih. | Kata sendi nama yang betul ialah "kepada" (Terdedah kepada habuk) | Tatabahasa | 10.08.2016 |
Salam sejahtera, saya ingin mengetahui apakah kata nama yang tepat bagi alat pembersih habuk / bulu ayam yang diperbuat daripada plastik (tapi bukan berbentuk bulu ayam). Saya ingin melabelkan alat tersebut di dalam kelas tapi tidak pasti kata nama yang tepat baginya. cth gambar http://tinyurl.com/dusterhabuk . Sekian, terima kasih. | Tidak semua alat diberi nama khusus, ada juga alat yang diberi nama mengikut fungsi seperti penyapu, iaitu alat untuk menyapu. Oleh itu, berdasarkan fungsi alat tersebut digelar pembersih habuk termasuklah yang diperbuat daripada bulu ayam dan sabut. | Tatabahasa | 29.04.2012 |
apakah perbezaan dari segi penggunaan perkataan serdak dgn serbuk | Berdasarkan Kamus Dewan Edisi Keempat, serdak ialah debu halus (yg melekat pd barang-barang di rumah dll), habuk, manakala serbuk ialah benda yg berbutir-butir dan halus (spt tepung, kopi, teh, dll), bubuk: ia mengibas-ngibas ~ kopi yg tertumpah di atas tikar; kena ~ termakan ubat guna-guna (dlm makanan); ~ besi habuk drpd besi yg telah digergaji dll; ~ bunga Id debunga; ~ gergaji habuk yg diperoleh ketika menggergaji papan dll, tahi gergaji; ~ letupan campuran serbuk sulfur, arang kayu, garam kalium, dll, yg menghasilkan letupan kuat apabila dinyalakan; ~ peluntur campuran garam kalsium (spt kalsium hipoklorit, kalsium klorida, kalsium hidroksida, dll) yg digunakan utk melunturkan bahan dan membuat ubat pembasmi kuman; ~ penaik campuran natrium bikarbonat dgn bahan lain (lazimnya asid tartarik) yg digunakan utk membuat roti dan kuih; ~ ubat ubat dlm bentuk serbuk;. | Istilah | 09.06.2009 |
Selamat sejahtera dan salam 1Malaysia. (A) Penggunaan "terdapat". Adakah semua ayat di bawah betul? 1. Terdapat kereta kabel di Genting Highlands. 2. Kereta kabel terdapat di Genting Highlands. 3. Di Genting Highlands, terdapat kereta kabel. (B) Penggunaan "dalam". Ayat yang mana satukah betul? 1. Saya membuang sampah di dalam tong sampah. 2. Saya membuang sampah ke dalam tong sampah. 3. Ada habuk di dalam mata saya. 4. Ada habuk dalam mata saya. 5. Saya bermain badminton di dalam dewan. 6. Saya bermain badminton di dewan. Sekian, terima kasih. | 1. Penggunaan 'terdapat' dalam ayat-ayat tersebut adalah betul. 2. Saya membuang sampah ke dalam tong sampah. Ada habuk di dalam mata saya. Saya bermain badminton di dalam dewan. | Tatabahasa | 28.10.2011 |
Sila gantikan perkataan yang berada dalam kurungan dengan perkataan yang betul dan tepat. (a) Cerita yang dibacanya tidak menarik dan (tawar). (b) Dia mendapat (tawar) kerja di syarikat perkapalan. (c) Dia (kosong) matanya kerana dimasuki habuk. (d) Penyewa rumah itu diminta (kosong) rumah secepat mungkin. (e) Dia (tapak) sahaja ke Bentong. (f) Ali duduk sambil (menduga) di atas tangga. (g) Halim (menduga) soalan itu dengan tepat. (h) Dia mengambil sekeping (bocor) dari atas meja itu. (i) Dia memasak kari dengan menggunakan (isi) lembu. | Untuk makluman tuan, kami menyediakan perkhidmatan bagi membantu pelanggan menangani permasalahan bahasa seperti ejaan, istilah dan tatabahasa. Contohnya, kekeliruan tentang ejaan yang betul, penggunaan istilah yang tepat bagi sesuatu terminologi dan permasalahan tentang tatabahasa. Kami dapati pertanyaan tuan bukanlah berkisar tentang permasalahan yang tersebut, tetapi lebih kepada memberikan jawapan kepada soalan yang dibekalkan seperti lazimnya soalan peperiksaan dan buku rujukan. Kami tidak menyediakan perkhidmatan memberikan jawapan kepada soalan yang dibina; sebaliknya pihak tuan perlulah merujuk kamus dan buku tatabahasa, atau berbincang dengan panel penggubal soalan yang lain. Jika ada pertikaian tentang sesuatu isu tatabahasa yang menjadi jawapan kepada soalan tersebut, seperti "menemukan mayat atau menemui mayat", tuan boleh menghubungi pihak kami semula. | Lain-lain | 08.12.2015 |
Maksud sealant di dalam bahasa melayu bagi istilah kejuruteraan | Maksud sealant dalam bahasa Melayu bagi bidang kejuruteraan ialah Bahan yang digunakan untuk menampal celahan bagi mengelakkan kebocoran ataupun maksud yang kedua ialah Bahan mudah lentur yang dipasang pada bahagian sambungan untuk menghalang resapan air, angin ataupun habuk daripada menembusinya.
| Istilah | 02.07.2020 |
1. perkataan mengemop atau mengelap lantai ? 2. pembersih bulu ayam atau penyapu bulu ayam ? 3. mencangkul tanah untuk dibuat batas atau mencangkul untuk membuat batas ? | 1. Kedua-dua perkataan, iaitu mengemop dan mengelap adalah betul dan boleh digunakan. Mengemop dan mengelap adalah perkataan "mop" dan "lap" yang mendapat awalan meN-... . 2. Perkataan yang tepat ialah pembersih bulu ayam kerana alat tersebut berfungsi untuk membersihkan habuk dan tidak berfungsi seperti penyapu. 3. Ayat yang betul ialah mencangkul tanah untuk membuat batas. | Tatabahasa | 06.02.2014 |
Pak Rahim (mengesat) peluh yang mengalir di dahinya semasa dia bertungkus-lumus di sawah padi. Mengapakah kita tidak boleh menggunakan "mengelap" ? | mengesat1. menyapu-nyapu atau menggosok supaya kering: budak itu menggeleng-geleng sambil ~ air matanya; ~ peluh; ~ darah; 2. bp menyapu-nyapu (menggosok) kerana membersihkan sesuatu (drpd habuk, kotoran, dll); mengelapmenyapu atau mengeringkan dgn kain lap dll, menyeka: dia berdiri seketika, kemudian ~ dahinya; tidak mengapa tumpah sedikit saya boleh lap; Berdasarkan makna yang diberikan di atas, apabila dipadankan dengan contoh ayat , menunjukkan kedua-dua kata tersebut boleh digunakan, namun yang lebih tepat dan biasa digunakan ialah mengesat. | Makna | 02.10.2009 |